Tuesday, September 28, 2010

Rekabentuk Bilik Anda Sendiri

Tenangkan fikiran anda,dengan menikmati dan mengambil ilham daripada dekorasi-dekorasi di bawah ini.Ruang yang sempit atau pun besar bukanlah halangan untuk kita tidak mampu memiliki bilik secantik di bawah ini.


Ruangan paling unik dengan hanya menggunakan cat yang berkualiti dapat menenangkan fikiran setelah penat bekerja di rumah.


Warna-warna terang selalunya membuatkan anak-anak rasa segar dan selesa untuk duduk dan melepak hanya di bilik.


Kenapa tidak mencubanya..? unik dan cantik kan kalau kita mempunyai bilik seindah ini.
So tunggu apa lagi.Rekabentuk sendiri bilik anda gaya yang anda suka atau gaya seperti dalam blog saya ini.


Antara bilik kegemaran saya.Unik dan menenangkan.

Saturday, September 25, 2010

Kisah Benar

Ini kisah benar..kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat. Aku tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan.Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.

Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005,seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Maka dia pun kena denda la...setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT.

Ustaz ni pun bagi la nasihat, "..lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan. Peraturan ni bukan semata-mata peraturan majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga..kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya, takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah.Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka..."

Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri, tiba-tiba membentak "Kalau Tuhan tu betul-betul baik,kenapa buat neraka? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?" Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz tu, dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung..

Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab:

"Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga. Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga..Kan Tuhan tu baik?"

Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu?Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan:
"perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga.Orang baik, orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan 'lulus' percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol di syurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak..takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?"; tanya ustaz.
"Ah..mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je.." rungut si gadis.
Ustaz tersenyum dan menyoal lagi:
"Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"
Gadis tu terdiam.
Ustaz mengakhiri kata-katanya:
"Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu MahaPenyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita.Ingatlah; semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita jugak.

Assalamu'alaikum. "


End of my story. :-)

Sunday, August 1, 2010

5 Pantai Paling Pelik Di Dunia

BERIKUT ADALAH PANTAI-PANTAI PALING PELIK YANG TERDAPAT DI DUNIA
(DUNIA YANG TERSEMBUNYI)



PANTAI PASIR MERAH JAMBU & PUTIH

PANTAI PASIR PUTIH
(BUKAN YANG KAT JB TU)




PANTAI PASIR HIJAU
PANTAI PASIR HITAM


PANTAI PASIR MERAH

Monday, July 26, 2010

Curi Laptap ! Selamber je...




Kes curi laptop di pejabat selalu berlaku.Berikut adalah video yang dapat di rakam dari CCTV dengan taktik mereka bagi mengabui mata kita semua.Sangat selamba diaorang nie merembat laptop kat atas meja dan masukkan kat dalam plastic bag mereka tu tanpa di sedari.

JADI JAGA-JAGA....
ADA YANG MEMERHATI......
(TAGLINE KIAH PROPA)

Sunday, July 18, 2010

Bila Orang Bukan Islam tanya pasal nie,apa nak jawap..

DARI BUKAN ISLAM UNTUK ORANG ISLAM, TENTANG AGAMA ISLAM
via Cendawan MALAYA by kulatlapok
Untuk seluruh umat Islam sekadar menambah ilmu pengetahuan.

Sewaktu Nabi Muhammad saw wafat, telah disempurnakan agamamu (Islam). Semua
persoalan akan ada jawapannya, hanya ilmu di dada penentu jawapan apa yang perlu diberi.

1) Nama Nabi Isa as disebut 25 kali dalam Al-Quran, tetapi berapa kali nama Nabi Muhammad saw disebut dalam Al-Quran? Nama Nabi Muhammad saw hanya disebut 5 kali sahaja di dalam Al-Quran. Manakala nama Nabi Isa as disebut 25 kali. Mengapa?

Kerana Al-Quran diwahyukan pada Nabi Muhammad saw, sebab itu nama Nabi
Muhammad saw jarang disebut. Al-Quran diturunkan bukan semata-mata untuk memapaparkan kisah Nabi Muhammad saw tapi adalah sebagai panduan perjalanan hidup umat Islam.

2) Nama Nabi Isa disebut lagi banyak dari nama Nabi Muhammad saw dalam Al-Quran, tentu sahaja Nabi Isa lebih hebatkan?

Soalan sebaliknya, dalam Bible, nama syaitan lebih banyak dari nama Nabi Isa, jadi siapa lagi hebat? Syaitan @ Nabi Isa? Sebenarnya Allah tidak bezakan tentang kehebatan nabi dan rasulNya. Walaubagaimanapun, Allah Maha mengetahuinya.

3) Dalam Islam percaya yang Nabi Isa as diangkat ke langit,sedangkan Nabi Muhammad saw wafat. Jadi, bila Nabi Isa as dibawa ke langit, tentu sahaja nabi Isa itu Tuhan kan?

Dalam banyak2 kaum, hanya kaum Nasrani sahaja yang telah salah anggap tentang nabi yang diutuskan kepadanya sebagai Tuhan (Nabi Isa). Sedangkan, dalam Bible juga yang ade menyatakan bahawa Jesus (Nabi Isa) berkata “siapa yang taat pada Allah akan masuk Syurga, siapa yang menganggap Jesus sebagai tuhan akan masuk neraka.

4) Dalam Islam, Nabi Muhammad saw adalah Nabi terakhir. Tapi, di akhir zaman nanti Nabi Isa as akan turun. Kenapa tidak dikatakan Nabi Isa as yang terakhir?

Nabi Muhammad saw adalah nabi terakhir berdasarkan tahun kelahirannya. Perumpamaan : Jika anak bongsu meninggal dunia, sedangkan anak sulong masih hidup, hakikat yang tidak akan berubah ialah anak sulong tetap sulong.

5) Nabi Isa as disembah sebagai anak Tuhan kerana dianggap mulia sebab lahir tanpa bapa.

Kita jawab seperti ini, antara ibu dan anak, mana yang lagi mulia? Tentu ibu kan? Jadi, kenapa orang Kristian tidak sembah Mariam je? Kan Mariam ibu, tentu lagi mulia. Nabi Adam juga lahir tanpa bapa, malah tanpa ibu juga merupakan manusia pertama, kenapa tidak disembah Adam sahaja? Jawapan lengkap ada dalam Surah Imran, ayat 59.

6) Jika baca tafsir, Allah berfirman sekejap guna ‘Aku’, sekejap guna ‘Kami’ Kenapa? ‘Kami’ kan lambang ‘Tuhan + Mariam + Anak Tuhan (Isa)’ ?

Al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab, ‘aku’ kata jamaknya ‘kami’ yang menggambarkan tentang ‘Allah dan keagunganNya’ . Tengok sahaja Queen Elizebeth ketika bertitah, beliau guna ‘We’ bukan ‘I’.

7) Orang Sikh Punjabi bertanya, kenapa Islam perlu potong rambut? Bukankah rambut itu anugerah tuhan yang perlu disimpan?

Kita jawab dengan soalan ini, kuku juga anugerah tuhan, kenapa orang Sikh Punjabi potong kuku?

8 ) Sami Budha vegetarian bertanya, kenapa Islam suruh bunuh binatang untuk dimakan? Kan zalim kerana bunuh hidupan bernyawa?

Sains telah buktikan, sayur dan pokok turut ade nyawa. Malah, apabila kita basuh tangan pun, ade banyak nyawa kuman yang kita bunuh.Itu tidak kejam? Bila kita bunuh (sembelih sebenarnya) 1 ekor lembu, sebenarnya kita telah selamatkan bayak nyawa manusia.

9) Sami Budha menjawab “ Bunuh sayur dosa kecil sebab sayur kurang deria, bunuh binatang dosa besar”

Kita jawab seperti ini, habis tu, kita Cuma berdosa kecil je lah jika bunuh orang yang pekak, buta, bisu hanya kerana dia tidak ade deria?

