Friday, March 17, 2017

Hari 1 - Perjumpaan Bekas Pelajar SMPT

 Hari yang di tunggu-tunggu pun tiba.Pagi ini RA dan beberapa rakan lain akan berangkat ke Gold Coast Melaka International Resort untuk meraikan perjumpaan bekas-bekas pelajar SMPT di sana.
Kali terakhir kami semua berkumpul adalah pada 3tahun yang lepas yang juga di adakan di Melaka tetapi di A-Farmosa Resort.Perjumpaan kali ini lebih bermakna kerana julung-julung di adakan selama 3hari 2malam dan sempena umur kami yang siri 40an nie hahaha.(pecah dah lobang orang tahu umur RA).Bertolak jam 930pagi kami semua berkumpul di Station Minyak Petronas bersebelahan Plaza tol Skudai menghala ke Melaka.Mulanya cuma 3kereta sahaja,tetapi tambah satu lagi kereta dan kami berkonvoi sampai ke Melaka.
 Alhamdulillah selamat tiba di Gold Coast Resort Melaka jam 130petang,terus bergegas ke Lobi hotel untuk mengambil kunci bilik.sebanyak 8Unit Apartment dengan 3bilik telah pun kami tempah sepanjang berkampung di sini.
Selepas mendapat kunci , anak-anak ramai yang turun ke kolam mandi WaterPark untuk berdebus mandi.Tak sabar katanya.RA dan beberapa AJK yang lain sibuk menguruskan bilik dan kunci kepada mereka yang tiba di samping persiapan untuk makan berdamai malam ini.
 Makan berdamai malam ini adalah hasil perkongsian mereka-mereka sudi berkongsi menu untuk makan bersama.Banyak jugak menu makanan sampai penuh meja.
Ada kueh Talam , Kueh Bakar , Kueh Keria , Mee Goreng & Nasi Lemak Bungkus , Kek-kek , Kueh apam , Roti Sardin , Pisang , Buah Jambu , Air Jelly , Sushi dan macam-macam lagi lah sampai tak tahu nak makan yang mana dulu. Cantik tak botol minuman ala lampu mentol nie? Kreatif kan....
Jam 8malam acara makan malam beramai-ramai bermula.Macam-macam cerita keluar dengan gelak dan tawa anak-anak serta rakan.Ada yang dari KL tiba lambat sedikit sebab anak-anak kan masih lagi sekolah hari Jumaat.Kami yang di Jb sekolah dah mula tutup Jumaat.Tepat jam 9malam acara persembahan membuat Sushi oleh Chef Profesional kita En Nizam memulakan.Tengok tu semua lengkap dengan pisau dan segala macam adunannya. 
 Persembahan ini di adalah secara langsung dan di pancarkan melalui skrin Facebook RA dan AJK untuk tatapan mereka yang dalam perjalanan ke Resort mahu pun tidak dapat hadir kerana berada di rumah. 
 Langkah demi langkah haa Chef kita nie tunjuk nak buat Sushi.Siap suruh beberapa kawan cuba membuat selepas menunjukkan cara-caranya.Alhamdulillah pandai dan faham dah semua dengan cara-caranya.Tengok tu sikit punya besar gelak tawa di Aida.
Bapa-bapa misali bersama anak-anak dan mencuba menu sushi dari Chef kita.
 Acara malam ini berlangsung dengan penuh sempoi.Sempat RA bergambar beramai-ramai sebelum dan selepas acara makan-makan nie.
Tengok nie baru sebahagian je , belum semua lagi yang datang.
Lepas acara makan , kaum ibu sibuk membungkus "Door Gift" kedalam bag-bag untuk acara Gala Makan Malam esok pulak.
Selesai merewang, sesi bergosip pulak di teruskan.Rancak sungguh yea walaupun jam dah menunjukkan pukul 1230malam.Gelak beso betul abam-abam tu yea.
Kaum ibu jugak tak mau kalah.Turut sama menyertai haha.
Barisan budak-budak perempuan balik sekolah ikut pintu belakang sekolah dulu.hahaha.
 Haa ni pulak geng-geng budak lelaki yang paling mengemparkan sekolah satu ketika dulu haha.Dok cerita sampai ke pagi tak abis-abis.Masa nie jam dah pukul 2pagi tapi tetap meriah dengan gelak tawa cerita masing-masing.
 Sebelum masing-masing masuk bilik dan tidur , kami semua bergambar lagi.Tak habis-habisnya bergambar kan.Maklum lah dulu-dulu masa muda nak bergambar kena berkira sebab guna kamera 36rool.hahaha.
 Dan lagi...
 Lagi sekali (dah jam 230pagi nie)
 Akhir sekali jam 3pagi sebelum semua masuk ke dalam bilik masing-masing untuk tidur.Esok ada acara lain menanti.Nak Tahu?? tungguuu.......

