Hari ini RA membawa beberapa kenalan blog yang dulunya pernah ke Batam tetapi kali ini ke Tanjung Pinang.Terletak di Kepulauan Bentan atau lebih di sebut Bintan oleh orang Indonesia.Bertolak jam 1tengahari memang tak dapat lah nak bersolat jemaah Jumaat,jadi terpaksalah berniat untuk jamak sahaja.Perjalanan dari Jeti Stulang Laut ke Tanjung Pinang mengambil masa 3jam.Bot feri kali ini lebih kecil saiznya kalau nak di bandingkan dengan bot feri ke Batam.Mungkin juga faktor tidak ramai penumpang untuk laluan ini jadi mereka mengunakan bot feri bersaiz kecil tetapi tetap berhawa dingin.
Perjalanan ke Tanjung Pinang juga melalui Selat Tebrau Johor , Selat Singapura dan terbaru Selat Indonesia.20minit sebelum feri tiba,kelihatan sebuah pulau kecil yang berkeluasan kurang dari satu hektar,tetapi di tumbuhi pokok-pokok dan pantai yang memutih.Kalau pulau kecil ini menjadi milik Malaysia sudah pasti sudah ia akan di bangunkan resort ala Maldives.
Memasuki ruang laut Indonesia,RA dapati banyak bot-bot feri yang membawa penumpang di sekitar pulau-pulau kecil di Batam,Tj Pinang dan juga beberapa pulau-pulau kecil di sekitarnya.Paling hampir dengan Pulau Batam, terletaknya kepulauan Bentan atau Bintan di mana tinggalnya dahulu Megat Sri Rama yang di kenali dengan nama Laksamana Bentan.Beliaulah yang telah membunuh Sultan Mahmud,Sultan Johor (Sultan Mahmud Mangkat Dijulang).30minit kemudian kelihatan pula sayup-sayup Pulau Penyengat,iaitu Pulau warisan Kesultanan Johor yang sekarang menjadi milik Indonesia.Jaraknya tidak berapa jauh dari Jeti Tj Pinang.(cuma sekitar1km).Takpe esok RA melawat ke sana.
Alhamdulillah jam 4petang feri selamat tiba di Jeti Tanjung Pinang walaupun ketika itu hujan turun semakin lebat menyambut kehadiran kami.Bersebelahan jeti Tanjung Pinang adalah jeti dermaga untuk ke Pulau Penyengat.Kelihatan beberapa anak-anak Melayu berbaju Melayu sedang menunggu bot pulang ke Pulau Penyengat.
Hujan turun dengan lebat sekali dan RA dengan beberapa ahli rombongan terpaksa berbasahan menuju ke MPV yang sudah siap ada menjemput kami untuk di bawa ke hotel.Hotel penginapan RA ialah Hotel Panorama iaitu sekitar 2km dari jeti.Inilah bilik kamar RA,kamar standard dengan satu katil besar.Hotel kat sini takde banyak bilik yang mempunyai 2katil bujang.
Nak jalan kat luar pun hujan masih belum berhenti,jadi RA berehat dan tidur sekejap di bilik.Agak-agak jam 7malam perut dah berbunyi mintak di isi.RA turun dan keluar dari hotel untuk mencari makan.Tak jauh dari hotel RA ke restoran Nasi Padang.Makan gulai telur + Sotong sumbat + Bagedel + Nasi + Sayur + Sambal Hijau + Teh Obeng = Rupiah44,000 = RM13 kesemuanya.Murah ke Mahal? entah le bayar je lah janji perut kenyang.
Dalam perjalanan pulang semula ke hotel RA sempat singgah dah jengok-jengok Melayu Square dan beberapa bangunan-bangunan kerajaan yang telah pun tutup,maklumlah dah malam.Bila sampai di hotel,RA tengok rakan-rakan rombongan dah bersiap-siap nak ke Mall Ramayana dan ke Spa.Hehe biasalah membeli belah dan spa di sini sangat murah jika di bandingkan di Malaysia.RA dah tak larat terus naik ke bilik hotel tonton tv kemudian tertidur.Jumpa esok pula.
No comments:
Post a Comment