Sunday, November 29, 2015
Monday, November 23, 2015
Bertugas Di Bangkok Hari ke3
Dah masuk hari ke 3 pun RA di Thailand.Hari ini lawatan pagi akan di bawa ke tengah-tengah laut andaman untuk aktiviti air.Cantik betul pantai Pattaya nie,putih dan di penuhi dengan pelbagai pelancung dari pelbagai negara.Bot menanti kami di tepi pantai membawa kami ke plantar yang terletak di tengah - tengah laut andaman.Di sini ada aktiviti payung terjun mengunakan Jetspeed.
Haa nie semua beratur nak tunggu giliranlah.Harga sekali naik mereka kenakan THB300 dalam RM36 macam tu.Ramai betul orang yang mencuba payung terjun ini.
Dari pelantar kat tengah laut RA di bawa ke salah satu pulau berdekatan.Kat sini deretan kerusi-kerusi rehat menanti pengunjung yang ingin bersantai.Perlu di ingat,kerusi-kerusi ini bukan di sediakan percuma yea.Setiap kerusi di kenakan sekitar RM5-10 mengikut jam.
Pantai kat sini memang jernih betul.Macam kristal,tak nampak satu sampah pun kat sini.Bersihnya pantai orang-orang Thai ini.
Pulang semula ke Pattaya jam 1petang dan macam ginilah keadaan di pantai Pattaya di waktu tengahari.Lengang sedikit mungkin masih ramai yang masih belum bangun tidur sebab malam semalam sibuk dengan aktiviti malam di sini.
Daftar keluar hotel kemudian bersiap-siap untuk pulang ke Bangkok.Perjalanan kami berhenti di beberapa lokasi seperti Ladang Lebah,Kilang membuat dan memproses batu permata dan sebelum tiba ke Bangkok kami berhenti di Kem Gajah untuk merasa menaiki gajah.
Jam 9malam kami tiba di Bangkok untuk berisitirehat dan membeli belah di pasar malam yang beroperasi 24jam di Pasar Phatunam.Esok dah nak balik Jb jadi malam ini semua berkemas-kemas dan bersiap untuk pulang.Rindu nya nak makan Nasi Lemak dan Nasi campur.
Sunday, November 22, 2015
Bertugas Di Bangkok Hari ke 2
Pagi ini bersarapan di hotel.Lepas je bersarapan , rombongan RA di bawa ke Safari World yang terletak kira-kira 30km dari Bangkok.Kira-kira sejam bas pun tiba dan ketua rombongan membeli tiket masuk ke Safari World.Safari World ini terbahagi kepada 2.Satu bahagian di mana haiwan di lepaskan dan pengunjung boleh melihatnya dengan menaiki kenderaan sendiri.
Nampak kan bas dan kereta yang masuk ke sini.Pelbagai haiwan liar di tempatkan termasuklah Zirafah, kuda belang , Badak sumbu , badak air , Harimau Bengal , Harimau Malaya, Singa dan pelbagai spesis burung.
Haa ini bahagian kedua.Di sini ada zoo , ada pertunjukkan koboi , anjing laut , Orang Hutan dan pelbagai lagi.Luas jugak kawasannya.
Jalan punya jalan tup tup terjumpa awek Thai ini.Amboi sexynya dia.
Kami ambil pakej tiket dan siap dengan makan.Jadi menu makanan memang dah tersedia secara bufet di dewan makan.Meja makan di atur mengikut no.Menu halal juga di sediakan di kawasan yang berasingan dengan menu biasa.
Inilah pertunjukkan anjing laut yang RA sempat rakam gambarnya.Selepas seharian di sini kami bertolak ke Patayya untuk destinasi seterusnya.Alhamdilillah selamat tiba di Pattaya jam 8malam.Sebahagian dari kami pergi menonton pertunjukkan kaberet dan sebahagian lagi membeli belah di pasar malam.Esok ada aktiviti lain lagi.
Saturday, November 21, 2015
Bertugas di Bangkok Hari Pertama
SAWADIKAP.....!!!!
Nampaknya hari ini kita bersiaran terus dari Kotaraya Bangkok yea.RA ke sini atas tugasan membawa seramai 45 tetamu mengunjungi Bangkok selama 4Hari 3Malam.Dengan menaiki penerbangan Malaysia Airlines dari Johor Bahru ke Bangkok melalui KLIA , penerbangan kami selamat tiba jam 1030pagi waktu Thailand.Lawatan pertama yang kami tuju ialah ke Wat Arun yang terletak bersebelahan Sungai Chao Phraya.
Lawatan kemudiannya di teruskan ke 4Face Buddha di kawasan paling sibuk di Bangkok yang terletak berdekatan Erawan Hotel.Orang Thai di sini percaya doa mereka makbul di sini.
Bersebelahan Four Face Buddha ini ada komplek membeli belah yang tidak kurang hebatnya.Nama komplek ini ialah Amarin Plaza.Sementara menunggu yang lain-lain balik RA dan beberapa tetamu yang tidak beragama Buddha singgah minum dan membeli belah sikit-sikit di sini.Tengok tu Van mereka jadikan Kafe Bar untuk lepak minum.Sebelum makan malam rombongan di bawa ke kilang membuat barangan kulit sambil membeli belah.
Makan malam kami di restoran ini.Katanya Halal dan menu utama ialah Tom Yam dan beberapa makanan laut.Kedainya tak berapa jauh dari Asia Hotel.
Selepas makan malam , lawatan di teruskan ke Asiatique.salah satu tempat hub pelancongan yang baru saja di bina.Di sini terdapat pelbagai barangan cenderamata , Buai ala-ala Singapore Flyers , Kedai makan dan pelbagai pertunjukkan.
Ini adalah salah satu permaian yang di sediakan di sini.Bayaran kalau tak silap sekitar RM15 untuk 20minit.
Terdapat juga pertunjukkan dari artis - artis jalanan.Kanak-kanak dari sekolah seni juga menbuat pertunjukkan untuk menampung dana pelajaran mereka.Ada yang main Gamilan , Piano dan juga gitar.Artis jalanan ini sangat kreatif dalam pertunjukkannya.
Nah amik kau, kebanjiran masakan laut yang terdapat di sini.Kebanyakkan kedai di sini tidak meletakkan tanda harga,jadi terpaksa lah RA tanya sebelum makan.Takut-takut kena pau.
Cuba je lihat video yang sempat RA rakamkan ini.Semuanya tentang makan.
Antara barangan yang di jual di sini.terdapat juga Bar dan kafe-kafe yang menjual minuman arak.
Di sini ada audirotium jugak yea.Ada persembahan Muay Thai ala-ala teater muzikal kat Istana Budaya pulak.harga masuk RM35 seorang.RA tengok dari laur je poster-posternya.Jam 10malam kami bertolak pulang ke hotel untuk daftar masuk.Badan pulak dah penat habis satu hari jalan.Esok bersambung ke Pattaya pulak.
Friday, November 20, 2015
Melepak Kepak Kepak
Inilah sesi melepak kepak-kepak dengan geng geng bas sekolah rendah dulu.Jumpa kali ini nak membincangkan persiapan terakhir untuk perjumpaan bekas pelajar sekolah Kampung Pasir bulan Disember nanti.Kami buat di Felda Residence Resort , Tanjung Leman.
Sebenarnya lebih pada aktiviti makan-makan dan lepak-lepak je.RA pulak esoknya nak ke Bangkok atas urusan kerja.Penerbangan pagi pulak tu.Jadi ingatkan tak mau lah tidur nanti tak sedar tertinggal "flight" pulak.
Tengok kat sebelah RA tu.Gembira sungguh yea dia (orang besar kerajaan tu).Bukan senang nak ajak dia kuar,ada je urusan dia hehehe
Tapi banyak-banyak gambar RA suka dengan gambar anak Kak Ros dengan Hamsiah dan Jannah nie.RA tangkap gambar nie masa dia tengah terlopong mulut nak bersanggap,tapi nampak macam muka terperanjat kan.Lepak mengeteh kat sini habis 3gelas air RA minum.Jam 1230malam kami bersurai sebab RA pun nak kemas-kemas baju.Esok nak ke Bangkok weyyy....
Sunday, November 8, 2015
JJNM Restoran Jepun Sobasei
J.J.N.M : JALAN JALAN NAK MAKAN
- Restoran Jepun Sobasei -
Palm Garden Le Grandeur Hotel Senai
Jalan-jalan nak makan ber keudara lagi.Kali RA nun menghala berdekatan Lapangan Terbang Senai.Ke sini atas jemputan dan pelawaan teman RA Chef Nizam yang juga Chef di salah sebuah restoran di Hotel The Grandeur.Restorannya nama Sobasei,haa yelah restoran Jepun.
Tiba je terus amik tempat duduk masing-masing.Hari ini masakan akan di masak di hadapan mata kami semua.Sementara menunggu Chef datang kami bergambar dulu.
Ada ikan Salmon, ada udang , susi , sotong dan daging.ini adalah salah satu menu dalam masakan Tempayaki di sini.Pertujukkan dari Chef di hadapan meja makan kami.Inilah dia antara skil kemahiran kawan RA si Nizam nie.
Nie dia masak Nasi Goreng Jepun , udang goreng dan sayur goreng.Masakkan lain tak sempat RA nak amik gambar sebab bateri dah mati.
Makan sampai kenyang.Ini adalah sebahagian pembaziran garam yang Nizam buat hehehe...
Lupa pulak hari ini ada promosi Slurpe di 7-11ven.Bawak lah apa saja bentuk bekas air dan isilah Slurpe dengan harga RM3.90 sahaja.Hamik kau satu Jag RA bolot.hehehe,
Cukuplah tu saju jag je.Ada orang lain tu siap bawak periuk elektrik isi slurpe tau.hehehe.Apa pun terima kasih atas undangan Chef Nizam.Menu masakan memang sedap dan terima kasih jugak bagi kami harga kawan-kawan hehe.Ada rezeki kitaorang datang lagi.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023
Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....
-
YONG TAUFU KG.MELAYU / TAMAN BUNGA ISTANA / ALI BABA KARAOKE-TAMPOI AYAM PENYET LC KATERING / DATARAN BANDARAYA ...
-
RA baru je dapat gambar-gambar ini dalam aplikasi Whatapps kumpulan dan sebahagiannya dari sumber internet.Jadi RA nak kongsikan bersama de...