Hari ini 1Syawal yang di nanti pun tiba.Detik hari ini menjadi saksi iaitu buat pertama kalinya kami adik beradik menyambut hari raya di luar rumah abah.Tahun ini kami semua sambut hari raya di rumah baru RA di Bandar Pulai Jaya.Nak kata baru tak lah baru sangat sebab dah 3tahun pun duduk sini.Menu utama yang RA buat ialah Spegetti dan Ayam masak telur masin.Ketupat , lodeh , satar , burasak dan lain-lain adik beradik RA yang bawa dari rumah masing-masing
Biasalah adik beradik RA memang selalu tiba lambat.Dekat-dekat jam 10pagi baru semua mereka tiba.Memang gamat dan riuh rendah dengan cucu-cucu dan cicit-cicit Haji Abu bila beraya.
Makanan dah terhidang jadi tunggu apa lagi,balun terus makan lah.Spegatti RA jugak jadi pilihan nampaknya.
Inilah barisan cucu-cucu saudara RA.Pantang nampak buai semua nak mencuba.
Ramai juga yang datang beraya hari ini.Sepupu sepapat RA pun turut datang bertandang.Cuaca kat luar tu jangan cakap lah..Memang agak panas.
Walaupun semua duduk di Johor , tapi jumpa memang tak selalu.Yang sorang tu duduk di meja Bar akhir bulan nie nak nikah dah.RA bela dia dan kakak dia masa kecik lagi tu.
Tak sempat bergambar sorang dengan baju raya jadi bergambar lah macam nie.Tahun ini baju raya RA warna Pink.
Baiklah RA kenalkan keluarga RA.Atas tu keluarga kakak ke 2 RA.Bawah belah kiri lak Kakak no 2 jugak (kembar tak seirias daa) dan belah kanan abang no 2.
Ini pulak keluarga abang no 3 atas RA dengan ayah.(dah tak tahan pakai baju melayu panas)
Ini pulak barisan anak saudara dan cucu-cucu saudara RA.Yang belakang sekali tu anak saudara paling bongsu di ikuti dengan cucu-cucu saudara.Paling bawah tu cucu saudara paling bongsu.
Gambar yang tengah pulak gambar kakak-kakak ipar , sepupu-sepupu dan anak saudara RA
Macam-macam kerenah nak layan anak yea...Haa rasakan lah sekarang dah ada anak ye.
Nampak tak betapa panasnya suhu di luar rumah RA 1Syawal ini? Memang agak panas,Insyaallah kalau ada rezeki lebih nanti RA pasang onteng-onteng luar rumah dan penghawa dingin yea.
Keluarga paling tiba hari ini.Malam baru mereka tiba.Sebenarnya ada lagi yang datang lewat,tapi yang bujang-bujang ler.Rumah terbuka RA 1Syawal di tutup jam 1230tengahmalam.Memang meriah nak-nak bila beraya di rumah sendiri.Walaupun penat tapi puas hati dapat melayan tetamu.