Jalan - Jalan Nak Makan (JJNM)
Menu lawatan JJNM kali ini adalah Burger Bakar.Senang je nak cari tempat ini,iaitu di Taman Impian Emas,Skudai.Dari Jalan Skudai,anda boleh masuk ikut jalan ke Kolej Selatan.Terus je sampai jumpa simpang 3,anda masuk kiri.Bila dah jumpa deretan lot rumah kedai anda pergi ke kedai paling hujung dekat dengan lampu isyarat yang bernama "RESTORAN BUMBU KAMPUNG".Apapun kedai lot kat Taman Impian Emas tu bukan banyak mana pun,pusing-pusing tak sampai seminit mesti korang jumpa punya.Jangan dok kalot cari kedai mamak pulak yea.Andai masih tak tahu jugak,korang tahan je Teksi dan cakap nak pergi Jalan Impian Emas 3,jumpa lah nanti tu.(Jangan korang sms aku pulak tanya nak masuk ikut Taman Universiti atau Tun Aminah yea)
Cara burger ini di persembahkan cukup menarik.Tapi antara burger-burger yang di jual,"Burger Tambak Johor" lah pada aku,paling sedap dan istimewa.Saiznya besar seperti SUBWAY (menu baru katernya).
Harga RM6.50
Makan bersama sahabat handai dan saudara mara memang seronok kat sini,sebab tempatnya tenang,tak terlalu sibuk dengan kenderaan lalu lalang dan kadang-kadang hangin bertiup sepoi-sepoi bahasa.Tapi agak kecewa jugak lah sebab tuan kedai burger nie tak kenal dengan artis klon 80an kita yang singgah makan di sana tempohhari tu.Apapun burger bakar ini adalah satu percubaan yang bagus.Masih boleh di pertingkatkan lagi rasa daging burger ini agar lebih sedap atau setanding dengan yang berada di KL.Nanti lepas ini nak cuba burger bakar kat depan Nusa Duta lak.
Jommmmm...
1 comment:
Post a Comment