Selamat pagi semua...
Sedap betul tidur malam tadi,mana taknya hujan turun sikitlah punya lebat,siap ada guruh dan kilat sambung menyambung lagi.Kuat betul hujan kilat di Tanjung Pinang sampai RA tidur pun boleh terjaga mendengar dentuman guruh di luar.Jam 7pagi RA sudah turun ke restoran di tingkat bawah hotel untuk bersarapan.Menu sarapan buffet pagi ini ialah Lontong , Nasi Goreng , Roti , Jemput-jemput dengan air kopi dan teh sebagai pilihan.RA bersarapan dengan Nasi Goreng jelah.Lepas bersarapan RA bersiap-siap untuk di jemput ke Dermaga Pulau Penyengat untuk ke lawatan Pulau Penyengat.
Hujan masih lagi renyai-renyai saat kami tiba di dermaga , tetapi masih bersemangat untuk menyeberangi laut untuk ke Pulau Penyengat.Lihat lah bot sampan yang sudah bersedia menanti kehadiran kami.Memang cukup mencabar dan mendebarkan nak-nak bila menyeberangi laut yang sedikit beralun di sebabkan cuaca hujan.Bot nya pulak ala bot penambang seperti di Sarawak pulak tu.Tapi RA cukup teruja dan berbangga bila melihat kain rentang yang ada di bot di bawah ini. "Budak Melayu Budak Berencane".yeaaaa Luaskan Kuasamu Budak Melayu!!! Gerek arghhhh!!!
Berdebar juga bila naik bot penambang ke Pulau Penyengat,mana taknya mereka takde sediakan jaket pelampung pun,agak-agak kalau tengelam yang tak tahu berenang tu boleh ke selamat hehe.Tapi pakcik yang membawa bot kami memberi jaminan bahawa sejak dia bekerja bawak orang setiap hari belum ada tragedi bot karam yang berlaku.Perrghh tengok tu laut beralun-alun dengan hujan gerimis menyambut kehadiran kami.Sempat bergambar lagi tu.
Alhamdulillah selamat tiba di Pulau Penyengat setelah menempuh perjalanan 30minit.Jarak dengan Tanjung Pinang takdelah jauh sangat,1km je.Penduduk di sini 100% orang Melayu Riau dan rumah-rumah yang di tepi laut semuanya di bina di atas air.Pulau Penyengat mendapat namanya dari beberapa pelaut yang dahulunya singgah ke pulau ini untuk mengambil air tawar.Bila berada di pulau ini mereka di gigit oleh serangga berbisa yang bernama Penyengat,dan sejak itulah pulau ini mendapat nama dari serangga itu.Di Jeti ada beberapa becah (nama bagi moto+beca) yang dah siap menunggu tetamu hari ini.Harga menaiki Becah untuk keliling di sekitar pulau ini antara RP$30,000-RP40,000 (RM10) dan boleh di naiki oleh 2orang sahaja.Kalau nak jadi macam filem Seniman Bujang Lapuk boleh lah duduk bertiga.
Tempat pertama yang kami lawati ialah Komplek Makam yang mana terletaknya makam :Engku Puteri (Raja Hamidah) - Permaisuri Sultan Mahmud Shah III/Anak perempuan Raja Haji FisabilillahRaja Ahmad - Penasihat KerajaanRaja Ali Haji (Pujangga Kerajan dan juga penulis Gurindam 12 yang terkenal)Raja Abdulah (YDM Riau-Lingga IX)Raja Aisyah (Permaisuri)
Makam Engku Puteri terletak di dalam bangunan ini dan jaga baik oleh penduduk pulau.Menurut cerita dan sejarah Engku Puteri bernikah dengan Sultan Mahmud Syah ke III dan sebagai hantaran mas kahwinnya sultan menghadiahkan Pulau Penyengat ini kepada beliau.Di dinding-dinding dalam bangunan ini pula tertulisnya Gurindam 12 karya yang cukup indah oleh Raja Ali Haji,pujanga negara ketika itu.
