Ini pulak kisah mengeteh di Syawal ke10 anjuran Olie dan Azie.(kalau tak pergi no telefun kita semua dia nak padamkan,katernya)
Jadi berkonyon-konyon lah kamu semua datang (yealah takut tu kena padam no telefun).Tapi tuan pengerusi dan isteri datang lambat pulak.Apa nak jadi lah dengan pengerusi-pengerusi majlis zaman sekarang ini.Meja makan yang pasti amik meja yang tepi paling panjang,sebab gang mengeteh kitaorang dengan anak-anak je dah ramai.Bakal orang PutraJaya pun sempat datang ke majlis mengeteh kitaorang malam itu.
Ini adalah menu baru "Banafie Village".Aku pun baru dapat tahu hari ini lepas selak-selak kat atas meja.Nasi Padang Sotong Bakar tu macam sedap je.
Ini pulak penyampaian hadiah ulang tahun anak-anak Kak Rovita.Si Emely dan Clady dari aku.Nak sampaikan dari bulan lepas tak sempat-sempat nak berjumpa.
Nik dan Fuad yang baru balik bercuti dari Terengganu juga sempat memberikan kepada kita semua hadiah cenderahati kegemaran masing-masing iaitu Pelekat besi berani peti sejuk.Bertambahlah koleksi kat tepi peti sejuk kitaorang nanti.
Antara muka-muka ceria yang hadir pada malam itu.Berbincangan malam ini adalah tentang video salah laku aku semasa berada di Alaska dan majlis rumah terbuka orang-orang besar.Majlis mengeteh ini juga di sajikan dengan Ikan Salmon ala mat salleh punya makanan dan Nasi Ayam Penyet kegemaran ramai.Makanan pada makan itu di taja oleh Olie Berhad.
Terima kasih yea , moga murah rezeki anda
Bila mata dah mula mengantuk dan perut dah kenyang,jam 11malam kitaorang semua bergerak pulang ke rumah
No comments:
Post a Comment