Cadangnya hari ini nak cari TV 2nd hand untuk di letakkan kat dalam bilik aku.Sampai ke Kulai Jaya mencari,tetapi kesemua TV 2nd hand yang hendak di jual bersaiz lebih 16inci.Aku tak berapa suka sangat tv yang besar-besar ini,sebab cuma untuk di lihat di bilik sahaja,lagipun TV besar dah ada kat ruang tamu.Jalan punya jalan perut pun dah lapar,jadi bila nampak "Warong Asam Pedas 3Madu" aku pun berhenti makan tengahari di sana bersama teman aku Roslie.
2 Keping Ikan merah masak asam pedas
Telur Dadar
Sayur Kailan Goreng
2 pinggan Nasi Putih
Air Kelapa + Teh O Ais + Teh Tarik
Harga : RM41
(yang aku rasa cukup mahal untuk makan 2orang sahaja)
Selesai sudah sesi mengisi perut,aku meneruskan perjalanan ke Johor
Premium Outlet yang terletak bersebelahan dengan Lebih Raya Utara
Selatan menghala ke JB.Keluar melalui Nusajaya & Tuas terus menghala
ke JPO.Ini adalah pertama kali aku pergi ke sini sejak 5bulan ia
beroperasi.Sangat damai dan cantik tempat ini,sesuai untuk keluarga
bersantai dan membeli belah.Barang-barang yang di jual di sini boleh
tahan jugak harganya.Bak kata seorang bapa pada anaknya yang ingin
membeli baju jersi "tak payah beli kat sini , kat Pandan lagi murah"
hehehe....Aku sempat membeli seluar dari kedai Padini.Harga RM49.50.Haishhh,nak beli lain terbeli lain pulak.
Sebelum sempat pulang aku smpat juga bergaya depan kereta AUDI dah ruang tempat letak kereta
Sebelum sempat pulang aku smpat juga bergaya depan kereta AUDI dah ruang tempat letak kereta
No comments:
Post a Comment