Inilah ke semua 12 fasal gurindam Haji Ali yang sempat RA rakamkan di kamera lensa RA.Sesiapa yang pernah belajar sastera tingkatan 6 (STPM),pasti akan teringat akan Gurindam ini.
Ini antara baris ayat di dalam FASAL KE 10 di dalam Gurindan 12 :
DENGAN BAPAK JANGAN DERHAKA
SUPAYA ALLAH TIDAK MURKA
DENGAN IBU HENDAKLAH HORMAT
SUPAYA BADAN DAPAT SELAMAT
DENGAN ANAK JANGANLAH LALAI
SUPAYA BOLEH NAIK DI TENGAH BALAI
DENGAN KAWAN HENDAKLAH ADIL
SUPAYA TANGANNYA JADI KAPIL
Dari komplek makam kami bergerak pula ke Makam Raja Haji Fisabilillah.Beliau ialah pejuang menentang penaklukan Belanda dan mengembalikan maruah dan kehormatan orang-orang Melayu yang pernah di pijak pijak oleh penjajah Belanda Laknatullah (emosi sikit ini).Beliau berkubu di Teluk Ketapang sebelum wafat di sana sebagai pejuang Fisabilillah.Sebelum wafat beliau sempat meninggalkan wasiat untuk umat Melayu yang RA rasa memang wajib di baca oleh kita.Kalau nak baca bolehlah ke alamat blog ini :
Wasiat Raja Haji Fisabilillah
Selesai urusan di sini RA ke Balai Adat masyarakat Melayu yang di beri nama Balai Adat Indera Perkasa yang mengadap laut di balik Pulau Penyengat.Segala peralatan di raja dan masyarakat Melayu di pelihara di sini.RA pun siap bergambar di atas singahsana lagi.
Memandangkan cuaca hujan,kami tidak pergi ke kubu dan gedung lama yang menyimpan senjata.RA terus sahaja ke Masjid Raya Sultan Riau.Menurut cerita penduduk di sini,dahulunya berhampiran masjid ini ada terletaknya istana sultan.Ia di robohkan oleh penduduk atas arahan sultan bagi mengelakkan di rampas oleh Belanda.Jadi yang tinggal hanya Masjid sahaja.Masjid ini cukup indah dan unik nak tau kenapa? Bangunan ini di bina mengunakan putih telur + Kapur.Nampak ? senibina orang orang Melayu kita?
Kalau masjid lama ini masih cantik dan tersergam indah,cuba bayangkan istana-istana pada zaman dahulu...Pasti lagi indah dari masjid ini kan?. Senibina orang dahulu bukanlah seperti yang di perbodohkan oleh penjajah.Rumah batu memang sudah lama berada sejak Zaman Meroang Mahawangsa,Kesultanan Melaka sampailah ke Sultanan Melayu Johor-Riau-Lingga-Pahang.Tapi sayang banyak bangunan-bangunan istana terpaksa di rubuhkan bagi mengelak Belanda mengusainya
Ini bahagian di dalam masjid raya.RA dapat lihat di setiap makam,masjid dan balai adat ada orang-orang pulau ini yang menjaganya sentiasa setiap kali ada orang luar yang datang berkunjung.
Jam pun dah menunjuk ke jam 1130pagi.Jelajah disekitar Pulau Penyangat sudah pun RA selesai.Jadi RA mendapatkan semula bot penambang untuk pulang ke Tanjung Balai untuk ke destinasi seterusnya iaitu makan tengahari hehe...Kami ke Kampung Bulang Laut iaitu perkampungan Melayu Riau yang terletak 10km dari Pekan Tanjung Pinang.Nama kedai "Pondok Makan Sarbana".Makan tengahari di sini cukup menjanjikan.Mengadap laut dengan menu pilihan Asam Pedas Sembilang & Ikan Merah Melayu Riau dan Sotong masak hitam.Memang terbaiklah asam pedas kat sini ada sedikit rasa seperti kari dan asam pedas Batu Pahat gitu.Otak-otak kat sini pulak otak-otak sotong.Sedap bangettttt dongggg...!!!
Harga nya?? Ini harga yang di kenakan di meja RA :
ASAM PEDAS IKAN MERAH
TAUGEH GORENG
OTAK-OTAK SOTONG 10 KEPING
SOTONG MASAK HITAM
TELUR DADAR
NASI PUTIH
TEH O AIS & TEH BOTOL
RP$270,000 = RM80 / UNTUK 5ORANG MAKAN.Murah kan?
Ok perut dah kenyang,jadi kita ke destinasi seterusnya iaitu ke Makan Daeng Celak ayahanda kepada Raja Haji Fisabilillah.Kalau ada baca buku-buku sejarah pasti ada mendengar nama ini kan?.Tetiba dalam perjalanan,RA teruja melihat jambatan di atas Sungai Careng persis jambatan di Sydney Harbour.Nampak tak reka bentuknya? agak sama kan? Kejuruteraan Awam katernya...(civil)
Makam Daeng Celak (sebutan orang-orang bugis CHELLAK) terletak di pinggir Sungai Careng,sungai yang menjadi laluan pentadbiran Kesultanan Melayu Riau-Lingga (ala Sungai Johor di Kota Tinggi).Berhampiran dengan ladang pokok getah,di sinilah bersemadinya jasad beliau.Pangkat yang di Pertua Muda Riau adalah pangkat ke dua tertinggi selepas sultan.Fuuhhh nyamuk banyak kat sini wooo...jenis nyamuk tak pernah isap darah,RA siap kebas-kebas tangan dia tetap tak lari nie.
Dari makam Daeng Celak RA ke makan Daeng Merewah iaitu yang di Pertuan Muda Riau pertama,ayah kepada Daeng Celak.Nama ini pun ada di sebut dalam buku-buku sejarah sekolah menengah kita.Nak tau ceritanya kenalah baca semula buku-buku tu.
Destinasi seterusnya RA ke Kota Raja iaitu kota lama peninggalan kesultanan Melayu Johor-Pahang-Riau-Lingga yang terletak di hulu sungai Careng tidak berapa jauh dari makam Daeng Merewah dan Daeng Celak.Perjalanan kesini memang kena melalu jalan tanah merah.Cukup mencabar betul.
Akhirnya tiba juga di sini.Tapak kota Raja yang telah lama ditinggalkan.Nie kalau korek-korek tanah kat sini mesti jumpa barang-barang lama.
Di sini terletaknya Istana Kota Raja dan menjadi pusat pentadbiran kerajaan Melayu Johor-Pahang-Riau-Lingga ketika itu.Apa yang tinggal cuma runtuhan-runtuhan istana,bangunan dan kubur-kubur di sini.Kota ini diruntuhkan atas arahan sultan bagi mengelak penguasaan Belanda yang ketika itu mengugut akan mengambil segala harga dan bangunan-bangunan milik sultan jika tidak pulang ke Riau yang ketika itu berlindung di Singapura.Tujuan Belanda kekita ikut amat jelas mereka mahu membunuh kesemua waris sultan agar tidak ada yang menuntut haknya di kemudian zaman.
Dah puas ke tempat bersejarah,RA dan yang lain-lain meminta di hantar pulang ke hotel.Ada yang nak beristirehat dan membersihkan diri sebab dari pagi tadi keluar kena hujan.RA sebaliknya ke pelantar ini untuk merakamkan aktiviti penduduk di Tanjung Pinang.Berhadapan Melayu Square ramai peniaga gerai yang sudah siap memasang meja dan kerusi mengadap laut untuk membuka jualan makanan mereka malam nanti.
Ok inilah suasana malam di sepanjang jalan di tepi laut.Mereka memasang skrin tv besar dengan menayangkan pelbagai siaran bagi menarik pelanggan singgah makan di gerai mereka.Ada tu membina kafe ala Starbucks dari dalam van yang telah di ubah suai.Unik kan idea orang-orang sini.Di seberang jalan pula menjual pelbagai maian kanak-kanak dan mini "funfair" bagi menarik minat kanak-kanak.
Agak lama juga RA melihat gelagat dan aktiviti masyarakat di sini waktu malam.Sampai mata RA pun dah mengantuk.Jadi RA pulang semula ke hotel dan tidur...Jumpa esok
No comments:
Post a Comment