Saturday, March 28, 2015

Tarikan Baru Taman Merdeka Johor Bahru

Ok ini adalah tarikkan terbaru di Taman Merdeka.Bersempena hari kemahkotaan Baginda Sultan Johor Air Pancut Berirama ini di buka untuk umum pada setiap malam.Jam 9 & 10malam persembahannya lampu , muzik dan pancutan air akan di mainkan selama 10-20minit.

 Jadi dengan adanya tarikkan baru ini ia akan menambah lagi satu keunikkan destinasi lawatan yang wajib di lawati.

 Berdekatan pancutan air berirama ini juga ada sebuah restoran jadi sambil berekriasi anda bolehlah menjamu selera di sini 

 Atau anda juga boleh menyewa bot kayuh untuk mengelilingi tasek buatan yang RA rasa agak besar juga.Harga sewaan RA tak dapat pastikan lagi.Tapi cuba lah tanya di sana,harganya pasti berpatutan.Taman Merdeka ini terletak di Jalan Kolam Air berhampiran RTM dan pintu masuk belakang Istana Bukit Serene.


Bila orang KL turun JB

Haa inilah jadinya bila BFF dari KL turun ke JB.Aktivit makan-makan dan jalan-jalan memang tak di lepaskan.Siapa lagi kawan RA kalau bukan Elly dan adik-adiknya. 

 Datang dah malam kan..jadi bawak pergi makan kat Mariner Cafe di pasar karat.Saja nak makan tomyam dan Nasi Ayam Hainan dia.Tapi bila sampai macam-macam pulak selera nak makan menjadi-jadi.

 Tak sangka hidangan Nasi Ayam Hainan di sini besar sangat.Di tambah dengan Nasi Goreng Istimewa , Tomyam Mee , Kentang Goreng , Pizza dan Banana Split.

 Habis penuh meja kitaorang.Dah makan macam nak berbuka puasa pulak hehehe.Tak terlarat pulak nak makan semua.

 Banana Split nie memang menjanjikan.Tiga skop aiskrem pelbagai perisa di cecah dengan pisang,rasanya sungguh mempesonakan.Kerabu dan Kailan ini adalah sebahagian set Nasi Hailam.Akhirnya bungkus bawak balik pizza dan nasi ayam yang tak habis di makan.

 Sebelum balik ke hotel , RA bawak mereka semua ke perkarangan Istana Bukit Serene untuk menyaksikan pancutan air dan pertujukkan leser di sana.

 Abis basah lecun baju si lysha dan Irfan dok gembira main air pancut kat sini.Tak turun kereta katanya mula-mula. 

Inilah dia pertujukkan leser yang di sediakan di air pancut di perkarangan Istana Bukit Serene.Lebih menjanjikan bila di ulang seli dengan latar belakang muzik.Tepat jam 12malam mereka semua berangkat pulang ke hotel.Selamat pulang kawan.


Friday, March 27, 2015

Canvas Shoes

Kebanyakan lelaki tidak ambil kisah tentang luaran kasut mereka namun menjadi keutamaan mereka untuk rasa elegan dan segak dengan kasut pilihan.Ini kerana berbanding wanita,lelaki lebih mementingkan keselesaan dan di sebabkan itulah kasut kanvas ataupun "men's canvas shoes" menjadi pilihan popular dalam kalangan lelaki urban masa kini.Malah bagi kebanyakan lelaki mendapatkan sepasang kasut yang sempurna sangat penting kerana dapat memberi keyakinan buat mereka.Bagi lelaki urban yang gemarkan fesyen mereka lebih teliti dalam memilih kasut kanvas lelaki. Memilih kasut untuk dipakai bersama seluar pendek agak mengelirukan, namun ianya dapat dielakkan jika anda mempunyai kasut yang menarik dan selesa untuk dipakai pada setiap hari. Kasut kanvas lelaki boleh dipadankan bersama hampir apa sahaja seperti seluar jeans, t-shirts, baju kemeja dan banyak lagi. Malah ianya merupakan pilihan terbaik untuk berkelah pada hujung minggu bersama si dia yang tersayang. 


Membeli sepasang kasut kanvas lelaki merupakan satu keputusan yang sangat tepat bagi jejaka di luar sana. Namun sebelum anda keluar dapatkan kasut baru ada beberapa panduan berguna yang harus anda ambil tahu kerana kasut ini bukan sekadar untuk tujuan kasual malah boleh dipakai ke pejabat jika anda tahu menggayakannya bersama padanan baju dan seluar yang bersesuaian


Pilih kasut dengan warna yang berpadanan ataupun lebih gelap daripada seluar anda.Ini kerana mendapat warna yang tepat dapat mengelakkan anda daripada memakai kasut dengan warna yang terlalu terang pada hari ataupun tujuan aktiviti yang salah.Pasti anda mahu elakkan daripada mengenakan kasut kasual lelaki berwarna merah yang terang bersama sepasang seluar hitam!.Jika anda terlalu sibuk dengan kerjaya dan tidak mempunyai masa untuk keluar membeli-belah,dapatkan sahaja secara online.Ini kerana terdapat website online shopping Malaysia dan butik kasut lelaki online yang menawarkan banyak koleksi men canvas shoes online



Monday, March 23, 2015

Hari Kemahkotaan Sultan Johor

Selamat Menyambut Hari Kemahkotaan
DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar
Sultan Johor & Permaisuri
Daulat Tuanku

Esok adalah hari bersejarah bagi negeri Johor dan Malaysia secara umumnya.Buat julung-julung kalinya di adakan Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor yang mana kali terakhirnya Istiadat ini diadakan untuk kemahkotaan DYMM Sultan Ismail ibni Sultan Ibrahim dan Sultanah Ungku Tun Aminah pada 10 Februari 1960.

Perkarangan Istana Bukit Serene memang meriah dengan lampu dari pintu gerbang istana yang di hiasi replika mahkota terbesar.Pancutan air berirama bersebelahan juga memeriahkan lagi suasana.

Kalau melalui selat Johor pasti kagum dengan kapal-kapal berhias yang mewarnai selat Johor di samping pertunjukkan bunga api dari kapal persiaran ini.

Inilah dia air pancut yang menwarnai perkarangan istana.Rata-rata berkumpul untuk melihat keadaan di sini.RA lepas amik gambar terus cabut sebab letak kenderaan di tepi jalan,takut nanti kena saman dengan polis trafik pulak.

Barisan keluarga besar Sultan Johor bergambar bersama ahli keluarga.

Inilah dia mahkota yang menjadi buah mulut semua rakyat Malaysia baru-baru ini.Di anggarkan harga Mahkota ini pada Zaman Sultan Abu Bakar USD300,000.00.Jika ikut pasaran sekarang harganya mencecah ratusan Juta USD.

Ini pulak aktiviti pagi di sekitar Bandaraya Johor Bahru.Perarakkan dan persembahan budaya masyarakat Johor di sediakan sementara menunggu perarakkan kereta oleh Sultan dan Permaisuri selepas permahkotaan.

Okestra dari sekolah SIGS mewarnai Jalan Trus pagi ini.

Di hadapan Komtar JBCC pula persembahan tarian dari pekerja-pekerja Taman Tema Angry Bird

Haaa nie lah dia antara kemeriahan yang dapat RA rakamkan dalam video.

Persembahan kompang , tarian dari Orang Asli Seletar turut di adakan.

Selesai sahaja kemahkotaan,Baginda dan permaisuri di arak mengunakan kereta mengelilingi Bandar raya Johor Bahru serta di sambut oleh rakyat jelata Johor di sepanjang jalan yang di lalui.RA dapat merakam detik-detik manis ini di video kamera RA.

Skin besar di letakkan di beberapa pusat membeli belah bagi rakyat melihat siaran langsung di kaca TV walaupun berada di luar.Pihak Legoland juga tidak melepaskan peluang membuat mahkota replika dan beberapa lagi bangunan mengunakan blok Lego.

Sunday, March 15, 2015

JJNM : Warong ABC Kelapa

J.J.N.M : JALAN JALAN NAK MAKAN
WARONG ABC KELAPA - TAMAN KENANGA

Kecoh satu JB dok cerita pasal ABC Kelapa nie.Jadi petang tadi RA dan kawan-kawan berkesempatan ke Taman Kenanga untuk merasai sendiri ABC Kelapa yang di perkatakan itu.

Memang ramai orang kat sini ia terletak di Lorong Kenanga 3 jek.Dah sampai amik lah juga sebiji kelapa ABC dan sepinggan gereng pisang Cheese.Kawan RA pulak amik aiskrem kelapa.ABC Kelapa = RM5.00

Goreng pisang cheese ini memang sedap.Garing dan rangup.Harga sepinggan RM4.00

Oh yea buat pertama kali makan di sini,RA cadangkan anda ambil aiskrem Kelapa sajalah.Bukan apa ABC Kelapa memang tak leh makan sekali.RA balik rumah aritu terus demam dan sakit tekak.Mungkin sebab panas kot bila ABC bercampur dengan Air Kelapa.Apapun warong ini memang patut di singgah.

Friday, March 13, 2015

JJNM : Warung R&H AL-Attas

 JALAN - JALAN NAK MAKAN : J.J.N.M
WARUNG NASI LEMAK BERLAUK R&H AL-ATTAS

 Hari ini JJNM membawa anda semua ke tengah-tengah Bandaraya Johor Bahru.Nama kedainya Warung Nasi Lemak Berlauk R&H Al-Attas terletak di tepi Jalan Ibrahim.Menu utama Nasi Lemak , Soto atau Lontong Kering.

Menu tambahan yang patut amik ialah Paru Goreng.Kalau nak datang ke sini lebih baik letak kereta anda di kawasan Pejabat Pos atau di kawasan Bank HSBC.

Kedai ini milik kakak kepada kawan sekolah rendah RA,iaitu Azizah.Jadi kami di jemput menjamu selera di sini bersama rakan-rakan kelas lama.

Lepas makan kat luar terus masuk makan kat dalam sementara menunggu rakan-rakan lain tiba.Boleh tahan juga berpinggan-pinggan kitaorang makan.Kira ini perjumpaa kedua lah selepas perjumpaan pertama masa raya Cina itu hari.

Ruang dalam kedai yang sangat simple.Meja dan kerusi mengunakan bahan terpakai manakala tingkat dua kedai di jadikan butik baju untuk golongan remaja.Cantik cantik juga cuma tak sempat RA rakamkan dalam lensa sebab tingkat atas masih dalam penyusunan dan ubah suai.Kalau ada kelapangan jemput lah datang singgah ke kedai ini.Terima Kasih Azizah sebab belanja kawan-kawan makan.Moga murah rezeki anda sekeluarga.

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....