Monday, June 11, 2012

JJNM Sarapan Pagi Di Johor

JALAN-JALAN NAK MAKAN

- JOM SARAPAN DI JOHOR BAHRU -

Lokasi pertama yang harus singgah adalah di gerai makanan Hutan Bandar Johor Bahru yang terletak di belakang Courts Mammoth.Masuk melalui RTM Johor terus ke dalam nanti jumpa lah deretan gerai makan di sini.Gerai Fatimah Nasi Campur memang terkenal dengan Lontong Kuah dan keringnya.Suka dengan layanan akak Fatimah yang peramah ini.Pernah sekali handphone aku tertinggal kat atas meja makan dia,mujur Kak Fatimah yang jumpa,kalau orang lain yang jumpa,mesti dah kena kebas

  Lokasi seterusnya adalah di Restaurant HWA MUI yang terletak di Jalan Dhoby,Bandaraya Johor Bahru.
Ada cawangan dia yang baru di buka kawasan lot pejabat di Taman Sutera Utama yang berdekatan dengan Sutera Mall.Makanan seperti mee goreng mamak & chicken chop adalah pilihan utama di sini.Kopinya juga harum dan sedap.

 Kalau nak cuba yang lain pun boleh.Anda boleh ke medan selera bersebelahan Balai Bomba Larkin.Kat sini anda boleh menjamu selera dengan Kacang Pool Haji dan Nasi Lemaknya.Haa Jangan lupa kalau haus cuba lah ABC special kat kedai kawan aku,gerai "Aweit Corner" selang 2 gerai je dari Gerai Kacang Pool tu.

Bercakap tentang Nasi Lemak yang sedap,anda boleh ke Medan Selera Taman Sri Pulai untuk menikmati Nasi Lemak Che Nab yang menjadi pilihan utama pelajar-pelajar di UTM dan penduduk sekitar.

 Satu lagi gerai Nasi Lemak yang sedap terletak di deretan gerai di Jalan Abdulah Tahir berhadapan dengan bangunan MAA dan bersebelahan dengan Banafie Village.Gerai ini juga ada menyediakan roti canai yang sangat ranggup dan lembut.Harga sebungkus Nasi Lemak dia RM1.30 dan harga sekeping Roti Canai kosong 60sen.Murah kan? Sedap pulak tu

 Ada lagi satu kedai menjual Roti Canai yang sedap.Nama restauran tu "Restauran Md.Salleh" yang terletak di Taman Pelangi bersebelahan dengan Leisure Mall.Memang garing dan lembut rotinya.

 Apa kata kita bersarapan Makan Mee Bandung Muar pulak di Tanjung Langsat Pasir Gudang.Udangnya memang bersaiz XXL dan sedapnya mamamiaaa.Sesekali cuba mee bandung untuk sarapan pagi apa salahnya kan?

 Sumber gambar : Dari Blog sendiri dan blogger yang lain

4 comments:

tupperware:bemyguest said...

Terbaik lah!

RioAzzaro said...

terima kasih...nanti leh cuba gie yea

Anonymous said...

Terima kasih atas maklumat ni. Nanti sy cuba. Kedai ni buka tiap2 hari ke de.

IBU RISKA said...
This comment has been removed by a blog administrator.

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....