Monday, May 30, 2011

Jalan-Jalan Nak Makan : Bulan Mei

Pernah tak korang pergi kat Thistle Hotel (x-Hyaat Hotel) yang kat depan dataran bandaraya tu?.Pada pertengahan bulan May ari tu bersempena dengan Product Lunching FireFlyz,mereka telah menjemput wakil-wakil media & Travel Industries untuk Cocktail party di The Hive.Restaurant nie memang classic & trendy coz reka bentuknya sebaris dan setanding Planet Hollywood & Hard Rock Cafe.Makanan kat sini pun leh taham mahal gak.
Tema malam tu diaorang letak : HAT/CAP


Gambar asam pedas claypot nie lak aku makan bersama arwahyarham Nik kat restauran Haslin depan Old Cathay Cinema Lama - Tj Putri.Asam pedas Ikan Pari.Memang sedap & pekat,tapi terlalu banyak berminyak dan membantutkan aku untuk makan lebih.
Gambar nie lak aku amik pada akhir bulan March.Makan kat istana lama Sultan Johor yang sekarang dah menjadi muzium.Restaurant nie betul-betul kat atas bukit sebelah sekolah Dato Jaafar.Banyak jugak orang-orang kaya yang buat function kat restaurant nie masa kami datang.Sambil menjamu selera leh dengar orang nyanyi karaoke kt situ.Kebanyakan yang datang kat situ Otai-otai lama la....coz lagu-lagu yang diaorang nyanyikan pun lagu lama.Ada yang sedap tu sedap la kami mendengarnya.Ada yang hancus tu sakit telingal lak kitaorang mendengarnya.Tapi suka tengok suasana Istana lama kat restaurant nie.Makanan yang paling sedap kat sini Mie Hailam Cantonise & Kueh tiew Goreng

Tuesday, May 24, 2011

Meet the Cast - Nur Kasih The Movie


Aku memang ikut perkembangan Drama Nur Kasih di TV3.Jalan ceritanya menarik dan penuh dengan plot.So bila baru-baru ini mereka ada buat pelancaran untuk Filemnya pula "NUR KASIH THE MOVIE",aku tak mau ketinggalan.Masa tayangan perdana pada hari Ahad di Cathay Cineplex City Square Johor Bahru.Artis yang sepatutnya hadir adalah Remy Ishak & Tiz Zakiah,tapi atas sebab tertentu hanya Tiz Zakiah sahaja yang dapat hadir.dapat jugak bersalaman dengan Tiz Zakiah,kecik molek je orangnya.

Inilah suasana hangat di luar perkarangan panggung wayang Cathey Cineplex.Siap dapat tanda tangan lagi kt ticket tu.Filem nya lebih dramatic cuma kurang plot-plot yang menarik.Untuk filem ini aku boleh bagi 3 1/2 Bintang.Sesuai untuk tontonan keluarga.

Saturday, April 30, 2011

Untuk di Jual : Kancil EX660 1998



KANCIL KELAURAN 1998 (M)
MODEL : EX660 CC









- KEADAAN ASAL, WARNA ASAL -
- 0 ACCIDENT -
- ENJIN BARI DI SERVICE (OVERHALL) -
- TIMMING BELT BARU -
- MILEAGE KERETA 90,000 KMS -
- AIRCOND -
- CASSETTE/RADIO PLAYER -
- SARUNG KUSYEN BARU -
- 4 GEAR (SAVE PETROL) -
- OWNER KE 3 -
- MILIK PENUH PERSENDIRIAN (Tiada hutang Bank lagi) -






HARGA : SUDAH DI JUAL







(tak termasuk Insurance & Road Tax)
TEL : 0127709809 - Naz

Lokasi : JOHOR BAHRU









Monday, April 11, 2011

Selamat Pengantin Baru Mona -My Best Frenz Wedding

Tanggal 10April menyaksikan kawan baik aku Mona menjadi Isteri kepada Firdaus dengan Mas kawinnya RM23 dan wang hantarannya RM8000 serba satu. 


Nak jadikan kisah,si Mona mintak aku jadi pengapit untuk suami dia...berdebar beb,sebab nie la kali pertama aku jadi pengapit.Masa nikah dengan sekali lafaz Mona sudah menjadi isteri pada Firdaus. Firdaus nie orang Melaka,bekas menuntut UITM Shah Alam tempat Mona mengajar.

Selamat dah kawan aku sorang nie...Aku doakan semoga kekal hingga ke anak cucu.


Nie la saat membatalkan air sembahyang....

SELAMAT PENGANTIN BARU MONA & FIRDAUS !!!

Tuesday, April 5, 2011

Jom Makan di Bandaraya Johor Bahru


Korang tau tak yang Johor Bahru nie pun banyak tempat-tempat yang bagus untuk lepak makan.Ingat Terengganu , KK & Melaka je ker...?? Baru-baru nie aku ada makan kt Tanjung Putri betul-betul kat depan tapak Cathay Cinema lama sebelah Hotel Suria.Lauk asam pedas & nasi padang dia memang kaw giler.Nama Kedai tu Nasi Padang Ina. Bukak dari hari Isnin-Sabtu.Tapi kalau malam diaorang buat Asam Pedas Clapot...memang terangkat.Kedainya betul-betul kat bawah jambatan causeway nak masuk Singapura.

 

Tu baru makan tengahari...Kalau nak sarapan pagi pulak boleh cuba makan kat warung depan Bangunan MAA di Jalan Abdullah Tahir.Roti Canai (0.50sen sekeping) dia memang lembut  + Nasi lemak Telur RM1.30.Kalau tak mau boleh cuba sarapan di Hutan Bandar JB pun best.Macam-macam ada , tapi yang special nya mestilah miee rebus tulang, lontong kering & basahnya.Yum...yum...

 Minum petang kalau tak singgah makan nasi ayam & Yong Tauhu kat gerai Awang Yong Tauhu di Kampung Melayu.Betul-betul terletak kat depan Pejabat Pos Kampung Melayu

 Nak lagi sedap,boleh pergi ke Plaza Larkin.Semua selera Johor ada di sana.Kacang Pool HJ,Nasi ayam Hainan,Laksa Johor,Rojak Asma Larkin (kaw-kaw),air XYZ & ABC,Mee Rebus Stulang,Asam Pedas Abang Misai semua ada di bawah satu bumbung


 Siapa cakap makan malam kat Johor Bahru tak happening.Pergi sajor ke Banafie Village di Jalan Abdullah Tahir,kalau tak pun pandu saja ke Pandan Uptown (sebelah pasar borong pandan).Boleh cuba Capati Pakistan,Roti John Special,bubur nasi No1 dan beranika masakan Johor dan luar negara ada di situ


Sunday, April 3, 2011

Staff Outing - Melaka 30Apr-1May

Lawatan ke Melaka kali ini ada sambungan dari lawantan aku bersama rakan-rakan aku bulan lepas.Tapi pada Sabtu lepas aku berkesempatan bersama rakan-rakan sekerja berlibur ke Melaka pula.Ikuti pengembaraan kami di sana menjejaki makan dan makan lagi..hehe.

30 April 2011

Bertolak seawal jam 930pagi aku,Harjit,Sharena dan Wati menanti kehadiran Erni dan keluarganya di Kulai R&R.Setibanya mereka kami bertolak berramai-ramai dengan menaiki 2kereta.Sarapan pagi kami di mulai di perhentian R&R Macap.Ramai,memang cukup ramai orang pada hari itu,maklumlah hari cuti umum.Dari sana kami mula bergerak ke Pekan Tangkak pula bagi menikmati Durian "Musang King" tetapi hampa sebab kesemua durian-durian itu telah habis di sapu bersih oleh peraih-peraih.Jadi yang tinggal Durian biasa sahaja,pun begitu cukup puas hati kerana rasanya seakan Musang King walaupun kureng sikit.

Perjalanan di teruskan ke Melaka.Tiba sahaja kami terus ke Kampung Duyung untuk melihat sendiri perigi Hang Tuah yang tidak pernah kering walaupun pada musim kemarau.

 

Bila perut pun berbunyi,kami bersegera pula ke bandar Hilir bagi mengisi perut kami di Restoran Asam Pedas Selera Kampung yang terletak di deretan rumah kedai bersebelahan dengan Mahkota Parade.Memang terngkat asam pedas dia terutama sekali asam pedas ikan pari.Selain itu Udang Galah masak Lemak cili api nya pun memang terbaik.Dah puas mencekek,kami ke Kampung Portugis untuk ke tempat penginapan ala "Homestay" kami di sana.Bila cuaca dah agak redup kami bertolak pula ke Tanjung Keling untuk menikmati air kelapa Milk Shake yang paling terbaik di Melaka.


Punyalah sedap sampai tak sedai jam dah pukul 6petang.Kami bertolak pulang semula ke bandar Hilir dan kali ini kami ke Dataran Pahlawan untuk membeli belah di samping beriadah di kawasan sekitar.Malam itu juga kami ke Jonker Walk bagi menikmati suasana malam di sana.Apa lagi cari cendol terbaik lah kat sana.Ramai juga orang masa itu,terpaksalah bersesak-sesak sedikit.Selesai sahaja kami meneruskan aktiviti kami menyelungsuri Sungai Melaka dengan bot persiaran.Harga seorang dewasa RM10 dan kanak-kanak RM5.Pastikan anda amik kupon semasa menaikinya yea.Lebih kurang jam 1030malam barulah kami ke Medan Selara Ikan Bakar Alai yang terletak lebih kurang 10km dari Bandar Hilir. 

Inilah dia Ikan Pari Bakar kami yang menjanjikan.Murah je harganya RM20 satu.Makan pulak dengan Nasi Lemak malam-malam,fuuh lentok habis lah lepas ini.Makan malam kami hari tu di taja oleh Cik Sherenea kita.Terima Kasih yea.Dah puas makan balik lah ke homestay untuk tidur.


1 May 2011

Kami bangun seawal 9pagi,kemudian bersiap-siap untuk daftar keluar dan kemudian ke Bandar Hilir untuk bersarapan roti canai dan lontong.Kemudian meneruskan perjalanan ke Muzium kastam dan Samudra di sana.Sempat juga kami melawat masjid terapung yang terletak di Pulau Melaka (pulau buatan) yang bersebelahan dengan Melaka Raya.Bila dah masuk waktu Zuhur kami sempat bersolat di Masjid Muazim yang terbesar di Melaka.Hajat di hati selepas makan tengahari nak pergi melawat ke Zoo Melaka,tetapi bila hujan lebat mulai turun mencurah-curah,lawatan kami di batalkan.Akhirnya bertolak pulang ke Johor Bahru sahaja.Seronok juga sesekali keluar bersama rakan-rakan satu pejabat ke Melaka nie.Gembira sangat-sangat sebab misi cari makan dan bergembira bersama kelaurga rakan terlaksana.Jumpa lagi pada lawatan yang lain nanti.



Tuesday, March 29, 2011

Ke Melaka & Makan-Makan 26-27Mar11

Tanggal 26Mar rancangan aku dan kawan-kawan untuk ke Melaka terlaksana jugak.Walaupun sehari sebelum nak pergi tu macam-macam halangan yang terjadi,tapi akhirnya dapat jugak kami semua bergembira sambil jalan-jalan cari makan bersama.Ikuti pengembaraan kami seterusnya :

