Wednesday, June 13, 2012

JJNM Makan Malam Di Johor

JALAN - JALAN NAK MAKAN

- MAKAN MALAM DI JOHOR -


Tempat pertama yang harus di singgah adalah di "Restoran MEISAN @ MUTIARA HOTEL JOHOR".Restoran ini memang terkenal dengan makanan Cina yang sedap dan halal.Memang manjanjikan.Tapi harganya MasyaAllah...mahalnya.

Seterusnya kita ke gerai Nasi Goreng Stulang Laut pulak.Ada sesetengah orang panggil gerai ini "Gerai Nasi goreng Popo".Kenapa popo? tak tahu lah teman nak mengkhabarnya yopp....Apapun namanya,ia tetap menjadi pilihan warga Johor Bahru.Terletak di belakang komplek Stulang Laut di tepi tangga (kalau nak parking kereta,parking je kat belakang komplek tu yoppp).Selain nasi goreng,sotong masak kari ala Indonesianya juga cukup menyelerakan.


Nak makan satay boleh lah ke gerai "Satay Warisan Wak Radol" yang terletak di Bandar Baru Uda Jalan Padi Emas & berdekatan dengan Mydin Mart.Satay kat sini memang lembut dan sedap maklum lah kawan saya yang keja kat UTM tu (dia pun nak ada kawan jugak) ada kawan yang berniaga kat sini.

Seterusnya kalau nak melihat keindahan Bandaraya Johor Bahru di waktu malam jangan lupa ke "Restoran di Bangunan Dato Jaafar".Ia terletak bersebelahan dengan Sekolah dato Jaafar dan Stadium tertutup MBJB.Terletak di atas bukit,anda dapat melihat pemandangan waktu malam Bandaraya Johor Bahru.Restoran ini ada juga menyediakan perkhidmatan karaoke secara terbuka.satu lagu = RM2.00.


Tak jauh dari situ anda boleh ke "Restoran Tiga Zam" yang terletak di Jalan Kuning Taman Pelangi.Masuk simpang lampu isyarat untuk ke Plaza Pelangi,kemudian terus sampai jumpa lampu isyarat di simpang tiga.Restoran tu sebelah je dengan lampu isyarat tu.Masakan ala Thainya boleh tahan.Lagi pun tempat ni banyak meninggalkan nostalgia aku masa kerja di Taman Pelangi.

Seperti yang hangat di perkatakan,"Pasar Borong Pandan Uptown"di Johor Bahru ini memang tidak perlu di persoalkan lagi.Ianya terkenal di kalangan pengunjung terutama dari Singapura untuk menjamu selera sambil berbelanja barang dapur di sini.Di buka dari jam 6petang sehingga lewat pagi,deretan kedai makan di sini menyajikan pelbagai makanan kegemaran orang Johor. Tapi pilihan aku kalau ke sini mesti nak makan Roti John Specialnya ,Harga cukup murah RM5.00 sahaja.Selain itu Bubur Nasi ,Murtabak,Capati Pakistan,Nasi Goreng Tomyam,Ayam Penyek dan pelbagai lagi makanan terdapat di sini.Kalau datang pada hujung minggu pastikan datang lewat sedikit,sebab kalau datang awal parking kereta sentiasa penuh.



Seterusnya kita ke Nusa Bistari Off Nisa Duta untuk merasa makanan barat dan timur pula.Nama kafe ini "SNACKS & SMOOTHIES".Sandwich special nya cukup besar dan mengenyangkan.Masakan barat di sini tidak kurang hebatnya memandangkan tukang masaknya adalah bekas pekerja TGI FRIDAY.Restoran ini terletak di belakang kedai karaoke K Monster.

Apa kata kita pekena Mee Gulung & Nasi Goreng soffie pulak.Terletak di medan selera Taman Sri Bahgia di Jalan Tampoi,mengadap kilang TWP.Ada beberapa gerai di situ,tapi carilah gerai yang tepi yang ada kios satay di depannya.Sebab gerai yang ini sahaja menjual Mee Gulung & Nasi Goreng Soffie

   
Kalau ke Nusa Bistari jangan lupa ke"Restoran Malay Village".Terletak di lot pejabat di hadapan jalan utama Sutera Danga makanan di sini menyajikan pelbagai makanan tempatan dan barat.Dim Sum juga ada di jual di sini.Harga berpatutan dan mengikut pasaran.Ini adalah cawangan ke duanya.Cawangan pertama terletak di Kampung Mohd Amin di Bandaraya Johor Bahru.

Terasa nak makan Murtabak Singapura,boleh lah ke Medan Selera Sungai Chat bersebelahan dengan Hotel St View.Murtabak di sini memang bersaiz besar,sesuai dengan selera besar orang yang nak makan.Selalunya macam aku nie,satu keping Murtabak Special aku leh makan sorang jek.Harga bermula RM5.00 ke RM10.00 mengikut saiz.Tapi jangan datang lewat-lewat sangat,sebab selalunya sebelum jam 10malam,murtabaknya sudah habis di jual.


Bagi yang nak merasa makanan Utara dari negara India,boleh lah singgah ke "Restoran 7Spice" di Danga Bay.Terletak di lot pejabat berdekatan dengan Tune Hotel.Tempat dia memang kozi sangat dan lari dari kesibukkan lalu lintas.Restoran ini juga menjadi kegemaran kerabat di Raja Johor.Di tingkat atasnya pula "Restoran Breakfast at 7".Bos yang sama,cuma jenis makanan yang di jual berbeza sebab lebih kepada makanan tempatan.



Singgah di Bandaraya Johor Bahru jangan lupa ke "Roost Cafe,Juice & Bar".Kafe yang berorintasikan bangunan lama,dengan konsep dekorasinya ala 80an & 90an.Memang meninggalkan nostalgia lama sambil bersantai bersama rakan-rakan.Cuma selain Chiken Chop dan nasi lemaknya,makanan lain kurang sedap sedikit.Tapi untuk rehat dan tenangkan fikiran datanglah ke kafe ini yang terletak di Jalan Dhoby,Johor Bahru



Jom zoom makan kat Medan Steamboat Luton Van di dataran Bandaraya pulak.Ada lebih 20gerai van yang menjual makanan steamboat lidi di sini.Di buka dari jam 6petang hingga lewat pagi.Kat sini orang-orang Johor mengelarnya "SATAY COLOK".Harga mengikut warna pada pangkal lidi.bermula dari 50sen-RM3 secucuk.

Nak dengar muzik live dan makanan yang sedap? Anda boleh ke "Banafee Village" di Jalan Abdullah Tahir,berhadapan Bangunan MAA.Menu utama kegemaran pengunjung di sini adalah Ketam masak merah dan Nasi Ayam Penyek.Sambil makan boleh dengar nyanyian dari penyanyi undangan di restoran ini.


Nak makan makanan laut,apa kata memandu ke Gelang Patah berdekatan dengan Pelabuhan Tanjung Pelepas dengan mengunakan lebuhraya untuk ke Link ke2,anda keluar di exit Pelabuhan Tanjung Pelepas.Dari situ lebih kurang 3km anda akan nampak papan tanda Restoran Saujana.Makanan laut di sana memang sedap dan berpatutan di samping menikmati pemandang Singapura dari Selat Johor dan Jambatan Link ke2.


Restoran seterusnya terletak di Jalan Tampoi,berhadapan dengan bangunan Jati dan Plaza Angsana.Nama restoran ini adalah "RESTORAN REMAJA CLASSIC".Juga menyediakan makanan tempatan, Thai dan juga barat.Nasi Goreng Remaja Classic adalah menu utama mesti cuba di sini.

Ini pula Kafe Salsabila yang terletak simpang 4 di Jalan Kebun Teh.Betul-betul terletak bersebelahan dengan lampu isyarat.Kalau tak jumpa gak carilah kedai Tutty Fruity,nanti jumpa la kedai ini.Terkenal dengan sysha dan makanan ala baratnya.Selalu penuh pada hujung minggu,sebab berdekatan dengan deretan pub & Kafe.



Satu lagi restoran yang menyajikan makanan laut,anda boleh ke "Restoran Sekincan Ikan Bakar" di Danga Bay,bersebelahan dengan Tune Hotel.Makan dengan nasi lemak pasti membangkitkan selera.Ini adalah cawangan restoran pertama di luar Selangor.

"Restoran Gazebo Palace" ini pulak terletak di Kampung Kurnia menyajikan makanan ala Thai dan tempatan. Sesuatu yang baru,anda boleh pilih makan di meja biasa atau di meja bersila.Harga juga berpatutan dan tidak mahal


Ala - ala sakit tekak ke sakit gigi atau tetiba teringatkan bubur nasi tu boleh lah try makan kat "Bubu Nasi Istimewa No 1" di Taman Sentosa.Terletak di deretan gerai makan depan lot pejabat yang berdekatan dengan The Store Taman Sentosa.Bubur Nasi ini di sajikan bersama sayur kangkong masak belacan,ikan masin dan ikan bilis , telur asin dan kacang goreng.Kalau nak lebih selera tambah je dengan kerang goreng atau rebus,ikan pari bakar atau lala masak cili.Terangkat nak-nak bila makan masa musim hujan.


