Wednesday, May 9, 2012

Undangan Majlis HariJadi Anak Roslie & Azie

 Salam Ulang Tahun Nur Syahadah
ke 12 Tahun
 Bertempat di Banafee Village Jalan Abdulah Tahir semalam,aku dan teman-teman yang lain telah di undang oleh pasangan Azie & Roslie untuk menghadiri majlis Ulang tahun Puteri kesayangan mereka yang bernama Nur Syahadah Binti Rosli yang ke 12tahun.Majlis bermula jam 830malam dan pada malam itu tiada lagi "On The Way" yang di sebut-sebut kecuali "nak tengok berita dulu" je yang ada...hehe.Perut pun masa tu dah teramat lapar jadi bila nampak makanan-makanan yang terhidang di depan mata mula lah selera pun datang.Menu seperti Tomyam Campur,Ayam masam manis,Ikan Siakap 3Rasa,Udang Goreng Butter,Sotong Goreng Tepung,Kangkung Goreng Belacan dan jamah bersama Nasi Goreng Cina & nasi putih betul-betul menyelerakan.
Bak Kata Chef BJ Kadir "sedap cik kiah".....

Inilah dia muka Birthday Girl kita pada malam itu,cukup ceria dan gembira.Mana tak nya semua orang nyanyikan lagi Selamat Ulang Tahun kat dia,sampaikan penyanyi kugiran (dah lama tak guna nama kugiran tu) pun menyampaikan lagu buat dia.Kembang je hidung mak,ayah dan anaknya sekali..hehehe
 Kek pun tak agak-agak mak dia buat.Dengar khabar buat sampai 2hari-2malam bersengkang mata.Tengok je lah hasilnya,menarik & sedap.Dengar-dengar lagi berat keknya pun mencapai sampai 5kg.Penuh dengan kasih sayang di buatnya kek itu (katernya)
 
 Majlis di akhiri dengan acara memotong kek dan gosip-gosip sesama artis.Para anak-anak dara sunti pulak siap cari port sendiri untuk bergurau senda di luar restaurant.Para anak-anak yang kecil pula berlari-lari di sekitar meja sambil mengurat abang waiters....mengurat punya mengurat dapat lah seorang tu kebas abang waiter,siap dibelanjanya makan aiskrem lagi kau...
 Jap jap,eh kenapa la ketua gang budak-budak nakal yang pakai baju kemaja nie mesti ada nak interframe nie...hehehe

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget