Friday, October 26, 2012

Jalan-Jalan di Hari Raya Haji

Salam AidilAdha buat semua rakan-rakan Blog dan buat sapa-sapa yang membaca blog saya yang tak seberapa ini.Mohon ampun dan maaf jika ada salah dan silap di dalam penulisan ini.Saya budak baru belajar,kalau salah tolong tunjukkan.

 

Dan bersempena Hari Raya Korban ini , inilah lembu jiran depan rumah RA yang bakal di sembelih.Lembu ini milik Pak Mat jiran depan umah yang berniat untuk di korbankan.Jinak pulak lembu ini.Budak-budak duduk atas dia pun dia buat tak kisah.Ini dia sedang duduk sambil menikmati makan tengaharinya.Selepas sembahyang Jumaat dia akan di sembelih.Ok kita tinggalkan cerita lembu yang akan di sembelih ini,sebab selepas sahaja solat Jumaat RA dan 3orang anak saudara teruna RA telah pergi ke Puteri Harbour Nusajaya untuk ke Taman Tema Hello Kitty World & The Big Club.

 Dengan merentasi cuaca panas RA dan 3orang lagi anak saudara RA iaitu Fahmi,Faiz dan Iwan masuk ke sini.Maklumlah hari ini pembukaan rasminya.Ada 4tingkat kesemuanya.Tapi kami semua tidak dapat masuk sebab tak beli tiket.Harga untuk My Kad bagi 2 taman tema ini RM85 kalau beli di kaunter.Tapi kalau beli melalui laman web Air Asia Trex harganya RM65 sahaja dan kena masuk sebelum 11Nov2012.Harga biasa RM50 untuk satu taman tema.

Inilah ruang legar taman tema ini yang mempunyai kafe,kaunter tiket dan kedai menjual barangan Hello Kitty & The Big Club.Kalau dah beli tiket boleh naik mengunakan tangga bergerak untuk ke tingkat satu hingga 4 untuk menikmati suasana di sana. 

 Maaflah yea,tak ada gambar di dalam Hello Kitty World atau The Big Club sebab RA tak beli pun tiketnya.Nak tunggu bulan depan baru beli.Jadi nanti dan tunggu ajelah pada keluaran akan datang yea.

 Dah puas pusing-pusing bangunan Hello Kitty tu (ala-ala kat luar negara katernya),kami pun ke Legoland (tapi amik gambar kat luar je) 3orang anak saudara RA ini takde beli pas lagi.Bila tanya dah ke pintu masuk Legoland ke belum,yang si Fahmi dan Faiz tu jawap "kitaorang lalu tengok dari highway je".Bila tanya si Iwan nie pulak,dia jawap tak pernah jejak kaki ke Nusajaya pun,dah duduk kat Singapura datang JB bila mak ayah dia bawak je.Anak saudara RA si Iwan ini rakyat Singapura,sebab abang sulung RA (bapak dia) tak mahu tukar ke rakyatan semasa semua keluarga berpindah ke JB.(masa tu RA belum lahir lagi).RA je sorang yang lahir kat Johor,adik-beradik yang lain lahir kat Singapura.Jadik lah yea amik gambar kat luar je,buat kenang-kenangan.Nanti korang semua dah kerja kumpul duit leh masuk sama-sama kat sini.

Selepas ke sini,RA terpaksa bergegas hantar diaorang ini pulang ke rumah sebab jam 5petang ada acara lain pulak nak pergi.Nak ke Universal Studio Singapura pulak.Bingkisan dan ceritanya ada di blog yang akan datang.

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA SEMUA....

Thursday, October 25, 2012

Kali ini Ulang Tahun Fuad

JJNM : JALAN - JALAN NAK MAKAN

RESTORAN TODAK TELUK JAWA MASAI

MERANGKAP MAKAN RAMAI-RAMAI SEMPENA ULANG TAHUN FUAD

 Sari Berita utama.Kelihatan banyak ikan-ikan todak melompat-lompat di Telok Jawa Masai malam semalam.Ada ikan Todak melompat???? Untuk berita selanjutnya saya serahkan anda kepada wartawan kita yang berada di sana,silakan RioAzzaro.


Salam Berita.Saya sekarang berada di Telok Jawa bagi melihat sendiri apa yang dikatakan oleh orang Ikan Todak melompat.Laaa...sebenarnya bukan Ikan Todak melompat,tapi ada majlis makan-makan kat sini rupanya.Kita semua ke sini bagi meraikan majlis ulang tahun suami si Nik Salmiah iaitu Fuad.Untuk pengetahuan gambar di bawah ini hasil dari CIVIL yea.(tetap nak masuk)

Setibanya di sini tiada ikan Todak walaupun nama restoran ini Restoran Todak.Yang di jual cuma Udang Kara dan beberapa hidupan laut yang menanti kehadiran kami.

Hidupan siput-siputan dan kerang-kerangan di letakkan dalam besen yang besar dan di jual mengikut berat badan mereka.Banyak pilihan makanan laut di sini jadi tak payah susah-susah nak pergi pasar yea.Pilih,timbang dan tunggu di masak. 

Ha yang ini pulak kerang bersaiz XL.Bila dah besar-besar macam tak selera pulak nak cuba kan.

 

Harga mengikut ketegori dan berat makanan itu.Ada yang murah ada yang mahal.jadi pilih ikut suka hati yea.

Malam ini juga ramai anak-anak,ibu bapak dan pakcik makcik yang teruja melihat kehidupan laut di atas restoran atas air ini.

Sibuk betul Pakcik (pakcik ker?) yang baju merah dan baju belang-belang tu dalam mengejar impian melihat kehidupan laut di atas darat.

 

Haa inilah hasilnya makanan laut yang sudah di masak.Ini adalah Siakap Masak Kari versi Indonesia.Memang menyelerakan dan menjanjikan

Udang masak kari dan goreng mentega berserta Siakap masak stim,Nasi Goreng dan sayar cap chai membuat perut yang berwasini menjadi dangdut.Opsss.

Ini lah makanan paling utama pada malam itu yang di pilih oleh Nik & Fuad yang datang dengan tiba-tiba.Panjat boboi bila tengok Ketam Masak Lada Hitam ini.Yang kat bawah ini pulak penyepit yang di gunakan bagi memecahkan kulit ketam yang keras itu.Makanan yang lain telah selamat masuk kedalam perut kami.

Lala ini di masak cili dan Ikan ini di masak stim

 

Ok kita lupakan sejenak pasal makanan-makanan di atas.Kita berbalik kisah pada sekumpulan anak-anak muda dan matang yang menghadiri majlis makan malam yang penuh bersejarah itu.

 

Di atas meja penuh dengan kekacang yang untuk di makan (ala kacang dal) dan sesi bertemu ramah juga bergambar tidak di lepaskan.Di sebabkan ada yang tidak makan sejak tengahari tadi,maka sepanjang perjalanan sehingga lah di atas meja mukanya mencebek dan moodnya turun naik.Yang berada di Kuala Lumpur pun di paksa turun yea sebab idea datang makan kat sini pada hari Rabu adalah idea dia.Kalau tak datang jugak memang pasti nombor telefun bimbit dia kena lupus.

Tetapi pabila makanan terhidang dan perut kekenyangan maka keluarlah suara-suara ceria sehinggakan muzik Wasini pun diselubungi dangdut.Ohhh ada juga yang hampir-hampir terlelap tu.

Soal jawap di atas meja : siapakah penyanyi dangdut yang berkawin dengan seorang ustaz?

 A : AMELINA          B : SHIEDA        C : ELLA        D : WAHIDAH

 Jawapannya ada di bawah gambar ini.

JAWAPAN DI ATAS : D = WAHIDAH

Habis licin yea ketam ini.Walaupun perut sudah kekenyangan.


Di atas permintaan isteri tercinta,kek ini di tempah dengan Azie mengunakan hasil ciptaan dan idea isteri tercintanya itu.

Inilah keluarga tercinta yang meraikan bersama-sama ulang tahun ayahandanya.

Sesi mengambil angin di tepi pantai yang bertiup khenchang menjadi plihan anak-anak muda.Yang tidak berapa muda pun nak masuk jugak.Siap bersandar di antara satu sama lain ala drama korea katernya.

Kumpulan ini tak akan selesai bbersurai sekiranya sesi gambar beramai-ramai tidak di adakan.

Sesudah makan sesi jalan berpimpin tangan bersama anak-anak dan bergambar dengan si todak pun di adakan.Ada yang melompat,berkepak,tersanggul-sanggul dan tidak kurang yang berusaha nak melompat tapi tak boleh.Gembira sungguh yea macam selepas minum Ribena katernya.

Sekian sahaja laporan saya yang panjang lebar untuk berita di konti.Kita pulang ke studio semula.

Nota :

 Buat Perancang majlis dan BirthdayBoy terima kasih di atas pelawaan dan belanja makan yea.

Moga di panjangkan umur di berikan kesihatan dan murah rezeki.


Tuesday, October 23, 2012

Makan Malam di Malam Itu...


Nah ini baru betul makan malam.Pesan Asam pedas kepala Ikan,kerabu mangga & sayur kangkong goreng belacan di Malay Village Nusa Bistari.Semuanya gara-gara ada yang belum makan tengahari bawak sampai ke malam perutnya.Saja nak cerita apa yang aku makan pada 2malam kebelakangan ini.Hari Ahad yang lepas si Olie & Azie ajak makan malam kat luar,walaupun perut masih lagi kenyang sebab makan sambal telur puyuh dan gulai lemak labu yang Kakak ipar aku bawak tengahari tu aku pergilah jugak menemankan kawan-kawan yang lain untuk makan malam.

 

 Yang anak-anak jugak tidak lepaskan peluang makan segala macam makanan pada malam tu.Aku pun dah lupa apa benda yang diaorang makan masa tu

Antara makanan yang aku ingat diaorang mintak malam tu ialah

ASAM PEDAS KEPALA IKAN (IKAN MERAH)

NASI BUMBU AYAM MALAY VILLAGE

DIM SUM (4JENIS)

KERABU MANGGA

UDANG GORENG BUTTER

KANGKONG MASAK BELACAN

NASI GORENG SEAFOOD

KUEH TIEW GORENG

PARI BAKAR 

TELUR DADAR

Lain-lain aku tak ingat,yang ingat jumlah kesemuanya RM295.00 (mahal jugak tu)


Ok kita tinggalkan kisah makan di Malay Village itu dan cerita pulak pasal makan malam pada malam semalam.Ini jek yang mampu kawan...huhu.Sambil makan bungkus kat rumah bukak radia Best 104 dengar lagu keroncong malam-malam.(lagik)

Nasi Lemak Buah Bidara,sayang selasih hamba lurutkan.

Hilang emak hilang sedara,kerana kasih hamba turutkan (wahhh)

Bersama Burger Kampung Istimewa (lebih sedap dari McD & Burger King Tau)

Nasi Lemak + Telur  = RM2.00

Burger Daging Special = RM 2.50

Jumlah makan malam pada malam semalam RM4.50


NOTA PERINGATAN :

Tapi jika anda ada ujian peperiksaan malam-malam,pastikan makan dulu yea.Kalau tidak nanti muka anda akan kelat-kelat dan pensyarah anda akan tersenyum kambing (sebab dia dah makan dulu kat warong)



Monday, October 22, 2012

Jadual Hujung Minggu Anda

Selalu hujung minggu mesti tak tahu nak buat apa kan? Takkan nak lepak kat rumah atau kat hotel je sehari suntuk kan?.Ok kat sini R.A ada cadangan jadual hujung minggu untuk mereka-mereka yang tak tahu nak buat apa pada cuti hujung minggu di Johor Bahru.