Malam-malam pekena sup tulang di "Restoran ZZ Sup Tulang" memang best.Nak ke sana,anda perlu melalui terowong di bawah Jalan Lingkaran Dalam berdekatan dengan perkuburan Mahmoodiah.Selang 300 meter dari terowong tu nanti jumpalah restoran nie terletak di antara 2simpang.Makanan utamanya mestilah sup tulang dan mee rebus tulang.Tapi janganlah datang kat sini masa dari jam 630petang - 8malam.Mana taknya masa ini lah nyamuk pun sibuk mencari darah kita untuk menghisap.(kawasan dia banyak pokok-pokok besar)


Ok yang ini pulak Gerai "Chiken Chop Hutan Bandar" yang terletak kat mana lagi,kat hutan bandar lah.Rata-rata semua orang penah merasa makan kat sini kan? Mana taknya harga dia paling murah di Johor Bahru.Untuk sepinggan Chiken Chop yang seperti kat gambar ini berharga RM5.00 ajerr


Nasi lemak makan malam-malam pun sedap jugak kan.Jom singgah ke Taman Molek dan pekena "Nasi Lemak Anggerik".Terletak di lot tempat letak kereta di hadapan Al Rajhi Bank.Ayam goreng dan lauk pauknya memang sedap dan banyak pilihan.Tapi hati-hati tak boleh makan selalu sebab kuah & lauknya banyak mengunakan minyak.(tu yang buat rasanya sedap tu)

 Ayuh kita ke tempat lain pula iaitu ke "WARONG SAGA" yang terletak di Jalan Yahya Awal berdekatan dengan Kolej Rima & station minyak Caltex.Restoran ini terkenal sebagai restoran warisan Johor kerana menyimpan gambar-gambar lama Bandar Johor , pemimpin , kerabat-kerabat raja dan pelakon-pelakon lama.Makanan yang wajib cuba adalah "Tahu Goreng" dan "Nasi Goreng Ayam Sambal"

Yang ini pulak namanya "Monsta Cafe" yang terletak di Nusa Bistari.Kalau anda melalui utama di Sutera Danga anda pasti akan dapat melihat kafe ini di tepi jalan susur Nusa Bistari.Makanan yang di sediakan di sini adalah makanan barat dan berkonsepkan zaman kanak-kanak.Makanan Pork Free (takde vavi lah)

Ok,bagi yang mahu mencuba sesuatu yang baru,apa kata anda ke kafe yang berkonsepkan serammmmmm.Nama restoran ini "Amazing Night Cafe" yang terletak di Taman Bistari , Jalan Bistari 4/2.Makanan yang di jual di sini berkonsepka barat dan Pork Free - takde vavi lah tu.

(bukan halal sebab restoran ini menyediakan minuman beralkohol)

Sekian sajalah buat setakat ini.Kalau ada tempat-tempat yang rasa-rasanya nak berkongsi sama,tulis je la kat ruangan komen tu.Lenguh dah tangan ini menaip dan cari gambar untuk tontonan semua.



SUMBER GAMBAR & CERITA DARI BLOG SENDIRI & BLOG ORANG LAIN

19 comments:

aR_whY said...

Alhamdulillah... Tq bro... Very useful info... Almaklumlah... Next week plan nak ke JB... So leh la plan tempat nak makan... Rizal

aR_whY said...

Alhamdulillah... Tq bro... Very useful info... Almaklumlah... Next week plan nak ke JB... So leh la plan tempat nak makan... Rizal

RioAzzaro said...

selamat datang ke Johor Bahru Bro!!!

Anonymous said...

Info yg bagus utk org singapura mcm saya ni nak cari makanan yg sedap2 di JB. TQ

RioAzzaro said...

welcome....selamat datang ke JB

QLin said...

Restoran Sekincan Ikan Bakar da 'gulung tikar' tak sempat nak rasa .. huhuhu

RioAzzaro said...

restorant tu dah bukak balik laa..semalam saya baru lalu depan kedai nya...

liz rusli said...

Terbaik

RioAzzaro said...

tq

Anonymous said...

salam
roost cafe tu halal tak?

RioAzzaro said...

Roost Cafe ini tak ada sijil halal.RA selalu lepak minum je kat sini.Makan tak pernah lagi.Tpi makanan diaorang tak serve pork la

Papa-NtiQ said...

hi Rio Azzaro...cakap pasal medan steamboat luton van nih, memang saya suka lepak2 kat sini dari zaman muda remaja lagi sampai la dah beranak pinak hehe...
Saya baru jer upload pics masa makan kat sini baru2 ni ngan famili. Senang2 tu jenguk la yer blog saya kat

Cik Polka said...

siyes... mmg terbaek johor

KERANAMU JOHOR

miss _pupet said...

Nice one...sy mmbntu sy dn kwn2..dlm cr mknn kt johor trcinta..tmpt cr rezku nih...thanks bro

Anita said...

Satay Wak Radol di BBU kat mana, ya? Sederet ngan Mydin? Ada alamatnya? Tq.

RioAzzaro said...

anita..kt depan pintu masuk mydin mart..ada gerai kecik bukak kt sana

Unknown said...

Satay mana best

Unknown said...

Satay mana best

RioAzzaro said...

satay wak radol kempas dan cawangannya di setia tropika

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....