26MAR2011

Berkumpul di rumah abang Yunus di Taman Universiti kemudian bertolak ber ramai-ramai ke Hentian Kulai sebab abang Mat Shah dah tunggu kami di sana.Dalam perjalanan nak ke Melaka tu kami berhenti sekejap minum kopi dan bersarapan di Hentian R&R Air Hitam.Meneruskan perjalan kami selepas sarapan ke Bandar Tangkak,untuk mengambil isteri abang Mat Shah iaitu kak Ros di rumah makciknya.Bila nak teruskan perjalanan kelaur dari Bandar Tangkak,kami sempat singgah sebentar ke gerai tepi jalan untuk menikmati Durian.Bukan durian sembarangan tau...Ini namanya Durian "MUSANG KING A.K.A DURIAN KUNYIT" yang paling sedap dan paling tebal isi nya di Malaysia.Walau pun saiz nya kecik tp isinya padat dan mampat.Harga sebiji Durian kunyit nie RM 20.tapi memang berbaloi sebab susah nak dapat.Hanya ada kt Tangkak,Pahang & Perak saja.


Meneruskan perjalanan ke Melaka dan kami sampai jam 2petang.Aku dan kawan-kawan singgah makan di "Restaurant Selera Kampung" yang terletak berhadapan Dataran Pahlawan.Asam pedas & Udang Galah masak lomak cili api dia memang terangkat.Harga sekor Udang Galah RM20...tapi memang berbaloi.

 Lepas je makan tengahari kami pun ke tempat penginapan kami di apartment 2bilik di Melaka Raya.Harga apartment 2bilik tu RM200 sajor...murah kan.Location mmg best kt Melaka Raya.Cuma pertama kali nak cari apartment tu kira menjajor jugak la.Lepas solat & berehat seketika.Aku & gang yang lain mula lah merancang untuk ke Pantai Klebang & Tanjung Kling.Masa dalam perjalanan nak ke sana tu,kami nampak ramai sangat orang beratur panjang di satu warung nie.Tak tau kenapa,jadi kami pun berhentilah untuk tengok apa yang ramai tu.Rupa-rupanya semua beratur nak makan "Coconut Milk Shake".Teringin pulak tekak nak mencubanya.Jadi aku pun lepak dan meminta "Coconut Milk Shake"dia nie.Memang sedap sangat-sangat.Ada aiskrem lagi kat atas dia.

Lepas je makan Coconut Milk Shake tu,kami pun tak jadi lah ke Pantai Klebang sebab memandangkan hari dah petang.Aku ke Bandar Hilir sahaja dan meletakkan kereta di depan Dataran Pahlawan kemudian meneruskan perjalanan dengan berjalan kaki ke Taman Astakona,A-Farmosa dan kawasan sekitarnya sampai lah malam menjelma.Kami bergerak ke Jonker Street selepas margrib.Fuuuhhhh sikit la punya ramai manusia...


Masa nie tengah beratur nak beli Cendol Melaka @ Jonker Walk


Lepas saja ke Jonker Walk,kami ke River Night Cruise pulak.Menyusuri Sungai Melaka sambil menikmati Bandar Melaka dari sungai.Setelah penat ,perut pun dah mula lapar,kami memandu menuju ke Medan Ikan Bakar Alai .Makanan-makanan kat sini memang murah dan sedap.Paling penting jangan melepaskan peluang makan Ikan Pari Bakar diaorang yea..memang terbaik.Malam tu gak kami pulang bermalam di apartment yang kami sewa.Abang Mat Shah & Kak Ros bermalam jugak bersama tapi awal-awal pagi jam 4pagi diaorang anak beranak dah pulang ke Johor.Katanya ada seminar dengan Kelab Putra Umno.Kami pulak dalam jam 11pagi bertolak ke bandar Hilir untuk melawat Muzium Samudra.Singgah sebentar ke Pulau Melaka melihat Masjid terapung.Selesai saja melawat muzium samudra,kitaorang pun bergerak balik ke Johor bahru.

SELAMAT TINGGAL MELAKA...MENINGGAL KAN KENANGAN YANG MANISSSSS

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....