Sunday, February 2, 2014

Interlaken ,Thun & Bern mengasyikkan

Selamat pagi semua.Pagi ini Helmi nak bawak RA tengok salji pulak.Destinasi pertama kami ialah di Lausanne.Tapi di sebabkan kelaur lewat kami tertinggal keretaapi untuk ke sana.Kebetulan keretapi api dari German singgah di Bern untuk ke Interlaken,iaitu salah satu kawasan pergununan Apls.Jadi perancangan bertukar Interlaken lah gamaknya.Helmi kata Keretapi German lebih cantik dari keretapi Switzerland tetapi selalu tak tepati masa.Ok inilah dia dalaman keretapi dari German.Cantik dah macam filem Herry Potter pulak.

Perjalanan ke Interlaken akan mengambil masa 1jam 30minit.Ia melalui tasik,gunung ganang dan perkampungan yang ketika ini musim sejuk.Di mana-mana salji memutih dan kesemuanya dapat di lihat dari tingkap kiri dan kanan kabin RA.Teruja bila tengok salji di luar macam nak terjun kuar je.

Haa macam inilah orang jakun bila tengok salji dari dalam kabin...hehe.Sampai setiap kali nampak salji mesti nak tangkap gambar ala video klip katernya.

Ok dah sampai di Interlaken.Sekejap je kan?? Biasalah keretapi laju kan.Dari station ini RA kena bertukar ke stesen kereta kabel dan kemudiannya bertukar menaiki keretapi semula.Kali ini lebih kecil sedikit sebab nak melalui lereng-lereng gunung ke Lauterbrunnen.

  Terkadang apabila tiap kali keretaapi RA melalui tepi-tepi tebeng dan pokok, salji jatuh terkena tingkap kami.Dah macam dalam filem Narnia pulak bila tengok salji menebal setinggi peha RA.Seperti dalam peta di bawah ini.2kali perhentian sebelum tiba di Lauterbrunnen.Yang terbaiknya dapat merasa naik kereta kabel.

Tak sangka bila bertukar keretapi RA terjumpa dengan satu kelaurga pasangan suami isteri dan 3orang anak dari Malaysia.Dia orang KL tetapi bekerja di Singapura dan isterinya pula orang Malaysia tapi bertugas di Ho Chi Minh,Vietnam.Mereka dalam percutian untuk bermain ski di puncak gunung apls.Adalah jugak orang Malaysia yang peramah nak tegur kami.Tiba di atas Lauterbrunnen,RA terserempak lagi sekali dengan beberapa lagi rakyat Malaysia dan Singapura.Inilah muka-muka mereka yang sempat di rakam oleh lensa RA.(nak jugak diaorang nie masuk menyelit)

Ok inilah Lauterbrunen.Ketinggian dari paras laut ialah 1035meter. Sebenarnya kalau nak naik lagi tinggi kena bayar tambahan harga tiket CHF45=RM150.Tapi RA rasa cukuplah kat sini jek.Ini pun dah sejuk dan saat RA tiba dari station kereta api Murren , salji pun mulai turun ala sepoi-sepoi bahasa.

Teruja dan tak sangka dapat main salji lagi,maklum dah 16tahun RA tak jumpa salji.Kali terakhir RA main salji ketika berada di Hokaido,bawak pelancong Singapura ke sana.Sejuk yea dan saat ini salji dan suhu jatuh ke -5'c

Jumpa salji dah macam air batu campur la pulak.Saat-saat manis bermain salji buat kali ke dua setelah 16tahun tak jumpa.Memang macam orang jakun.

  Nasib baiklah baju sejuk RA beli masa ke Jepun 16tahun dahulu masih sesuai dan boleh di pakai.Kalau tidak memang mati kesejukkan la gamaknya

Siap baring sekali yea.Maklumlah kat Malaysia takde.Terasa macam diri masuk dalam peti sejuk pulak dan salji di sini sangat-sangat tebal ok.

Ok dah puas main salji,RA turun kembali ke stesen keretapi utama.Sempat juga lah sambar satu pelekat peti sejuk.Mahal giler harga satu pelekat nie ialah CHF8.00 = RM24.RA beli satu je lah buat diri RA.Buat kawan-kawan di Malaysia maaf banyak-banyak lah yea.

Turun dari Interlaken keretapi RA menuju ke Thun iaitu salah satunya pekan untuk stesen pertukaran keretapi ke Bern.Perjalanan pulak melalui sungai, lereng-lereng gunung dan tasek saujana mata memandang.Saat tiba di Thun kami mengambil keputusan untuk jalan-jalan di sini.Lagipun keretapi seterusnya akan tiba dalam 1jam 30minit lagi.Dan ternyata tidak sia sia perhentian kami,inilah hasilnya dari kemera lensa RA.Empangan sungai dan pekan yang cukup tenang.

