Thursday, August 23, 2012

Bersatey colok di Syawal ke 4

 Diam tak diam dah Syawal ke 4 kan.Cepat je masa berlalu.Kawan baik aku dari KL,Cik Puan Ally dan adik-adiknya turun ke JB untuk berhari raya di rumah saudara maranya di sini.Dah terlanjur dia kat JB,aku kena lah layan tetamu yang datang dari jauh ini.Nak ajak datang beraya kat rumah aku,jadual berhari raya diaorang padat dengan lawatan ke rumah saudara-maranya.Jadi jam 10malam semalam aku suruh dia ke Dataran Bandaraya je untuk pekena Satey Colok.

 

Sikit lah punya ramai umat yang datang untuk makan malam di sana semalam.Nasib baik ada satu meja yang kosong sempat aku amik sebelum orang lain tibai.Gerai Steamboat (satey colok) yang aku pilih malam itu adalah gerai no 13.Siap aku bolot enam kerusi lagi.Tapi akhirnya terpaksa akur bagi kerusi tu pada orang lain sebab mak-mak dan kakak-kakak tu lambat sampai.Tak habis-habis dengan "on de way" nya.Jam 1040malam baru lah diaorang ini sampai.Boleh tahan sedap jugak kuah steamboadnya.Kawan aku Zack pulak makan mee bakso peeerhhh kuah supdia sedap daaa.....Harga RM4 jek.


 Haaa inilah dia muka si Ecah dengan mak nya Ally.Amboi kalau Uncle amik gambar , tak mo "posing" maut pulak dia yea.Malu-malu konon depan mak dia dan tu senyap je mulut.Tapi bila dah dapat duit "angpau" dari Uncle Naz dan Uncle Zack,baru lah kuar suara dia "uwit ini Ecah yang punya" hehe..cubit pipi tu baru tau.

Dah jam 12tengahmalam mata pun dah mula mengantuk dan si Ecah nie pun dah tertidur,jadi kitaorang pun berangkat pulang.Ari ini diaorang semua balik ke KL semua..Bawak kereta hati hati yea Ally....

 

Tuesday, August 21, 2012

Udang Goreng Mentega di 3 Syawal

Pagi ini jam 730pagi aku dah tercongok kat Stulang Laut.Ramai juga pagi-pagi ini orang ke pantai stulang laut untuk membeli hasil tangkapan nelayan orang asli kat sini.Lepas sahaja urusan di sana aku balik ke rumah.Ingat nak pergi sauna kat gim,tapi diaorang tak bukak lagi.Jadi terus balik ke rumah,sampai je aku bukak peti sejuk,aku nampak udang.Tetiba teringat nak buat udang goreng mentega.Inilah hasilnya air tangan aku siap...

Sedap tak? Nak tahu cara membuat nya?? senang je,leh salin resepi kat bawah ni

 

BAHAN - BAHANNYA  :

1.MENTEGA

2.UDANG 1KILO

3.DAUN KARI

4.CILI HIJAU DI POTONG

5.KUNING TELUR 3BIJI (di pukul)

6.MINYAK MASAK

7.GARAM 

8.SUSU CAIR 100ML


CARA MEMASAK :

Panaskan kuali,kemudian masukkan 3sudu mentega.Gaulkan dan kasi cair,agak-agak bila dah nak dekat cair tu tambahkan sikit minyak masak.Bila dah cair sepenuhnya,masukkan kuning telur dan gaulkan sampai garing.(sentiasa gaulkan biar pecah-pecah kuning telurnya.Letakkan garam secukup rasa,kemudian gaulkan dengan daun kari.Agak-agak bila dah nampak garing,boleh angkat dan toskan minyaknya.Kemudian asingkan.

 

Basuh kuali kemudian goreng untuk Udang pulak,panaskan kuali dan masukkan mentega kemudian goreng udang untuk separuh masak sahaja.Kemudian asingkan.

 

 Basuh kuali kemudian masukkan mentega,bila agak-agak dah cair goreng cili hijau dengan lebihan daun kari.Masukkan garam dan susu cair.Gaulkan.Bila dah nak bau masukkan udang yang telah di goreng tadi dan goreng lagi sekali sehingga garing dan air susu kering..

Angkat & hidangkan di pinggan.Kemudian taburkan kuning telur yang telah di goreng tadi.

Makannnnnn.....aku dah pandai masak lah....hehe.Lain laki nak buat resepi cara-cara nak masak air pulak. :)

Iklan Ramadhan & Syawal



Walaupun Ramadhan dan berlalu,tapi memori berpuasa tahun ini masih berlegar-legar dalam kelapa otak aku ini.Paling tak dapat aku lupakan iklan sketsa budak-budak bila menyambut Ramadhan keluaran Maxis Berhad.Memang comel dan mencuit hati.Nak-nak bila 2orang budak lelaki yang sorang tembam yang sorang lagi kat padang bola bila bagi pandangan mereka.

Bila duduk sorang-sorang pagi-pagi buta ini teringat gelak tawa dan cakap-cakap mereka.


Antaranya :

Korek telinga boleh,tapi jangan dalam-dalam

mula-mula bangun sahur,pastu pergi sekolah,tak makan,balik sekolah,pergi bazar ramadan,....,pastu pergi solat terawih,buat homework,kemas buku,TIDO!!!

 Terminum lah tapi tak batal lah,terminum,en bukan termakan...ingat-ingat Allahuakbar...!!

Lawak betul la budak-budak ini.


Bila nak dekat Syawal iklan keluaran Kumpulan Bernas bertajuk "Perjalanan"  pulak menyentuh semua hati rakyat Malaysia. 

Boleh menitis air mata bila 2 kanak-kanak cacat Fizi yang buta & Ahmad yang pekak lagi yatim piatu ingin pulang ke kampung halaman Ahmad.Ahmad menjadi mata bagi Fizi sementara Fizi menjadi mulut untuk Ahmad bersama-sama berganding bahu untuk pulang ke kampung di Segamat.


INILAH IKLAN YANG PALING TERBAIK BAGI TAHUN INI.

TAHNIAH BUAT MAXIS,BERNAS & PENGARAH FILEM PENDIK INI.

Monday, August 20, 2012

Salam Perantauan dari Alaska - Terlebih sudah

 

Salam Perantauan dari Alaska yang terlebih sudah.(untuk suka-suka)

Ketika ini cuaca melebihi paras beku iaitu -10darjah celsius.

Kesejukkan yang memuncak dengan muka yang selamba menyampaikan perutusan dan salam Aidil Fitri bagi sanak saudara dan keluarga di Kampung.


SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN


Sunday, August 19, 2012

Keluarga Berkumpul 1Syawal1433

 

 1 Syawal 1433 Hijrah di sambut dengan suasana yang sederhana tetapi meriah.Seawal jam 815pagi,aku menghadiri ke Surau belakang rumah unntuk solat sunat Aidilfitri berjemaah sambil bertakbir dan bertakmit memuji kebesaran Ilahi.

Pulang dari solat,adik beradik pun datang bertandang berkumpul bersama.Ini antara detik-detik manis yand dapat di rakamkan di lensa kamera aku.

  Amboi pantang nampak kamera sebahagian anak saudara aku dan yang kecik sekali tu cucu saudara angkat aku.(anak saudara aku bela anak angkat)

 

Barisan anak-anak saudara aku yang hadir pada pagi itu.Bagi sesi bersalaman.


 Haa yang ini pulak barisan mak-mak budak...kakak-kakak aku daa..Yang dua kat tepi kiri tu anak saudara aku.

 

 Gila gambar je korang ini kan,balik-balik muka korang...muka aku mana?

 

 Sebahagian keluarga besar Haji Abu Bin Abdul Hamid


Yang kat bawah ini pulak keluarga abang no 2 aku.Tema baju raya diaorang tahun ini merah.


Bergambar bersama dengan ayah dan datuk diaorang


 Ini pulak keluarga abang no 3 aku.Tema warna baru raya diaorang tahun ini Jingga.

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN DARI KELUARGA BESAR HAJI ABU BIN ABDUL HAMID 

- KAMPUNG PASIR,JOHOR BAHRU -

Saturday, August 18, 2012

Selamat Hari Raya 1433/2012

 Di sini saya Mohd Nazri @ Nama Pena RioAzzaro-Adam ingin meyusun 10jari meminta maaf di atas segala ketelanjuran di dalam penulisan sama ada dengan sengaja atau tidak sengaja.

Ramadhan yang telah di lalui pasti akan di rindui.Saya berdoa untuk diri saya dan anda semua moga kita semua akan bertemu lagi di Ramdhan yang akan datang.

 

“Biar hati sejernih air, jangan pula dipenuhi lumpur, kalau salah saya belum berakhir, diharap diampun dengan rasa bersyukur”.”Jika budi dipenuhi ikhlas, jangan ia disulam tuba, jika ada salah yg belum dibalas, harap diampun di hari raya”. “Biar amarah disunting senyum, ibarat pekerti disulam kasih, diharap dihalal makan dan minum, ibarat rezki yg tidak disisih”. 

 

SELAMAT HARI RAYA , MAAF ZAHIR DAN BATIN 

MOGA BERTEMU DI RAMADHAN YANG AKAN DATANG

DAN SELAMAT DATANG SYAWAL!!!!

Friday, August 17, 2012

Mudik & Balik Kampung

 Kalau di Indonesia mereka memanggilnya Mudik,tetapi di Malaysia tradisi "Balik Kampung" tidak pernah asing bagi setiap masyarakat di sini bila tiba Hari Raya Aidilfitri.Semalam aku berkesempatan ke Terminal Bas Larkin Sentral melihat sendiri tradisi balik kampung mereka yang menetap di Johor Bahru.Seawal pagi sampai lah ke malam terminal bas ini tak pernah sunyi dengan mereka yang ingin pulang ke kampung.

Sambil pekena kopi dan mee goreng mamak di Restoran Kopitiam Chamek aku melihat sendiri aktiviti warga kota mundar mandir menanti kehadiran bas mereka untuk pulang ke kampung halaman.Saat ini jam sudah pun ke pukul 10malam,dan platform bas untuk ke Pantai timur dan Utara tanah air masih lagi di penuhi wargga kota.Seronok pulak bila tengok gelagat orang yang nak balik kampung ini,terasa macam aku pulak yang nak balik.Tapi nak buat macamana,aku takde kampung.Kampung halaman aku kat JB lah.


Bagi Platform untuk ke Batu Pahat,Muar,Pontian,Yong Peng,Mersing,Rompin & Melaka di bawah ini pulak kelihatan sunyi & lengang.Mungkin jugak kerana jaraknya yang tidak jauh ramai yang mengambil keputusan untuk bertolak di waktu siang.Atau mungkin juga tiada perkhidmatan bas di waktu malam. 

 

Hampir satu jam setengah aku meluangkan masa di terminal bas,aku bergerak pula ke Terminal keretaapi JB Sentral bagi melihat pula aktiviti balik kampung di sana.Memang canggih terminal yang baru di buka ini kerana selain luas ianya berhawa dingin.Aku dengar tak lama lagi perkhidmatam bus express juga akan di pindahkan di sini.Terasa seperti di lapangan terbang pulak...hehe.

Saat ini keretaapi terakhir akan bertolak ke Kuala Lumpur pada pukul 1155malam dan masih ada ramai lagi warga kota JB yang akan bercuti ke sana.Mungkin juga ramai yang akan turun di perhentian-perhentian yang di lalui keretaapi sepanjang perjalanan ke KL nanti.

Selesai sahaja di sana,aku ke tempat meletak kenderaan di tingkat paling atas bangunan ini.Melihat keindahan Bandaraya Johor Bahru di waktu malam yang bermandikan cahaya.

Bangunan kastam dan immigrasen di sini memang tak pernah sunyi.Ada sahaja kenderaan yang keluar masuk samaada dari Johor Bahru atau Singapura. 

Masih ada warga Johor yang tidak tidur lagi bak kata orang putih "The City Never Sleep".Tetapi semakin lewat semakin kurang kenderaan yang lalu lalang di sekitarnya.Walau bagaimanapun bandaraya Johor Bahru masih lagi bermandikan cahaya.

Melihat warga kota pulang ke kampung,keluar masuk ke Singapura,peniaga yang menjalankan aktiviti jualan dan pemandu teksi dan bas yang menanti kehadiran pelanggan untuk pulang ke rumah cukup memberikan satu terapi minda untuk aku.

Dengan itu,aku ingin mengucapkan semua warga kota yang akan pulang ke kampung halaman selamat ber Hari Raya,Pulanglah dengan selamat & ingat keluarga di kampung yang menunggu kepulanganmu.Bagi yang pulang dengan memandu sendiri,biar lambat asal selamat.

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN !!!!



Tuesday, August 14, 2012

Iftar di Thistle Hotel

Semalam aku dan rakan-rakan satu pejabat berkesempatan beriftar bersama majikan kami di Thistle Hotel.Biasalah kalau dah berbuka puasa di hotel-hotel ini harganya memang mahal sedikit dari tempat-tempat biasa.Bila makan dengan majikan jadi majikanlah yang bayarkan untuk kami semua.Bukan apa,dengan harga Buffet Ramadhan yang bertemakan "Arabian Iftar" yang cukup mahal iaitu RM95++ (Harga Bersih RM110) untuk seorang dewasa memang kena pikir 3-4kali lah kalau kami yang bayar.

 Ini adalah antara menu pilihan kegemaran aku."Baby Lobster",Ayam Bakar bersoskan lada hitam,sotong masak sambal & ayam masak merah yang teramat istimewa (paling sedap)

Sepatutnya malam itu tempat kami berbuka puasa adalah di Orchid Ballroom dengan suasana dewan yang  besar di tambah dengan persembahan kebudayaan dan ghazal ala Arabian Night.Tapi disebabkan dewan telah di tempah awal untuk majlis korporat,tempat kami telah di tukarkan ke Restoran The Fresh yang sedikit kecil dari dewan tersebut.Dengan harga Buffet dan makanan yang di sediakan pada malam itu,aku boleh lah label kan B+ atau 3Bintang sahaja untuk hotel ini.(mungkin juga ruang restoran yang terhad menghadkan juga kepelbagaian makanan ala arabnya). 


Ini adalah rakan-rakan kerja yang turut hadir pada malam itu,turut bersama adalah anak majikan kami beserta suaminya dan turun dari Kuala Lumpur.Walaupun harga buffet di sini agak mahal sedikit dari hotel-hotel yang lain,aku dapati masih ramai yang berbuka puasa di sini.Meja-meja makan memang habis penuh di tempah.Ini menunjukkan betapa murahnya rezeki orang-orang di Jb ini.



Sebahagian lagi menu yang sempat aku telan pada malam itu.Memandangkan ianya di hidangkan secara buffet,jadi tak boleh lah amik banyak-banyak.Bukan apa,nanti tak dapat rasa makanan-makanan yang lain.Ada juga Aiskrem,durian goreng,pelbagai minuman cordial,cendol,Nasi beriani,Bubur,ayam masak kurma,mee rebus,Ikan masak stim,satey ayam dan daging,Udang masak ot,keropok,sayuran goreng,salad dan manisan-manisan yang lain.Kekurangan kuih muih traditional dan tiada kebab untuk di sediakan amat di kesali sekali.







Inilah rupanya durian goreng yang sedap tu.Tapi memandangkan aku bukan peminat durian aku merasa sekeping sahaja.(kalau lah aku suka bau durian,mesti dah habis aku telan semua)

 Dan akhir sekali sebelum berangkat pulang,acara wajib bergambar bersama-sama tidak dilupakan.

Alhamdulillah,kenyang.....!!!


Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....