Selamat Menyambut Hari Kemahkotaan
DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar
Sultan Johor & Permaisuri
Daulat Tuanku
Esok adalah hari bersejarah bagi negeri Johor dan Malaysia secara umumnya.Buat julung-julung kalinya di adakan Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor yang mana kali terakhirnya Istiadat ini diadakan untuk kemahkotaan DYMM Sultan Ismail ibni Sultan Ibrahim dan Sultanah Ungku Tun Aminah pada 10 Februari 1960.
Perkarangan Istana Bukit Serene memang meriah dengan lampu dari pintu gerbang istana yang di hiasi replika mahkota terbesar.Pancutan air berirama bersebelahan juga memeriahkan lagi suasana.
Kalau melalui selat Johor pasti kagum dengan kapal-kapal berhias yang mewarnai selat Johor di samping pertunjukkan bunga api dari kapal persiaran ini.
Inilah dia air pancut yang menwarnai perkarangan istana.Rata-rata berkumpul untuk melihat keadaan di sini.RA lepas amik gambar terus cabut sebab letak kenderaan di tepi jalan,takut nanti kena saman dengan polis trafik pulak.
Barisan keluarga besar Sultan Johor bergambar bersama ahli keluarga.
Inilah dia mahkota yang menjadi buah mulut semua rakyat Malaysia baru-baru ini.Di anggarkan harga Mahkota ini pada Zaman Sultan Abu Bakar USD300,000.00.Jika ikut pasaran sekarang harganya mencecah ratusan Juta USD.
Ini pulak aktiviti pagi di sekitar Bandaraya Johor Bahru.Perarakkan dan persembahan budaya masyarakat Johor di sediakan sementara menunggu perarakkan kereta oleh Sultan dan Permaisuri selepas permahkotaan.
Okestra dari sekolah SIGS mewarnai Jalan Trus pagi ini.
Di hadapan Komtar JBCC pula persembahan tarian dari pekerja-pekerja Taman Tema Angry Bird
Haaa nie lah dia antara kemeriahan yang dapat RA rakamkan dalam video.
Persembahan kompang , tarian dari Orang Asli Seletar turut di adakan.
Selesai sahaja kemahkotaan,Baginda dan permaisuri di arak mengunakan kereta mengelilingi Bandar raya Johor Bahru serta di sambut oleh rakyat jelata Johor di sepanjang jalan yang di lalui.RA dapat merakam detik-detik manis ini di video kamera RA.
Skin besar di letakkan di beberapa pusat membeli belah bagi rakyat melihat siaran langsung di kaca TV walaupun berada di luar.Pihak Legoland juga tidak melepaskan peluang membuat mahkota replika dan beberapa lagi bangunan mengunakan blok Lego.
No comments:
Post a Comment