Semalam aku dan rakan-rakan satu pejabat berkesempatan beriftar bersama majikan kami di Thistle Hotel.Biasalah kalau dah berbuka puasa di hotel-hotel ini harganya memang mahal sedikit dari tempat-tempat biasa.Bila makan dengan majikan jadi majikanlah yang bayarkan untuk kami semua.Bukan apa,dengan harga Buffet Ramadhan yang bertemakan "Arabian Iftar" yang cukup mahal iaitu RM95++ (Harga Bersih RM110) untuk seorang dewasa memang kena pikir 3-4kali lah kalau kami yang bayar.
Ini adalah antara menu pilihan kegemaran aku."Baby Lobster",Ayam Bakar bersoskan lada hitam,sotong masak sambal & ayam masak merah yang teramat istimewa (paling sedap)
Sepatutnya malam itu tempat kami berbuka puasa adalah di Orchid Ballroom dengan suasana dewan yang besar di tambah dengan persembahan kebudayaan dan ghazal ala Arabian Night.Tapi disebabkan dewan telah di tempah awal untuk majlis korporat,tempat kami telah di tukarkan ke Restoran The Fresh yang sedikit kecil dari dewan tersebut.Dengan harga Buffet dan makanan yang di sediakan pada malam itu,aku boleh lah label kan B+ atau 3Bintang sahaja untuk hotel ini.(mungkin juga ruang restoran yang terhad menghadkan juga kepelbagaian makanan ala arabnya).
Ini adalah rakan-rakan kerja yang turut hadir pada malam itu,turut bersama adalah anak majikan kami beserta suaminya dan turun dari Kuala Lumpur.Walaupun harga buffet di sini agak mahal sedikit dari hotel-hotel yang lain,aku dapati masih ramai yang berbuka puasa di sini.Meja-meja makan memang habis penuh di tempah.Ini menunjukkan betapa murahnya rezeki orang-orang di Jb ini.
Sebahagian lagi menu yang sempat aku telan pada malam itu.Memandangkan ianya di hidangkan secara buffet,jadi tak boleh lah amik banyak-banyak.Bukan apa,nanti tak dapat rasa makanan-makanan yang lain.Ada juga Aiskrem,durian goreng,pelbagai minuman cordial,cendol,Nasi beriani,Bubur,ayam masak kurma,mee rebus,Ikan masak stim,satey ayam dan daging,Udang masak ot,keropok,sayuran goreng,salad dan manisan-manisan yang lain.Kekurangan kuih muih traditional dan tiada kebab untuk di sediakan amat di kesali sekali.



No comments:
Post a Comment