Wednesday, November 30, 2011

Ke Jakarta & Bandung lagi (November2011)



Aku sendiri tak tau kenapa aku begitu suka sekali dengan Jakarta & Bandung. especially Jakarta.Sebenarnya trip kali nie aku sepatutnya membawa family Helmi ke Bangkok,tetapi di sebabkan banjir buruk di Kotaraya Bangkok,kami terpaksa reroute trip ke Jakarta.Bersama ibu dan ayah Helmi beserta 2adik perempuan dan sepupunya kami bertolak pada 20November sempena cuti Maal Hijrah.sehari sebelum aku sambut Tahun Baru Muharam di Port Dickson dan dinner bersama Helmi family di teratak rumahnya.

Esoknya 20November2011 kami bertolak ke LCCT dengan di hantar oleh 4kereta...dah mcm rombongan pergi Haji lak..hehe.Kami stay di Hotel Kalisma-Jakarta...kira-kira 500meter dari Tanah Abang.Cuaca ketika kami sampai di sana sangat la panas.Nak2 bila sampai kt Terminal 3 Jakarta airport.Susah betul nak dpt teksi.Check in di hotel kami pun ke Tanah Abang,lihat2 & survey2 apa yang patut.Walaupun kami tahu hari itu mereka tutup separuh hari - Ahad.

Malamnya kami ke Grand Indonesia.Tempat shopping paling terbesar di Indonesia dan paling terbaru sekali.Memang besar giler shopping complex diaorg nie,dan ini dah 3x aku masuk di sini.Tengok je tu si Ayang,Tijah,Shamy & acik bergambo sakan di dalam Grand Indonesia.hehe.Si ayang siap jalan pakai suar track sukan lagi tu....

Hari ke dua kamu bertolak ke Bandung dengan menaiki Kereta api dari Station Gambir ke Bandung.Ticket yang kami beli Exercutive Class dan berharga IDR85,000.Menaiki keretapi ke Bandung adalah satu pengalaman yg sangat indah.Melalui kawasan gunung dan curam2....terowong terpanjang (5minit perjalanan masuk melalui keretaapi).

Tiba di bandung kami terus menaiki Van (kijang) ke Factory Outlet.Bershopping beli barang.Kemudian kami ke Pasar Baru sampai kena saman coz tak pakai tali pinggang keledar bahagian belakang...biasalah polis sana...shopping byk nampak kain2 dan telekong acik aku nie..hehe.Kami meneruskan perjalan ke Chemplas untuk mencari souvier & jeans kemudian bertolak pulang dri Bandung ke Jakarta dgn menaiki Van tersebut melalui highway.Nasib baik kurang jem walaupun hujan turun dengan lebat sepanjang perjalanan pulang kami.

Hari terakkhir kami bershopping pula ke Tanah Abang.mencari baju ala2 korea katernya....dah tu ada yang dah jumpa tapi takde size...ish ish....Malam sebelum esoknya kami bertolak pulang,kami sempat melepak di Sarinah,makan makan McD di sana (pekerja2 McD sana mcm excited bila aku ckp dari Malaysia) terasa cam superstar lak.Dari sarinah kami berjalan kaki ke The Plaza melihat keadaan Kota Jakarta di waktu malam dan ke Hard Rock Cafe.The Plaza jakarta adalah salah satu shopping complex bagi org2 kaya di sana....plza nie di tutup sampai jam 111mlm (12tghmlm waktu Malaysia)

Esok paginya selepas Bfast & Lunch kami bersiap2 bertolak ke airport.Aku pulang ke Singapore manakala family Untiie Alimah pulang ke LCCT.Jam 9PM baru aku tiba di rumah.....enjoy dan tak dapat di lupakan semasa berada di sana bersama adik-adik si helmi nie......

 

Thursday, November 24, 2011

Ke Singapura Edisi Cuti Sekolah

Kami ke Kota Singa pada 23November yang lepas sempena cuti sekolah.Memang dah lama tak masuk Singapore,so ada masa sesekali masuk lah.Honestly aku penah kerja Singapore hampir 3tahun,tapi selama itu aku tak pernah ke Marina Parade,tempat di mana ada Singa Laut mengeluarkan air dari mulutnya.hehe.Bersama family abg Mat & Kak Ros,Kami bertolak dari JB jam 10Pagi.Sampai Singapore kami parking kereta di Suntec City Mall kemudian berjalan kaki ke Promenade seterusnya ke Marina Parade tempat di mananya Singa Laut terngaga kuar air dari mulutnya dan Bangunan yang ada kapal di atasnya.Meriah senyum lebar keluarga Abg Mat & Kak Ros yea.



Kami ke Mt Faber untuk melihat pemandangan Singapura dari atas gunung mengadap Sentosa Island dan Kotaraya Singapura.Berhenti sebendar ke Henderson Wave melihat jambatan unit yang menghubungkan Mt Faber dgn salah satu gunung di sebelahnya (lupa lak nama gunung yg sebelah tu).Cuba lihat pic kt bawah nie...unik tak?Yang nie lak gie bersama Family abg mat & Olie + Abg Yunus sekali.

 Gambar nie di ambil dari Marina Bay Hotel & shopping Mall.Malam tu di depan shopping complex tu ada pertunjujan pancutan air berirama & lazer.Duduk-duduk sambil menyaksikan keindahannya.




Daripada sana kami ke Orchard Road pula bagi melihat lampu-lampu hiasan sempana Krismas yang akan menjelang tiba.Memang meriah dan mengasikkan melihat lampu-lampu neon di sepanjang jalan Orchard Road yang telah di pasang termasuk di bangunan.Malam tu jugak berlakunya Gerhana Bulan.Memang indah pemandangan malam itu.



Tak lupa juga lawatan ke Sentosa Island.Ada yang nak mandi manda walaupun tak bawak baju spare,dan ada jugak yang mencuci mata.Cuba cari berbezaan yang paling ketara antara gambar-gambar di sini....sapa dapat jumpa dia dapat hadiah misteri....cer cuba cer cuba...

 

Sunday, October 30, 2011

Malam Halloween @ Museum of Horror Singapura


Takut tak tengok gambar-gambar kat atas nie? takut kannnn...29Oct11 ari tu aku nik,fuad,Kak Ros & keluarga bertolak ke Orchard Road Singapura untuk menikmati suasana Halloween di sana


Bertolak petang sabtu tu dengan menaiki Bus terus ke Orchard Road dari hentian bas Kotaraya II.Bagi Kak Ros & keluarga inilah kali pertama diaorang naik bus masuk ke Singapura.Acara tetap lari 100 meter berpagar di "Check Point" betul-betul memcabar stamina meraka semasa ber gim dahulu.hehehe.

Kami sampai di Orchard Road jam 3petang.Masa tu hujan turun dengan lebat.Tapi sempat jugak berjalan-jalan kat dalam ION Plaza sementara menunggu hujan berhenti.Jam 345petang kami telah tiba di depan Scape tempat dimana Muzium Of Horror terletak.Tiket dah beli di talian internet,cuma tiket untuk Kak Ros family sahaja yang harus di beli di kaunter.

Masuk je dalam Muzium kami telah di terperanjatkan depan pintu oleh hantu ketuk tin..hehe.Datang lak zomba ehh zombi yang menjemput kami.Banyak studio hantu dalam muzium nie.Antaranya Pontianak,Pirate of caribean,Freddy,Chukky,Zombi,The Ring,Warewolf dan macam-macam lagi

AKTIVITI BERSANTAP DAGING MANUSIA DAN BEDAH SIASAT OLEH AKU,NIK & KAK ROS

Kat dalam nie gak ada Muzium 3D terhebat.Hasil kerja tangan 3D diaorang nie memang kreatif.Kitaorang tergelak,terketakutan & paling teruk terperanjatan. Nak-nak masa mula nak masuk kat dalam muzium tu.

PELAKON-PELAKON HANTU PUN SPORTING,SIAP LEH AMIK GAMBO PLASING2 LAGI.TAHUN DEPAN KALAU ADA LAGI NAK PERGI LA...HEHE


4STAR ****

Thursday, September 29, 2011

Puasa Sebulan,Raya pun nak sebulan

Macam bulan puasa jugak,Syawal tahun nie di sembut dengan penuh meriah.Open house jangan cakap la,leh di katakan every weekend semua aktiviti penuh dengan jemputan makan-makan.Kat Umah Lela je ari tu kitaorang di sajikan dengan Mee Soto & Lontong.yang datang lak memang rombongan Cik Kiah.Dengan anak-anak dan mak bapak sekali.Meriah macam mercun raya.

Di teratak Cik Puan Ros & Abang Mohd lak jemputan rumah terbukanya di buat pada hari berkerja.Jam 8malam kami dah konvoi bertolak ke rumahnya yang terletak di Nusa Idaman.Makanan lak ala-ala kampung,Nasi putih,Gulai Nangka (kegemaran aku),kueh mueh,Ayam goreng berempah, & pasta.Memang la membuka selera,nak-nak masa kelaparan tahap dewa,
Umah aku pun buat open house gak,Tapi menu biasa-biasa je.Al maklumla umah orang bujang dok dgn bapak aku je.Buat mee goreng & mee hoon goreng + ubi rebus & jajan2 untuk budak-budak.Pic kt bawah yang si apai tunjuk nie pun aku tak paham apa yang dia nak ceritakan pada yang lain-lain malam tu.

 

Sambutan rumah terbuka di teruskan ke rumah Azie & Olie di Taman Tun Aminah pula.Tak sangka lak dia berjiran dengan si Liza-Astro,kawan lama aku.Diaorang buat pada hujung minggu.Menu utama spagetti & kek buatan sendiri.Sambil makan & berbual sambil tu kitaorang dok tengok Astro.

Cikgu Abang Yunus juga tidak ketinggalan,rumahnya di buat pada hari sabtu di Taman Universiti.Dia suruh datang masa makan tengahari katanya.Menu utama umah dia adalah Mee Kari & Nasi Ayam.Memang menjilat jari,nak-nak sambal belacan buatan sendiri tu.Lapar pulak tu masa hujan-hujan.

 

Pulang je dari open house umah abg yunus,kami ke rumah Cinta Abadi,teratak kepunyaan Kak Fiza & suaminya abang Othman di Mutiara Rini.Rumah tuan rumah memang kelas,sebab banyak koleksi pinggan mangkok yang di beli dari luar negara.Lukisan dinding dan barangan antik menghiasi di segenap penjuru dan dinding rumahnya.Takut-takut juga kalau anak-anak kecil kitaorang terlanggar barangan itu.Menu utama rumah Kak Fiza adalah Roti Jala + Satar + puding.Ala-ala minum petang la getoo...ujan lak renyai-renyai kat luar umah dia,dibuai lak oleh alunan lagu raya di radionya + mainan piano dari tuan rumah,memang mengasikkan.Tengok je la datin-datin berposing tu...


Cuma tak dapat beraya ke rumah Geena & Ika saja,sebab time dia buat open house to sama hari dengan open house umah aku....sorry yea Geena & Ika...apa pun saya nak ucapkan.....

SELAMAT HARI RAYA SEMUA....................

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....