Hari ini RA amik cuti separuh hari , maklumlah nak bersiap-siap berbuka puasa dengan geng keluarga Krik-Krik di Belanga Satu Bistro di Adda Height.
Waktu berbuka puasa hari ini ialah 710malam dan harga buffet makanan di sini ialah RM37 bukan bersih tapi tambahan 6% GST menjadikan jumlah keseluruhannya RM39.30 seorang.
Ini adalah tahun ke 2 kami berbuka di sini.Kali ini tanpa beberapa lagi ahli yang tidak dapat hadir atas sebab lokasi.Kak Rovita dan keluarga dah berpindah di Sabah.Abang Mork dan keluarga berpindah ke Selangor, Nik dan keluarga urusan luar yang tak dapat di elakkan.Jadi kami-kami nie jelah yang hadir.
Masakkan ini je yang sempat RA amik gambarnya.Yang lain banyak dah masuk perut dan tak larat nak bangun amik sebab masing-masing sibuk berbual tanpa henti.
Cuma yang dapat RA beritahu menu utama di sini ialah kambing bakar , ikan bakar , Asam Pedas , Kari ayam, Lemak Nangka , Sambal Sotong , Sayur mayur goreng , Mee Goreng , Roti Jala , Mee rebus , Laksa Penang , Mee Kari , Kueh mueh ,
Meja tengah nie memang meja wajib kitaorang dari tahun lepas.Tahun ini seramai 20dewasa dan 4kanak-kanak yang sama-sama berbuka bersama.
Kak Ros bertolak dari Pasir Gudang agak lewat tiba sebab laluan lebuh raya hari Jumaat memang biasalah sesak sentiasa.Abang Yunus lak baru tiba dari Penang dengan penerbangan Air Asia katanya.Nasib baik sampai tepat pada masanya , walau pun terlewat sedikit.
Macam biasa acara penutup bergambar bersama dan kami adalah antara pelanggan paling lewat balik malam itu.(dah kul 9malam masih lagi di sini)
Apa pun RA bagi pihak Geng Mengeteh Krik-Krik sama-sama mengucapkan Salam Ramadhan buat semua....(geng paling senyap di Whatapps tapi paling riuh di kedai makan)
Apa pun RA bagi pihak Geng Mengeteh Krik-Krik sama-sama mengucapkan Salam Ramadhan buat semua....(geng paling senyap di Whatapps tapi paling riuh di kedai makan)
No comments:
Post a Comment