Sunday, January 11, 2015

JJNM : Gerai Atap Berlian Hutan Bandar JB

 J.J.N.M : JALAN - JALAN NAK MAKAN
Gerai Atap Berlian Hutan Bandar Johor Bahru

Taaaraaaaa....muka semua pagi-pagi nie nampak ceria je yea.Mana tak nya masing-masing perut dah lapar dapat jumpa makanan yang sedap-sedap kat sini.Sebenarnya pagi ini RA berada di Hutan Bandar Johor Bahru untuk bersarapan pagi.Nama gerai kat sini ialah medan selera Gerai Atap Berlian.Kat sini ada pelbagai gerai di bawah satu bumbung.Selalunya RA ke gerai Mee kolok dan Char Mee tapi pagi ini RA dan rakan-rakan ke gerai no 13 & 14 untuk makan lontong...

Kat gerai no 13 nie juga ada menjual pelbagai menu antaranya Mee rebus.nasi goreng ,mee goreng,dan pelbagai lauk pauklah.Tapi yang paling sedap kat gerai ini ialah Lontong kuah dan Lontong keringnya.

 Nampakkan ? inilah dia perbezaan Lontong Kering dengan Lontong Kuah.Kasi tambah paru sambal pasti terangkat punyalah.

 Boleh jugak tambah dengan lauk-lauk lain yang ada di sini.Tempeh goreng dia tu pun sedap.Nak makan nasi putih lauk lemak pisang tu pun nampak sodappp...

 Inilah gerainya.Makanan tersusuh untuk di pilih.Kalau takut lauk habis cepat baik datang awal sebelum jam 10pagi.Kalau tidak alamat gigit jari jelah gamaknya.

 Ini mee rebus Johor.di tambah pulak dengan air teh tiga layer.lepas makan memang balik rumah terus tidur.

 Ini menu yang si Olie makan.Mee Hoon goreng campur-campur macam rojak dah tengok.Ada telur sambal burung puyuh , bagedel dan paru goreng sambal. 

 Menu Lontong kering tambah rendang , paru,bagedel dan telur sambal puyuh.Memang pasti sapa yang tengok akan tergoda.

Haa yang ini pulak menu budget nak cepat slim.Mee bakso dengan bebola daging.Balik umah nanti jangan menyesal lapar pulak yea hehe.Ingat makan kat sini jangan cuba-cuba nak mengecek yea.

1 comment:

kehidupan sihat said...

menarik :)
pernah breakfast disana makan soto

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....