Monday, June 13, 2016

Iftar di Belanga Satu Bistro

Salam 6Ramadhan pada semua pembaca.Hari ini RA ada jamuan berbuka puasa dengan beberapa teman di Belanga Satu Bistro Taman Adda Height.Buffet Ramadhan di sini sangat berpatutan iaitu RM35 seorang dan di sebabkan masih lagi dalam tempoh promosi diskaun 30% di berikan kepada kami semua sehingga 8Ramadhan.Jadi setelah di tolak 30% harganya RM24.50 untuk dewasa dan RM17.50 untuk kanak-kanak.Murah dan sangat berbaloi kan?
RA tak sempat mengambil gambar makanan yang di hidangkan sebelum berbuka sebab orang dah mula ramai,Jadi ini adalah sebahagian menu utama yang sempat RA rakamkan selepas berbuka.Tahu Lembut Sos Tiram ini memang menjanjikan.
Ada ayam masak kicap , paru sambal , gulai Nangka , Sup daging , Sambal Terung , Masak Lemak Siput sedut (memang terbaik masak lemak ini), Kangkung Belacan , Kailan goreng ,
Mee Rebus dan Mee Soto juga ada
Paru sambal , Spegetti Olio , Satey daging dan ayam.
Dua menu nie memang sedap Gulai Nangka dan sambal paru.
 Menu daging kambing bakar , satey ayam dan daging dengan roti bawang putih ini betul-betul terbaik.
Sementara menanti azan margrib sesi bergambar memang wajib di buat.Dari meja sampailah ke semua geng yang datang berbuka tadi.

Pemilihan menu atas meja penuh untuk pusingan pertama makan katernya.
Haa Kak Ros dan Abang Mad dari KL pun dah tiba awal.Satu keluarga dari Bangi je yang tak kunjung tiba lagi.Mungkin dia ingat waktu berbuka kat Jb nie sama macam kat KL kot.Tempahan meja kami di dalam kedai dan berhawa dingin.Amat selesa dengan ruang yang tidak terlalu sempit.
Amboi sikit punya sopan santun bergambar sebelum berbuka yea.
Ustaz Bin Daus a.k.a Firdaus tak dapat hadirkan diri untuk berbuka sama ada perjumpaan keluarga katanya.Jadi Tuan Haji Hakim,isteri dan anak nya sahaja yang datang bersama.
Azan berbuka 712malam tapi kamilah orang paling terakhir keluar dari kedai makan ini iaitu jam 930malam.Oh yea di restoran ini ada tempat solat yang sangat luas dan selesa di tingkat atas.Jadi tiada masalah untuk bersolat selepas berbuka.
Sesi terakhir sebelum perpisahan.Semua dah kenyang semua dah senang hati.Masa untuk pulang dan bersolat terawih dari rumah je untuk malam ini.Untunglah ada yang pulang di pandu dengan pemandu yang berhemah.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget