Tuesday, May 26, 2015

JJNM De'Kayu Manis Cafe Nong Chik

J.J.N.M : Jalan-Jalan Nak Makan

DE'KAYU MANIS CAFE

- NONG CHIK HEIGHT -


 Oklah malam ini kita cuba makan Nasi Arab kat sini pulak.Katanya sedap sangat.Jadi RA bersama-sama geng mengeteh singgahlah ke sini sempena meraikan Abg Mork.

 Menu kat sini macam-macam ada.Nasi Arab Ayam dia harga RM12 sepinggan.Boleh tahan berpatutan harganya.Jadi RA pilihlah Nasi Arab Ayam.Yang lain-lain tu ada yang makan lamping , ubi rebus dan ada yang tak makan datang minum je.

 Tengok besar dan banyak kan nasinya.Rasanya sangat sedap dan nasinya sebiji-sebiji dan tidak melekat.Nasi Ayam Penyet pun ada di jual kat sini.

 Makan pulak saat kat luar tu hujan renyai-renyai memanglah lapar sangat.Pekena pulak dengan Air Teh panas memang tangkap lentok la balik rumah nanti.

 Inilah barisan pelakon-pelakon tambahan yang hadir pada malam itu.hehehe.Nasib baik lah datang awal,kalau lambat memang tak dapat tempat duduk.Yang menu biasa-biasa tu untuk orang yang berdiet malam tu,nak jaga badan katanya.RA boleh bagi 4bintang untuk nasi Arab De'Kayu Manis Cafe...Makanan sedap...Layanan ok dan cepat.

No comments:

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....