Tuesday, May 1, 2018

Di Muara Sungai Skudai

 Ok buat semua yang tak tahu kat mana nak pergi jika ke Johor Bahru kat sini RA nak beritahu satu tempat yang istimewa buat pembaca pembaca blog RA.Sebenarnya tempat ni dah lama ada kat JB cuma tak ramai yang tahu.Dulu perkampungan kat sini ramai penduduk tapi ada yang berpindah dek pembangunan pesat di Teluk Danga,Kampung ini bernama Kampung Bakar Batu Danga.Terletak di antara muara Sungai Skudai di hadapanya dan Sungai Danga di belakangnya.
Di atas kampung ni di bina jambatan yang menghubungkan antara Lebuhraya Sultan Iskandar dengan Danga Bay.Nampak tak belakang RA tu? Itulah jambatannya.
Wah Kak Ros dan Abang Mad pun nak jugak gambar kat situ.

Gambar ini di ambil dari atas tebing kampung ini.Untuk ke kampung ini anda kena memasuki simpang lampu isyarat di Taman Sutera Utama dari Taman Perling.Kemudian terus masuk ke dalam nanti jumpa lah kampung nie.

Ada banyak lokasi-lokasi menarik di sini.Terserah bagaimana anda melihatnya.Tapi kat atas tebing dan pokok mati ini adalah lokasi kegemaran RA.

Dia pun nak jugak.....
Ini lokasi betul-betul di bawah jambatan Lebuhraya Sultan Iskandar

Kat depan tu kena bagi siapa yang nak memancing boleh lah bawa kail di sini.

Ini pulak lokasi di belakang kampung iaitu di Sungai Danga.
Masa gambar ini di ambil air tengah surut.
Ok ini pulak lokasi di kampung orang asli.Depan tu pulau buatan dengan beberapa banglo yang berharga jutaan ringgit untuk di jual.
Dapat tengok je lah dari sini...

RA belanja lagi beberapa gambar yang kami ambil dari jeti nelayan orang asli ini.
Tak pasti sama ada kampung ini akan di kekalkan atau kemudian nya luput di telan zaman dek pembangunan pesat di Teluk Danga.
Pada sesiapa yang cintakan alam bolehlah bergambar banyak-banyak kat sini.
Harap-harap kampung ini dapat di bangunakan menjadi tempat tarikkan pelancongan bagi menjana pendapatan penduduk orang asli kat sini.

RA rasa tempat ini ada potensi untuk di bangunkan bersama penduduk tempatan.Cantik kawasan ini dan banyak gambar boleh di abadikan menjadi kenang kenangan.
Kat belakang tu Country Garden dan beberapa kondo-kondo mewah persisir sungai yang siap di bangunkan.Harap - harap kampung ini di kekalkan tradisinya.
Jambatan belakang tu yang menghubungan Lebuhraya Iskandar terus ke Kota Iskandar dari Johor Bahru.Bagi yang nak ke sini boleh lah ikut informasi yang telah RA berikan tadi.Jangan lupa ambil gambar sebanyak mungkin untuk kenangan.Nak buat untuk album kawin pun cantik kat sini.
 

Saturday, April 21, 2018

Jelajah Tasik Biru KangKar Pulai

Ramai yang bila cakap je Tasik Biru Kangkar Pulai mesti korang ingat tempat ini cuma ada tasik yang berwarna biru terjadi dari aktiviti kuari di sini kan.
Tapi ramai yang tidak tahu bahawa bersebelahan tasik kuari ini terdapat hutan simpan dan kolam tadahan air yang di miliki oleh pihak Perhililitan dan Syarikat Air Johor.
 Ada beberapa spot menarik di dalam hutan simpan ini.Antaranya kolam tadahan air , empangan lama dan alam flora dan faunanya yang belum tercemar.Sebenarnya kawasan hutan ini tidak di benarkan orang luar masuk tapi biasalah kan para hiker macam RA dan yang lain-lain nie agak degil sikit.Apa pun jika nak memasuki kawasan ini pastikan jangan membuang sampah , jangan sibuk nak memancing & jangan sibuk nak masak-masak pulak kat dalam hutan ni.
Ini RA belanja beberapa tempat menarik dalam hutan simpan bersebelah tasik biru.Ini kolam takungan air Syarikat Air Johor.Ada empangan lama berhampiran kolam ini.
Ni masa hujan 
Nilah dia empangan lama yang RA bilang tu.Ada banyak ikan di sini tapi bukan bermaksud boleh memancing pulak yea.Kalau datang jangan lupa bawak roti nanti boleh kasi makan ikan-ikan di sini.
Tak tahulah brapa lama dah umur empangan ini.
 Selain bawak anak-anak boleh jugak bawak mak-mak budak.
 Ini kawasan pokok tumbang.Ada 2 jurang kecil di belakang budak-budak ini.Kalau turun kena hati-hati sikit sebab licin.Jangan risau ada tali di sediakan.
Haa spot ini pun best.Boleh bergambar ala-ala Tumborio.Tapi untuk sampai di atas ini kena naik lebih kurang 40anak tangga dari bawah lah yea. 
 Selepas berada di atas tu kalau nak kesini kena turun semula sekitar 30anak tangga untuk melihat tasik tadahan air di sebelah sini pulak.Kat sini lebih cantik pemandangannya,boleh main air kat tepi tu.Nak mandi pun boleh , tapi tak payah lah nak masak-masak pulak yea. 
   Ini port paling tinggi,boleh nampak pemandangan Bandar Kangkar Pulai sayup sayup dari sini.
  Ini pulak kawasan hutan terbakar...amacam ada nampak macam kat luar negara tak?
 Satu tempat yang sama tapi dua gambar yang berbeza
 Boleh lah bergambar banyak-banyak di sini.Memang sangat menjanjikan dan sesuai di buat swafoto.
 Abaikan mamat kacak kat tepi tu.Dia tengah mengelamum sekejap cari ilham. 
 Tak kurang hebatnya pemandangan di sini dengan tempat-tempat hebat di luar sana.
 Inilah dia tasik takungan air Syarikat Air Johor.Kawasan ini sangat besar dan di harap sesiapa yang datang di sini menjaga kebersihan di sekitar.
Terdapat banyak pokok periuk kera dan akar-akar besar yang menjalar bak ular di sini.Kalau nak berkunjung di sini dan nak pergi ke spot-spot menarik nie boleh lah hubungi RA di FB atau Instagram RA jika kena dengan upahnya hahahahaha.....

