Korang tau tak yang Johor Bahru nie pun banyak tempat-tempat yang bagus untuk lepak makan.Ingat Terengganu , KK & Melaka je ker...?? Baru-baru nie aku ada makan kt Tanjung Putri betul-betul kat depan tapak Cathay Cinema lama sebelah Hotel Suria.Lauk asam pedas & nasi padang dia memang kaw giler.Nama Kedai tu Nasi Padang Ina. Bukak dari hari Isnin-Sabtu.Tapi kalau malam diaorang buat Asam Pedas Clapot...memang terangkat.Kedainya betul-betul kat bawah jambatan causeway nak masuk Singapura.
Tu baru makan tengahari...Kalau nak sarapan pagi pulak boleh cuba makan kat warung depan Bangunan MAA di Jalan Abdullah Tahir.Roti Canai (0.50sen sekeping) dia memang lembut + Nasi lemak Telur RM1.30.Kalau
tak mau boleh cuba sarapan di Hutan Bandar JB pun best.Macam-macam ada ,
tapi yang special nya mestilah miee rebus tulang, lontong kering &
basahnya.Yum...yum...
Minum petang kalau tak singgah makan nasi ayam & Yong Tauhu kat gerai Awang Yong Tauhu di Kampung Melayu.Betul-betul terletak kat depan Pejabat Pos Kampung Melayu
Nak lagi sedap,boleh pergi ke Plaza Larkin.Semua selera Johor ada di sana.Kacang Pool HJ,Nasi ayam Hainan,Laksa Johor,Rojak Asma Larkin (kaw-kaw),air XYZ & ABC,Mee Rebus Stulang,Asam Pedas Abang Misai semua ada di bawah satu bumbung
Siapa cakap makan malam kat Johor Bahru tak happening.Pergi sajor ke Banafie Village di Jalan Abdullah Tahir,kalau tak pun pandu saja ke Pandan Uptown (sebelah pasar borong pandan).Boleh cuba Capati Pakistan,Roti John Special,bubur nasi No1 dan beranika masakan Johor dan luar negara ada di situ
No comments:
Post a Comment