Tak jauh dari pekan ini mereka mengadakan perarakkan bersempena tamatnya musin sejuk dan menyambut musim panas.Pelbagai kostum berwarna warni dengan muzik dari trompet,drum dan tamborin berkumandang.

Rakyat Switzeland percaya segala perkara yang jahat akan hilang dan lari bersama-sama musim sejuk ini.Jadi mereka membuat perarakkan okestra bagi menghalau roh-roh jahat.

 Alamak kostum diaorang sama warna la pulak dengan baju RA.Haa yang ini RA amik gambarnya kat penghujung pekan ini.Tu pun selepas RA turun dari kawasan paling tinggi di sini untuk ke muzium tetapi kecewa sebab muzium di tutup sementara untuk pengubah suaian.

Wah sempat juga RA bergambar dengan salah seorang pemakai kostum.Mana tak nya, RA siap jerit panggil cakap nak amik gambar bersama.haha.Apa pun RA kagum pekan ini,kebersihan air-air sungainya di jaga bersih dan sangat-sangat jernih.Airnya juga boleh terus di minum sebab puncanya datang dari salji di pergununan Apls.

Dah puas kehulu ke hilir Helmi bawak RA kami pulang menaiki keretapi jam 3petang.

Tiba di Bern lawatan di teruskan melawati sekitar Bern.Bern juga adalah ibu negara bagi Switzerland yang mana ianya terbahagi kepada dua daerah.Satu di kenali dengan nama Old Town (bandar lama) dan satu lagi New town (bandar baru).Wah dah macam pemandu pelancong pulak bagi keterangan kan.

Ini adalah pemandangan Bern Old Town.Hari Ahad adalah hari bercuti untuk semua rakyat Swiss.Semua komplek membeli belah dan kedai banyak di tutup pada hari ini.Satu-satu kedai yang bukak hanya di dalam komplek station keretapi sahaja.

Ini pulak mercu tanda kota Bern.Bangunan "Clock Tower Einstein" dan bangunan-bangunan di sekitarnya telah di lebelkan sebagai bangunan warisan dunia oleh UNESCO.Gambar di bahagian tepi ini pulak ialah Bangunan Parlimen dan Bank of Swiss.Dengar-dengar kat bawah bangunan inilah mereka menyimpan emas-emas perbendaharaan milik Switzerland.

RA suka bangunan-bangunan kat sini,cukup klasik sangat-sangat romantik.Pemandangan sungai pulak di ambil dari belakang bangunan Parlimen yang terletak di sudut paling hujung bukit.

Bandar lama dan bandar baru Bern di pisahkan oleh sebatang sungai.Di sekitar sungai ini terdapat rumah-rumah di bina untuk penempatan golongan pertengahan Swiss.

Di sesetengah bangunan terdapat tiang-tiang seperti ini bagi mengasingkan laluan dua hala dan meletakkan pancutan air gunung yang boleh terus di minum.

Setiap tiang di sini juga katanya mempunyai mentos dan ceritanya tersendiri.

  Di sini juga terdapatnya rumah Albert Einstein.Salah seorang saintis terkenal yang menjumpai teori fizik dan Quantum.Rumah ini juga di jadikan salah satu bangunan warisan dunia oleh Unesco.

Pelbagai lanskip dan bentuk muka bumi Bern untuk tatapan anda semua.

Penat tau amik gambar ini,bukan senang nak cari tempat yang terbaik untuk lensa dan tatapan semua.

Macam RA cakap kalau jalan-jalan kat Swiss pasti jumpa kolam air pancutan.Kalau nak basahkan tekak bolehlah minum dikolam-kolam ini.Golongan elit Swiss suka tinggal di rumah yang di bina kat lereng-lereng bukit.

Yelah nak dapatkan pemandangan terbaik katernya.Buat masa sekarang sewa bulanan rumah di "Bern Old Town" lebih mahal dari "Bern New Town".

Oklah dah puas jalan pusing-pusing Bern RA pulang semula ke rumah Helmi yang terletak tak berapa jauh.Helmi nak masak makan malam katernya.Menu malam ini Spagetti + Salmon bakar dan Nacos.Pandai pulak dia masak yea dah macam chef.

Inilah dia dari dapur Helmi makanan di siapkan.Dapurnya nampak comel dan kemas,jadi nak membersihkannya pun tak lah susah sangat nanti

Terima kasih daun keladi lah yea En Helmi.Dah la bawak RA jalan-jalan,bagi tumpang tidur umah lepas tu masak pun siap masakkan.Untung RA dapat kawan macam ini.Oklah yea semua,perut dah kenyang dan RA nak masuk tidur.Esok kita sambung ke destinasi yang lain pulak haa....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget