Sunday, May 20, 2012

Santai di Hujung Minggu

 Ahad selalunya waktu untuk tidur lebih lama dari hari biasa.Tapi entah kenapa hari ini aku rasa macam tak mahu memanjakan diri.Seawal jam 8pagi aku di kejutkan dengan bunyi pengera lonceng.Segera bangun membersihkan diri kemudian bersiap-siap bersarapan pagi di warung tepi jalan mengadap Pekan Rabu yang menjual Roti Canai.
2Keping roti canai +Nasi Lemak Bungkus + Teh O
= RM 3.40 = 
Jam 915pagi aku dah tercongok depan Komplek Renang Larkin menunggu kawan aku yang tak sampai-sampai.Nie kalau tunggu lama-lama leh jadi beku aku.Terus tutup enjin kereta kemudian masuk ke kolam renang terus.Alhamdullah aku berjaya membuat 10 pusingan lap walaupun mengambil masa satu jam.
Jam 1045pagi aku mula meninggalkan kolam renang,maklumlah tangan dah mula kecut.Lama-lama nanti boleh kena "sun burn" lak.Pulang je terus ke rumah tengok lak kartun kegemaran aku "Ben 10".Biarlah memang aku suka kartun...lalalala

Hujan pun turun sekitar jam 2petang sedap jugak bila dapat tidur.Kira-kira jam 3petang aku terjaga dari tidur,mana taknya hujan dah berhenti dan haba panas mula naik di sejat menjadikan suhu kat bilik menjadi panas.Tak boleh tidur.Perut mula lah rasa lapar.Jam 5petang aku sms Abang Yunus & Kak Ros (geng mengeteh aku) ajak kuar makan.Tapi di sebabkan tugas,Kak Ros tak dapat join sebab abang Mat Shah (suaminya) kena bertugas.Mulanya rancang nak makan Mie Rebus Stulang,tapi akhirnya tersangut kat Area Sutera Mall.Nak makan kat kedai "HWA TAI" katernya.Pelik gak,sebab setahu aku HWA TAI tu kedai jenama baju & biskut.Nasib baik dapat sms pembetulan "Restaurant Hwa Mui".Susah jugak nak cari sebab terletak di belakang deretan rumah kedai bersebelahan Restaurant Peking di tambah pulak dengan informasi "GPS" mulut yang tidak berapa paham.Hampir-hampir putus asa juga.Tapi akhirnya jumpa setelah 3kali buat pusingan.Ini adalah cawangan ke dua selain yang pertama terletak di tengah Bandaraya Johor Bahru (Jln Dhoby)
Menu semua sedap-sedap belaka.Murah pun murah dan tiada di kenakan "service & goverment taxes"
Teh tiga lapisan 2gelas + Mie Goreng Mamak + Mie Goreng Hwa Mui 
= RM 19.60 =
 Cukup puas hati dengan layanan dan lokasinya.Ada banyak rupanya kedai-kedai makan yang ekslusive dekat sini.Sempat jugak bergosip-gosip tentang dunia artis Johor dengan En Abang Yunus.Lain kali boleh datang lagi ke kawasan ini.



No comments:

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....