Wednesday, May 31, 2017

Buka Puasa Di Galleria Kotaraya

  Salam Ramadhan semua, nampaknya inilah penulisan pertama RA dalam bulan puasa.Dah masuk 5 Ramadhan baru kesempatan untuk berbuka puasa di luar.
Medan Selera Galleria Kotaraya JB ini memang sesuai untuk di buat tempat berbuka puasa.Tiap tahun pasti RA akan ke sini untuk berbuka, kadang tu dapat berbuka sekali di sini pun jadi lah.RA suka dengan suasana di sini.Tempat berhawa dingin , banyak pilihan makanan dan tempat duduk.
 Geng baru RA , inilah geng budak - budak perantau yang bekerja di Johor.Hari ni berbuka nasi campur semuanya yea.
 Bersama-sama dengan geng krik-krik paling sunyi dalam Whatapps tapi paling riuh kat kedai makan.hehehe.
 Cuma menu si azie dan Olie sahaja berbeza hari ini.Menu Nasi goreng chicken chop katanya.Ada kurma Medjoul di berikan percuma untuk berbuka puasa.katanya mahal beli RM40 sekotak.Makan yea semua jangan tak habis nanti membazir.Selamat berbuka semua kalau senang-senang boleh lah cuba berbuka di sini, jimat pun jimat,sedap lagi.

Thursday, May 25, 2017

Buffet Ramadan 2017 Pilihan RA

 Ok buat tatapan pembaca blog, di bawah ini adalah senarai buffet yang menjadi pilihan RA untuk tahun ini.Menu-menu yang di tawarkan di sini memang sangat menjanjikan walaupun saban tahun harga asik naik dan ada tu mencecah sehingga RM200++ , tapi buffet-buffet ramadhan yang di sediakan di hotel-hotel dan restoran-restoran sentiasa penuh.Jadi pandai-pandai lah memilih ikut bajet masing-masing yea.
Johor Golf & Country Club ini pasti menarik perhatian dengan kafenya yang mengadap pemandangan padang golf dan kolam renang.Harga Bukan ahli 3Jun-22Jun RM54.00 (tak nampak dek flash) 
R & R Bistro juga bagus , cuma tu lah keadaan tempat letak keretanya yang agak terhad.Jadi pastikan tiba awal.
Belanga Satu Bistro tetap menjanjikan menu yang menarik.satey di sini pun sedap tau.
Siapa yang hantu durian mesti cuba berbuka puasa di sini.Durian Fritter dia memang sedap abis.Menu pun banyak , kena tempah awal kalau tidak pasti penuh.
Malay Village pun tak kurang hebatnya.Harga pun berpatutan.
Tahun nie Hotel Tropikal Inn buat sedikit kelainan.Semi Buffet katanya...jadi boleh lah cuba.
Buffet kat atas ini di Grand Bluewave Hotel.RA tertanggal pulak logo hotelnya.Mintak Maaflah banyak-banyak.
Haa restoran ini tiap kali puasa mesti penuh.Maklumlah ramai orang gomen yang datang makan di sini.Kat sebelah Dataran Bandaraya jek.
Nak makan makanan laut terbaik dan termurah di JB mesti kena cuba di Nonie's Seafood.Harga murah,makanan sedap, layanan terbaik.RA dah cuba memang best.Ketam telur masin dia memang terbaik.RA tak cakap kalau RA lum cuba yea....
Ok yang terakhir sekali ialah di Hotel Grand Paragon.Ada banyak pilihan dan sedap-sedap.Makanan lautnya jangan cakaplah , memang berbaloi.Jadi pilih lah makanan ikut bajet anda bukan ikut selera anda yea...Kalau ikut selera memang semua nak.Apa pun selamat menyambut Ramadhan dan selamat berpuasa semua......!!!!!

Saturday, May 20, 2017

Riadah di Central Park Damansara Alif



 Lama dah tak beriadah kat sini.Tempat ini dulu mana ada nama, tapi sesejak di bangunkan untuk di jadikan apartment berkonsep kondominium bersebelahan dengan taman ini maka tempat ini pun di berikan nama Central Park @ Damansara Alif.Banyak pembaik pulihkan di buat kat sini. 
 Inilah wajah baru taman riadah ini.Lebih santai , tersusun dan bersih.Sesuai untuk seisi keluarga beriadah.
Replika-replika haiwan juga di letakkan berdekatan bagi menjadikan taman ini menarik.
Alhamdulillah 3km dalam masa 35minit dapat RA lakukan larian untuk hari ini.Minggu depan dah nak mula puasa jadi aktiviti larian akan di tangguhkan sepanjang bulan Puasa.Dah terlanjur nie , RA ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan buat pembaca blog RA , ada masa datanglah beriadah di sini dengan keluarga dan sahabat.

Friday, May 19, 2017

Rakaman Langsung Konsert Komedi

Hari ini RA bersama Ashlina sekeluarga ke rakaman siaran langsung di Pinewood Studio Nusajaya yang akan menyiarkan Konsert Komedi.Ashlina nak tengok macamana rakaman di buat katanya.Maklumlah pertama kali.
Hari ini RA ke rakaman siaran langsung di Pinewood Studio Nusajaya yang akan menyiarkan Konsert Komedi.Artis kali ini ialah AC Mizal bersama artis jemputannya.Sebelum ini RA datang dalam sesi rakaman untuk tayangan tertunda tapi kali ini secara langsung.
 Seawal jam 830malam kami semua dah berada hadapan pintu masuk studio untuk di aturkan tempat duduk.Jam 845malam semua penonton di bawa masuk ke studio yang siaran lansungnya bermula jam 10malam.Ramai orang seni yang hadir malam ini katanya.Antaranya Ramli MS yang memimpin konsert muzik ini.
 Kami tidak di benarkan merakamkan siaran ini menerusi telefun bimbit.Jadi tengok jelah dari tempat duduk sambil mata melilau cari kamera yang menghala ke muka RA hehe.Artis undangan AC untuk konsert kali ini ialah Dato Zainal Abidin Hijau , Ratu Rock Ella , Joey Joras , Chef Wan serta yang paling menarik ialah ahli kumpulan 4U2C yang pernah RA minati zaman sekolah dulu. 
 Teringat zaman-zaman sekolah bila diaorang nie semua nantikan lagu FIONA dan KAMI RAPERS YO...!!  
Masing-masing dah membawa haluan sendiri , dua dari ahli ini sudah berhijrah ke Jakarta.Adik tak dapat hadir atas faktor tugas.Yang lain-lain masih berada di KL dan Selangor.
 Memang agak terhibur dengan keletah AC dan persembahannya.Nak-nak bila kamera asik dok menghala ke muka RA je hehehe.
Ada pulak yang tangkap gambar RA di TV dan hantar di Whatapps.hahaaa...Apapun kami merasai keseronokkan di studio yang semestinya tidak sama jika menonton di rumah.Nak amik gambar dengan AC dan 4U2C tak kesampaian sebab pak gad tak kasi kami turun bergambar walaupun AC Mizal dah berikan kebenaran untuk membenarkan penonton turun bergambar dengan mereka.Takpelah tak kisah......

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....