Wednesday, March 15, 2017

Sepanjang Jurnal Perjalanan RA

RA baru belajar dalam tambah menambah dalam gambar ni.Jadi inilah hasil yang terjadi setelah gambar-gambar baru dan lama RA yang baru lepas keluar bengkel.Kalau ada yang muntah tengok tu sila-sila la makan ubat atau tutup je jangan tengok yea.
 Yang nie kat Legoland 4tahun lepas semasa perasmian pembukaannya.Masa nie agak kuwus sikit.
 Yang nie masa kat Wagen , Switzerland 3tahun yang lepas.Suhu masa ini -8'c
 Ini kat Pekan Thum , Switzerland dalam perjalanan pulang ke Bern.Air sungai ini adalah air dari glasier pergunungan.
 Pertama kali menjejakkan kaki ke bumi London.Tak sangka lak kat sini angin dia memang kencang.Leh mengigil walaupun suhu cuma 2'c.Masa nie gemuk sikit huhu
London dan Paris 3tahun lepas.Destinasi eropah yang meninggalkan pengalaman manis. 
 Terkenang kenangan manis tahun lepas bersama rakan-rakan sekelas di sekolah rendah.Lokasi di Felda Residence Resort.
 Ini gambar paling lama, rasanya 10tahun lepas kot.Perasan "Hot" konon.
 Gambar 3tahun lepas semasa penerbangan pulang ke Malaysia singgah di Dubai 3malam.Tempat nie memang penuh dengan bangunan-bangunan pencakar langit.
 Gambar paling "Rare" pernah RA rakam.Gambar di ambang akhir tahun 2016 ini di ambil di Tanjung Buai , Kota Tinggi.
 Gambar tahun ini semasa bersama rakan sekolah di Hutan Lipur Gunung Belumut , Kluang 
Ini gambar tahun lepas bulan November di Tasek Luzern berdekatan Wagis Switzerland.
Gambar adik Adi yang sengat fotogenik,anak salah seorang penumpang yang melancong bersama RA.Perjalanan menaiki Golden Train Panorama ke Gstaad.
Satu keluarga bercuti di Switzerland.Gambar di hadapan station kereta kabel gunung Titlis.
Haa ini lagi satu gambar lama masa umur RA 29 tahun di Gunung Bromo Indonesia.Gunung berapi yang masih lagi aktif di Surabaya.
Gambar ini di Rome , Itali.
Gambar di salah satu taman di belakang Norte Dame Paris.
Salah satu bangunan kerajaan di belakang Eifiel Tower Paris.
Timur bertemu Barat.Paris dan Bromo.
Menaiki ferri yang berharga RM50 untuk mengelilingi hutan batu di Dubai.
Kota cinta di Venice tahun lepas RA ke sana.
Deretan bot penambang di Pulau Penyengat Bintan Indonesia.
Tanjung Piai yang mendapat jolokan penghujung benua Asia.
Ini kat kebun bunga Istana 7tahun yang lepas..
Makan-makan mee bandung udang bersama rakan-rakan
London Bridge yang mengamit kenangan 3tahun lepas.

Sunday, February 26, 2017

JJNM : Kafe Kopiz Jalan Abdullah Tahir

J.J.N.M : JALAN - JALAN NAK MAKAN 

KAFE KOPIZ 

(Depan kedai Harley Davidson) 

 JALAN ABDULLAH TAHIR 

Sesekali pergi mengopi pulak di sini.Selalu lalu je depan kafe nie tanpa singgah tetapi malam nie nak cuba ke sini pulak.Nama Kafe : Kopiz.Ada dua cawangan di JB,satu lagi di hadapan Kilang Bateri.Yang kat Kilang Bateri Ra dah cuba,tapi hari nie nak cuba di tempat yang lain pulak.
Kopi Latte pilihan RA,kebetullan ada jual Nasi Ayam Kimchi di sini , harga RM10 sajor..Jadi cubalah merasa kot kot berselera ke.Memang tidak mengecewakan dan boleh lah mengalas perut yang kosong.
Geng-geng biasa yang hadir mengeteh.Datang malam Ahad jadi kawasan kat sini agak lengang sedikitlah.Nie kalau pergi malam minggu nak dapat tempat letak kereta memang angan-angan je lah.
Tak jadi balik Putrajaya yea Abang Mat dan Kak Ros.Moh la sama-sama kita menjamu selera kopi di sini.Harga kopi di sini rata-rata berharga kurang dari RM10.Ada pelbagai perisa dan kopi , yang anda boleh dapat di Starbuck ada di sini.
Mencuba lensa terbaru yang RA beli.Tapi tak puas hati sebab gambar kelihatan agak pudar.
Oh yea, menu Korea kat Kafe ini adalah menu baru mereka.Kalau amik pek combo dengan air cuma RM15 je kalau tak silap RA.
Bergambar sebelum makanan tiba dan walau pun Kafe ini tidak sehebat Starbuck atau Coffeebean tapi rasa aroma kopinya memang setanding tau.Cuba lah singgah kalau ke sini

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....