Saturday, June 9, 2012

JJNM : Restoran Hjh Maimunah

 Jalan - Jalan Nak Makan (J.J.N.M) kali ini berada di luar dari Bandaraya Johor Bahru.Setelah hampir 15tahun aku meninggalkan kerja di Singapura,hari ini aku berkesempatan semula untuk menjamu selera di sini.Di Restaurant Hjh Maimunah di Jalan Pisang berhampiran dengan Arab Street dan Masjid Sultan Singapura.Terkenang suatu ketika dulu selepas Solat Jumaat pasti akan singgah makan tengahari di sini.Menu utama kegemaran aku pastilah sotong masak sambal dan Ikan Bawal bakar.Memang terangkat kalau makan kat sini.Kini setalah hampir 15tahun aku meninggalkannya makanan kat sini masih tidak berubah,malah lebih sedap.

 Tadi aku berkesempatan makan sambal sayur kacang goreng bersama tempe dan Ikan Bawal Bakar kegemaran aku.Olie dan Azie pulak makan daging goreng , sayur kangkong , Ayam masak Lemak cili padi (sedap giler) dan Sotong masak kicap (perrhhh terliur sampai malam-malam ini)

 Bila tengok susunan dan barisan makanan di tempat menempah boleh juling biji mata nak memilih.Harga makanan aku S$8.00

Nasi Putih + Ikan Bawal Bakar + Sayar goreng kacang tempe + Telur dadar

Berbaloi lah dengan menepati citarasa & selera aku yang tinggi

 Setelah melangsaikan hajat makan,aku pun berjalan lah terkedek-kedek dengan pasangan double "O" ini (Ozie & Olie) ke Sim Lim Square.Tengok ajer lah diaorang tu berjalan terpaksa mengheret bininya sebab dah tak larat nak jalan kaki (maklumlah pakai kasut tumit tinggi ala-ala kawan lama dia tu).Hajat sebenar aku ke Singapura hari ini bukan nak makan sangat lah,tetapi lebih kepada nak cari bateri kamera aku yang dah tak boleh pakai nie.Harga kat JB RM130 untuk yang original.Sebab dah mahal sangat tu yang nak cari kat sana,rupanya lagi mahal kat sana.Tapi untuk yang bukan original harganya berpatutan.RM64.50 = S$25.00.

Apa pulak cerita ayam goreng ini eik?? oh yea...jalan-jalan sampai la ke Tanjung Katong,semata-mata nak cari ayam goreng Arnold versi halal ini.Harga mengikut harga kupon yang si Olie nie dapat. S$10.00,katanya dapat kupon masa majlis amal.Amal apa yang dia buat tak tahu lah pulak teman niie yop.....Balik nak ikut sangat guna Tambak Johor di Woodland jadi tersangkut lah kami 2jam di sana gara-gara trafic jem.Begitulah gamaknya.


1 comment:

IBU RISKA said...
This comment has been removed by a blog administrator.

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....