Tuesday, February 28, 2012

Johor Bahru Dulu,Sekarang....& kemudian?

Gambar-gambar di bawah ini adalah wajah Johor Bahru Dahulu,Sekarang dan mungkin juga kemudian.Kita tidak tau sama ada bangunan atau gambar-gambar ini akan terus teguh berdiri seperti di gambar ini atau tak akan ada lagi kemudian.Apa pun gambar - gambar ini menjadi kenang-kenangan buat kita kemudian nanti.

DANGA BAY
FESTIVE MALL / DANGA CRUISE

ISTANA LAMA (KEBUN BUNGA ISTANA JOHOR)
THISTLE HOTEL (EX-HYAAT) DARI DATARAN JB

BANJIR TAHUN 2001 @ JLN SEGGET
JALAN DHOBI / PARKING BERDEKATAN OCBC BANK



SEKITAR PLAZA KOTARAYA
BANGUNAN SULTAN IBRAHIM / MAXIS / CITY SQUARE



KOTA ISKANDAR / TAMAN MOLEK BUSINESS CENTRE

TAPAK POLIS DEPO - TAMAN PELANGI
LANDMARK IT MALL @ JALAN GEREJA
TANJUNG PUTERI

GAMBAR NOSTALGIA 80 & 90 AN
PANGGUNG LIDO & REX @ JLN WONG AH FOOK DEPAN KOMTAR
PANGGUNG WAYANG CATHAY @ FLAT LUMBA KUDA TJ PUTRI


DANGA CITY MALL (DAHULUNYA BEST WORLD PLAZA)
& JALAN ABDULAH TAHIR

Berlibur menonton Adnan Sempit 2



Berkesempatan menonton Filem Adnan Sempit 2 bersama rakan & kenalan adalah sesuatu yang amat terindah.Bertempat di GSC Pelangi Leisure Mall Johor Bahru,aku bersama Olie & family , Kak Ros & Family,Nik & Family dan En Abg Yunus (yg kelewatan sampai di sebabkan jem) berkumpul jam 7:30 Malam.Sepatutnya mengikut perancangan nak tengok cerita ini hari Jumaat lepas,tapi atas sebab-sebab yang tak dapat di elakkan,aku menukar plan ke hari Isnin 27Feb2012.Pulang kerja jam 6petang,aku terus ke Leisure Mall membeli tiket wayang.
Total : 9 Dewasa / 3 Kanak-kanak.

Sementara menunggu jam 7:45 malam aku lepak minum di McDonalds sambil surf internet.Jam 730 malam,Nik & family dah pun sampai dan menunggu aku di pawagam.Sambil-sambil menunggu yang lain tiba,diaorang sempat bermain video games bersebelahan panggung GCS.Teror juga si Fuad nie main games Street Fighter versi baru.
Sampai stage 7 pulak tu.
Masuk panggung wayang jam 745malam,tapi di sebabkan hari bekerja dan jalan sesak Abg Yunus tiba lewat 10minit.Nak komen sikit pasal Filem Adnan Sempit 2 ini.Jalan cerita pada permulaannya nampak teratur,tetapi bila dah masuk pertengahan,jalan cerita mula nampak kelam kabut.Lawak diaorang pun seperti lawak yang di buat-buat.Tak seperti Filem yang pertama.Tak ada benda lawak yang boleh di ingati,cuma lawak Bahasa English salah sebutan sajalah yang dapat menyelamatkan ke lawakkan filem ini.Pelakon Sam nampak berusaha kuat untuk menjadikan lawaknya hidup,tapi plot jalan cerita yang kelam kabut banyak mencacatkan usaha beliau.
Selepas Filem Adnan Sempit 2 tamat kira-kira jam 9:20malam.Aku pun bertolak ke Dataran Bandaraya untuk melepaskan hajat teman baik kitaorang : Abg Yunus untuk belanja makan Satey Celup di gerai Lori no 8.Sampai saja sana,gerai tersebut tidak berniaga.Jadi memandangkan dah sampai,kami pun makan lah di gerai no 21.Boleh tahan juga kuah satey steamboatnya,tapi kenapa la mahal sangat kakak oiii charge orang?
4cucuk satey rata-rata fishball,
1 cucuk sayur brocoli
1 kepingan tahu kering saiz sederhana
= RM13.50 =
(tak masuk air lagi)






Tak apalah janji yang datang makan sama tu semua happy.terima kasih juga la pada Abang Yunus yang membelanja kitaorang semua makan kat situ.Bukan sahaja makan satey colok,tapi ada juga Kerang rebus,bubur nasi & Mie soto.Kuah satey steamboat dia sedap,tp layanan mesra pelanggan tu kurang.Sibuk buat kiraan harga makanan saat kitaorang belum nak bergerak balik lagi.

Dan tak lupa juga pada Azie yang menjamu kitaorang merasa Kek Coklat buatan terbarunya yang di pek kan dalam bekas Jar kaca.Sangat-sangat comel dan sedap.Dah macam makan Nuetella pulak.Harga promosi RM12 sebotol yea Azie??? hehee



Monday, February 20, 2012

Karaoke di Suara OK DangaBay


Hujung minggu kalau dapat berkaraoke bersama teman pasti akan meriah.Bertempat di Suara OK Karaoke Box - Danga Bay aku dan teman-teman mengembirakan diri menyanyi lagu kegemaran kami.Harga sewa bilik kat sana pun boleh tahan murah.

STANDARD ROOM RM 10/SEJAM
SUPERIOR ROOM RM 15/SEJAM
DELUXE ROOM RM 18/SEJAM
SUPER DELUXE RM 22/SEJAM
SPECIAL ROOM RM 28/SEJAM


Pelbagai aksi dan gaya dapat di lihat di sini.Ada yang mahu menyanyi,ada yang mahu menari hip hop,dangdut dan joget Melayu.Bila masing-masing dah masuk bilik karaoke, muka masing-masing yang serius pun boleh hilang.Lagu-Lagu dangdut memang tidak dapat di pisahkan bila kitaorang masuk bilik karaoke nie.Rasanya inilah permulaan tahun kitaorang masuk karaoke.Masing-masing melepaskan gian nak menyanyi.

Seperti biasa lagu wajib Ibnor Rizal dan Hattan pasti menjadi pilihan En Abg Yunus.Lagu-lagu P.Ramlie pula menjadi pilihan En Abg Mat.Lagu-lagu 80an menjadi pilihan Olie & Faiz.Lagu dangdut pula menjadi pilihan kakak-kakak dan isteri mereka...hehe


Aksi tercungap-cungap menari Hip Hop dan zapin juga dapat di rakam,tetapi atas sebab-sebab hakcipta,hanya untuk tatapan tertutup sahaja di tayangkan.

Friday, February 17, 2012

Menguji diri di Clark Hatch Excite Danga Bay

Bertempat di Clark Hatch Excite Danga Bay aku menghadirkan diri pada Ujian kecergasan untuk setiap ahli di pusat kecergasan ini.
Aktiviti bermula jam 7Malam dan berakhir jam 930malam.
7Malam kami di uji dengan aktiviti berbasikal yang juga di kenali sebagai "Spinning Challenge".Bersama satu jam 30minit aku di uji berbasikal tanpa henti dengan 4kali pertukaran bergilir-gilir pelatih kecergasan.


Kepenatan tercabar apabila di uji pula dengan ujian tahap fizikal melalui "pump & shape"
Ketahanan di fokuskan pada kaki,peha,lengan dan perut.Ada 5tahap ujian di beri.Mereka yang tidak tahan akan di gugurkan dan mereka yang paling akhir bertahan di panggil Juara.Aku bertahan pada ujian tahap ke3 sahaja.
(bukan apa,saja bagi kemenangan pada orang perempuan)
Hadiah berupa 1bulan keahlian di Clark Hatch Excite Danga Bay.

Ralat : kecerahan gambar kurang memuaskan

Thursday, February 9, 2012

Keseronokan di Starhill Water Theme Park


Pada Cuti sempena Thaipusam pada 7Febuari lepas,aku dan beberapa rakan berkumpul dan beriadah di StarHill Water Theme Park yang terletak di StarHill Golf & Country Park berdekatan dengan Setia Tropika.Kami bertolak jam 10pagi sebab rata-rata masih mengantuk selepas penat bermain bowling pada malam semalamnya.Kami breakfast di Restuarant As-Salam di Setia Tropika selama sejam.Masuk ke Water Theme Park pun dah hampir jam 11pagi.Cuaca memang panas sesuai untuk riadah dan mandi-manda kami.

Harga untuk dewasa RM15.90 (weekend/public holiday)
Harga untuk kanak-kanak pula RM8.90

Walaupun water themepark nya tidak lah sebesar Sunway Lagoon atau pun A Farmosa kat Melaka tu.Tapi kami tetap enjoy sebab dapat bersama-sama keluarga.Ada 2Pool di bahagikan di sana.Satu untuk kanak-kanak,dan satu lagi untuk dewasa.Tidak lupa di pool dewasa,ada gelongsur yang panjangnya kira-kira 200meter untuk bergelonsur....(boya kena bawak sendiri yea)
Tengok tu bertapa gembiranya aku bergelonsor.Tu belum lagi buat aksi Superman


Nak masuk kat sini tak leh bawak makanan dari luar.Semua makanan kena beli kat kantin yang di sediakan.Boleh tahan mahal jugak lah,tapi berpatutan.Ada juga pasir buatan sendiri.


Kat sini ada gak padang bola untuk main futsal(tak la besar sangat) tapi masih sesuai untuk beriadah.Di sebabkan semua kemaruk nak mandi kat pool,balik saja dari sana,semua k
ulit kena Sun Burn.Mana tak nya,mandi dari jam 11pagi sampai jam 3petang tak ingat dunia.Masa tengah-tengah hari tu la kitaorang syok giler main air kat pool.Dan seperti biasa aktiviti di akhiri dengan bergambar beramai-ramai.


- Sekian -

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....