 

7Pagi - Mulakan aktiviti pagi anda dengan beriadah dan berseman.Tempat pilihan riadah pilihan RA :

1.Hutan Bandar Johor Bahru

2.Hutan Bandar Mutiara Rini

3.Taman Merdeka - sebelah RTM

4.Danga Bay 

5.Taman Rekreasi Tasik Pandan - Taman Desa Harmoni

 

9Pagi  - Dah mengeluarkan peluh ayuh kita bersarapan pagi pulak.Kedai sarapan pilihan R.A :

1.Medan Selera Bomba Larkin

2.Medan Selera Hutan Bandar Johor Bahru

3.Medan Selera Jalan Abdullah Tahir (depan bangunan Zurich Insurance) - Ahad tutup

4.Restoran Mat Salleh - Taman Pelangi

5.Pasar Kampung Melayu Majidi 



1030Pagi - Apa kata selepas bersarapan anda ke Stulang Laut melihat-lihat hasil tangkapan laut yang di jual oleh nelayan di tepi jalan di Pantai Stulang Laut.Kalau ada yang berkenan boleh bawak balik masak sambil ambil angin pagi di sana.Kalau tidak mahu anda boleh ke StarHill membawa keluarga atau sendirian mandi manda di kolam mandi buatan manusia di sana.Boleh tahan besar jugak lah tempat ini.


1230 T/hari - Bersiap-siap untuk ke pusat membeli belah sambil makan tengahari.Pilihan R.A :

1.Jusco Tebrau City & Bukit Indah

2.KSL Mall - Taman Century

3.City Square Johor Bahru

4.Plaza Angsana

5.Medini Mall - Nusajaya

6.Johor Premium Outlet - Kulaijaya

Nota : Jika tidak berminat dengan membeli belah , anda boleh lah ke memandu ke Tanjung Piai (Penghujung Benua Asia) atau ke Air Terjun Kota Tinggi atau ke Pekan Air Hitem (pekan Seramik) yang cuma sejam perjalanan dari Johor Bahru.


400Petang - Dah puas membeli belah,ayuh kita ke Kota Iskandar beriadah sambil melihat keindahan bangunan-bangunan yang di bina di sana.


430Petang - Ayuh minum petang sambil menikmati makanan orang Johor di Selera Johor Plaza Larkin.

Pelbagai juadah makanan orang Johor tersedia di bawah satu bumbung di sini.


530Petang - Bawak sahaja seisi keluarga ke Suara OK - Danga Bay untuk berkaraoke bersama-sama.Rasanya di sini satu-satunya pusat karaoke paling murah di Johor Bahru.Kurang-kurang nak 2Jam tu. 

Bilik Standard            RM 10/SEJAM 

Bilik SUPERIOR       RM 15/SEJAM 

Bilik DELUXE           RM 18/SEJAM 

Super Deluxe             RM 22/SEJAM 

Bilik Special            RM 28/SEJAM


730malam - Pulang ke rumah/hotel dan bersiap-siap untuk makan malam di luar pula.Tempat makan pilihan R.A :

1.Restoran Saujana - Berdekatan Pelabuhan Tanjung Pelepas

2.Restoran LC Catering - Jalan Tebrau

3.Restoran Remaja Klasik - Jalan Tampoi

4.Restoran Banafie Village - Jalan Abdullah Tahir

5.Senibong - Permas Jaya 

6.Restoran My Friend Tomyam - Kempas

7.Warong Satey Wak Radol

8.Warong Saga - Jalan Yahya Awal 

9.Medan Selera Pandan City

10.Satey Steamboat Van Lutton - Dataran Bandaraya

9malam - Jangan lepaskan peluang ke Bazar Karat Johor Bahru  di sepanjang Jalan Dhobi,Jalan Segget & Jalan Ibrahim untuk membeli belah ala Pasar Malam (Night Market) yang di buka sehingga jam 1Pagi.

 

ANDAI YANG INGIN KE LEGOLAND :

Lepas je sarapan pagi tu terus je lah masuk Legoland dan lakukan lah aktiviti anda di sana sehari suntuk.Malam nanti kuar leh sambung makan malam di tempat yang di nyatakan di atas.

  - SEKIAN SELESAI -




   

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....