Sunday, March 25, 2018

Hari Terakhir di Tanjung Pinang

 Malam semalam lepas kami balik dari Pulau Beralas Pasir sempat lah kami semua singgah makan malam di Melayu Square nie.Makan lauk asam pedas orang sini katanya.Ikan Merah Asam Pedas kat sini boleh tahan juga sedapnya tetapi mungkin di olah manis sedikit mengikut citarasa masyarakat di sini.Harga makan malam kami semalam sekitar RM60 untuk 4orang makan.Ada sayur , telur dan otak-otak.
 Pagi minggu di Pekan Tanjung Pinang jalan-jalan utama di hadapan Melayu Square hingga ke bangunan kerajaan seperti di gambar atas akan ditutup untuk motor,kereta dan lori.Hanya basikal dan di benarkan berada di jalan raya.Masyarakat di sini melakukan riadah dengan berlari , berjalan kaki dan ada yang mengikuti tarian zumba yang di aturkan oleh pemerintah di sini.
 RA dan Lenny, kami pagi - pagi ikut serta tengok kemeriahan di sini.Sambil-sambil tu kami berjalan kaki menuju ke Pekan Tanjung Pinang untuk membuat "boarding pass" feri pulang ke JB.Sempat lah singgah gambar-gambar sebentar di Laman Boenda nie.
 Haa kat belakang tu Pulau Penyengat.Jarak cuma 1km je dari Pekan Tanjung Pinang.
 Pulau Penyengat yang mempunyai 1001 sejarahDari kejauhan kelihatan nelayan mencari rezeki
 Bot -bot besar ikut serta.
 Haa nie lah yang RA katakan tadi.Nak buat "confirm" tiket a.k.a Boarding pass di kenakan bayaran RP170,000 dekat dekat RM50 seorang walaupun kita dah ada tiket balik tetap kena ke agent feri untuk buat "boarding pass" ni.Buat duit betul diaorang nie yea.
 Feri tengahari tak jalan katanya sebab rosak.Satu hari cuma ada 3feri sahaja untuk ke Johor Bahru.Feri pertama bertolak pagi jam 8.Feri kedua bertolak jam 12tengahari dan feri ke 3 bertolak jam 4petang.Jadi kenalah kami semua bertolak jam 4petang gamaknya.Perjalanan nak balik hotel tu sempatlah bergambar lagi hehehe.Air laut tengah surut pagi ni.
 Memandangkan kami ada banyak masa lagi , jadi lepas berkemas-kemas bag , kami semua ke Pasar basah Tanjung Pinang untuk melihat bagaimana suasananya di sini.Orang sini panggil pasar pagi.Haa tengok tu hasil tangkapan laut yang di jual di sini.Semuanya segar-segar baru turun dari laut.RA paling tertumpu kat Udang Galah tu.Harga sekilo di sini cuma sekitar RM30 jek.Nasib baik lah RA bukan jenis peminat udang.Ikan-ikan di sini juga murah-murah tau.Kalau nak beli boleh beli dalam jumlah yang banyak kemudian pek kan dalam kotak berisi air batu dan bawa balik ke JB.
 Selain hasil laut ada , ada sayur-sayuran , buah-buahan dan paling banyak di jual ialah petai dan jering.Siap yang dah kopek pun ada.
 Buah salak memang banyak kat sini.Kupang,Ikan kering dan siput pun ado...
Haa beginilah keadaan di belakang pasar tepat mana bot-bot nelayan memunggah hasil tangkapan mereka.Perghhh sampah sarap jangan cakaplah , banyak tersangkat kat celah celah bawah kayu tu.Lagi satu kerang-kerang kat sini saiznya besar-besar tau,kalah yang kat JB.
 Untuk yang nak membeli belah baju-baju dan busana boleh lah ke pasar kain yang tak jauh dari pasar ikan.Kat sini leh beli telekung , baju kurung , kain , langsir , bag tangan dan macam-macam lagi lah.
 haa tu dia geng Cik Kuntum tengah memilih baju sambil membawang hehehehe
 Agak-agak dah pukul 12tengahari kami balik ke hotel untuk mengambil bag kami dan bersiap-siap untuk daftar keluar.Sempat lagi 2orang makcik nie merayap depan hotel tengok jualan kerang dan lokan di situ.Katanya harga kerang siap rebus dan masak cuma RM15 je sekilo.Murah kan?
 Tapi makan tengahari kami bukan kerang rebus.Kami ke Restoran Nasi Padang Sederhana yang tidak jauh dari hotel untuk makan di sini.Menu yang kami pilih biasa-biasa je.Telur goreng , Gulai Sayur Nangka,Ayam kari dan tempe goreng belado.
Air kami Teh O beng dan mereka sediakan pemanis agar-agar untuk kami.Nak tahu berapa harga makan tengahari kami? sekitar RM 75 untuk 4orang.Agak mahal juga yea.Oklah perut dah kenyang hati dah senang kami segera ke jeti untuk mengambil feri pulang ke Johor.Alhamdulillah selamat tiba di Terminal feri Stulang Laut pada jam 7malam.

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....