Sunday, November 23, 2014

Hari terakhir di Penang bahagian 3

Hari ini hari Ahad,sementara menunggu penerbangan pulang ke JB petang nanti inilah masanya untuk duduk bersantai-santai di tepi pantai.Selepas bersarapan RA dan geng geng duduk amik angin pagi sambil menghirup secangkir kopi panas.Indahnya kalau hari-hari macam nie,duduk santai macam orang ada ada...hehe...

Ok masa untuk tinggalkan pantai dan siap-siap mengemas bag ke lapangan terbang.Jam 12tengahari semua kunci bilik telah di serahkan dan menanti van untuk membawa kami makan tengahari sebelum ke lapangan terbang Bayan Lepas.


 Mereka kata tempat ini adalah medan selera popular di kalangan penduduk di Pulau Pinang.Nama tempat ini Medan Selera New World Park.Makanan yang ada kat sini semuanya makanan traditional masyarakat Pulau Pinang.Majoriti oorang Penang kan orang Cina jadi banyaklah menu masyarakat TiongHwa (wah ayat) yang di jual.Kalau tak silap RA ada 2kedai orang Melayu dan 1kedai mamak sahaja yang ada di sini.Menu yang dia jual Rojak Pesambo , Nasi beriani , Goreng-goreng mee dan nasi , Nasi ayam penyet dan Nasi Lemak.

 Ini rojak pesambo yang sempat RA sambar.Boleh tahan sedap jugak,kuahnya lain sedikit macam rojak-rojak yang ada kat JB. 

 Haa ini kueh keladi...kueh traditional masyarakat TiongHwa.Dulu masa RA kerja kat Singapura selalu Uncle John (pakcik dispatch) belikan untuk kami semua.Bila nampak kueh ini memang tak delah jakun sangat,cuma teruja sebab dah lama tak makan.Jangan risau kueh ini 100% mengunakan bahan sayur keladi dan sos cili yang di kukus.(tiada minyak)

 Ini pulak otak-otak ikan versi masyarakat Cina.Sedap sungguh dan murah pulak tu.RM5 leh dapat sebesar piring teh.

Mee Goreng mamak RA makan jugak bagi mengisi perut nanti.Takkan nak makan rojak dan kueh-kueh nie je kan.Hujan turun dengan lebat saat RA menikmati juadah makan tengahari ini.Jam 2petang kami bergegas ke lapangan terbang yang terletak 15km dari sini.Masa untuk pulang ke JB dan meninggalkan kenangan makan-memakan di sini.Percutian sambil kerja yang cukup mengenyangkan.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget