Berkesempatan menonton Filem Adnan Sempit 2 bersama rakan & kenalan adalah sesuatu yang amat terindah.Bertempat di GSC Pelangi Leisure Mall Johor Bahru,aku bersama Olie & family , Kak Ros & Family,Nik & Family dan En Abg Yunus (yg kelewatan sampai di sebabkan jem) berkumpul jam 7:30 Malam.Sepatutnya mengikut perancangan nak tengok cerita ini hari Jumaat lepas,tapi atas sebab-sebab yang tak dapat di elakkan,aku menukar plan ke hari Isnin 27Feb2012.Pulang kerja jam 6petang,aku terus ke Leisure Mall membeli tiket wayang.
Total : 9 Dewasa / 3 Kanak-kanak.
Sementara menunggu jam 7:45 malam aku lepak minum di McDonalds sambil surf internet.Jam 730 malam,Nik & family dah pun sampai dan menunggu aku di pawagam.Sambil-sambil menunggu yang lain tiba,diaorang sempat bermain video games bersebelahan panggung GCS.Teror juga si Fuad nie main games Street Fighter versi baru.
Sampai stage 7 pulak tu.
Masuk panggung wayang jam 745malam,tapi di sebabkan hari bekerja dan jalan sesak Abg Yunus tiba lewat 10minit.Nak komen sikit pasal Filem Adnan Sempit 2 ini.Jalan cerita pada permulaannya nampak teratur,tetapi bila dah masuk pertengahan,jalan cerita mula nampak kelam kabut.Lawak diaorang pun seperti lawak yang di buat-buat.Tak seperti Filem yang pertama.Tak ada benda lawak yang boleh di ingati,cuma lawak Bahasa English salah sebutan sajalah yang dapat menyelamatkan ke lawakkan filem ini.Pelakon Sam nampak berusaha kuat untuk menjadikan lawaknya hidup,tapi plot jalan cerita yang kelam kabut banyak mencacatkan usaha beliau.
Selepas Filem Adnan Sempit 2 tamat kira-kira jam 9:20malam.Aku pun bertolak ke Dataran Bandaraya untuk melepaskan hajat teman baik kitaorang : Abg Yunus untuk belanja makan Satey Celup di gerai Lori no 8.Sampai saja sana,gerai tersebut tidak berniaga.Jadi memandangkan dah sampai,kami pun makan lah di gerai no 21.Boleh tahan juga kuah satey steamboatnya,tapi kenapa la mahal sangat kakak oiii charge orang?
4cucuk satey rata-rata fishball,
1 cucuk sayur brocoli
1 kepingan tahu kering saiz sederhana
= RM13.50 =
(tak masuk air lagi)
Tak apalah janji yang datang makan sama tu semua happy.terima kasih juga la pada Abang Yunus yang membelanja kitaorang semua makan kat situ.Bukan sahaja makan satey colok,tapi ada juga Kerang rebus,bubur nasi & Mie soto.Kuah satey steamboat dia sedap,tp layanan mesra pelanggan tu kurang.Sibuk buat kiraan harga makanan saat kitaorang belum nak bergerak balik lagi.
4cucuk satey rata-rata fishball,
1 cucuk sayur brocoli
1 kepingan tahu kering saiz sederhana
= RM13.50 =
(tak masuk air lagi)
Tak apalah janji yang datang makan sama tu semua happy.terima kasih juga la pada Abang Yunus yang membelanja kitaorang semua makan kat situ.Bukan sahaja makan satey colok,tapi ada juga Kerang rebus,bubur nasi & Mie soto.Kuah satey steamboat dia sedap,tp layanan mesra pelanggan tu kurang.Sibuk buat kiraan harga makanan saat kitaorang belum nak bergerak balik lagi.
Dan tak lupa juga pada Azie yang menjamu kitaorang merasa Kek Coklat buatan terbarunya yang di pek kan dalam bekas Jar kaca.Sangat-sangat comel dan sedap.Dah macam makan Nuetella pulak.Harga promosi RM12 sebotol yea Azie??? hehee
No comments:
Post a Comment