10) Sami Budha menjawab lagi “Jika kita bunuh sayur,sayur akan tumbuh balik”

Kita jawab lagi “ habis tu, awak makan lah ekor cicak kerana ekor cicak akan tumbuh semula selepas putus”

11) Sami Budha berkata lagi “makan binatang akan dapat banyak penyakit”

Kita jawab “Penyakit datang kerana kita makan banyak. Bukan kerana makan binatang. Allah suruh makan secara sederhana. Lagipun, Allah dah beri gigi taring dan gigi kacip untuk manusia makan binatang dan sayuran. Alah, tembakau dan dadah pun dari tumbuhan juga kan? Lagi besar penyakitnya kan? Lembu yang ragut rumput hari-hari pun boleh jadi lembu gila.Sebenarnya, tak kesah pun kalau kita tak nak makan daging, tapi jangan lah cakap haram apa yang telah Allah halalkan untuk kita.

12) Kan babi itu ciptaan Allah, kenapa Islam tak makan babi?

Sebab bukan semua ciptaan Allah adalah untuk dimakan.

13) Islam cakap Hindu sembah berhala tetapi Islam hari-hari sembah Kaabah.

Islam bukan sembah Kaabah, tapi Kaabah itu adalah Kiblat untuk satukan umat.
Dalam Islam dah sebut, siapa sembah Kaabah akan masuk neraka kerana Islam sembah Allah, kaabah Cuma kiblat. Perlu tahu bezakan. Bukti, orang yg sembah berhala tidak akan pijak berhala, tapi orang Islam pijak Kaabah untuk melaungkan azan. Orang Hindi tak akan pijak gambar berhala tapi orang Islam hari-hari pijak gambar Kaabah (sejadah). Jika ada gambar Kaabah diletak di KLCC, orang Islam tetap solat menghadap Kaabah di
Mekah kerana itu kiblat kita untuk sembah Allah. Bukan sembah Kaabah!

14) Kenapa perlu ikut nabi Muhammad saw kerana nabi dan rasul sebelum
baginda kan betul2 juga?

Nabi sebelum Nabi Muhammad saw diutus untuk kaum dan zaman tertentu sahaja .Sedangkan Nabi Muhammad saw diutus untuk semua kaum dan sepanjang zaman.


P/S : Soalan-soalan yang nyatakan di atas, sebenarnya memang benar-benar di tanya oleh orang bukan Islam secara spontan pada orang Islam... mereka bertanya bukan
kerana hendak tahu, tapi kerana hendak membuatkan orang Islam yang ilmu hanya
ala kadar berasa was-was dengan Islam dan akhirnya orang Islam akan berasa was-was
dengan agama yang dianutinya. Jadi jawapan yang disampaikan pun tak perlu panjang-panjang cukup sekadar ringkas dan padat. hanya menyampaikan sahaja.Segala kekurang dan salah silap harap diperbetul dan dimaafkan...

Wallahu'alam

Saturday, June 26, 2010

Rombongan Cik Kiah ke Universal Studio Singapore



Rombongan Cik Kiah menyerbu Universal Studio Singapore.Tuuu dia dengan stroller dan anak-anak yang mengikut.Kami pergi dengan menaiki 3 buah kereta kesemuanya.Semua kereta kami tinggalkan di tempat meletak kereta di Vivo City kemudian menaiki monorel ke Pulau Sentosa.


Group aku : Elly/suami dan anaknya lysha , Kak Fizza/suami & 2orang anaknya.

Group Azie & keluarganya

Group Danny,Fira & Chiko.



Di luar istana Sherk 4D,kami bertemu dengan Puss in Boots dan tak lupa juga bergambar mesra dengannya.Si Firas siap nak dokong bawak balik lagi kucing tu.haha




Seronok bila tetiba jadi budak-budak balik nie.semua "ride" nak main.Jurassic Park la,Madagaskar la.Yang kesiannya kat anak-anak kawan aku yang kecik nie.siapa yang bawah 122cm tak leh naik ride yang memerlukan ketinggian.Aku sampai lutut kendur sebab mencuba ride Mummy Return.giler la...


Bergambar berposing memang acara yang aku minat . tengok je la gambar-gambar yang aku amik nie.Orang sampai dah penat aku masih lagi nak bergambar walaupun hari dah malam.Pemandangan waktu malam kat sini cantik,sebab lampu-lampunya la...Balik je dari USS semua lepak.




Thursday, June 17, 2010

Banjir Di Orchard Road Singapura Semalam

Mungkin anda semua pernah ke sini.Ya...inilah Orchard Road di Singapura.Tempat syurga membeli belah bagi warga Singapura dan juga pelancong asing.Tapi apa yang berlaku semalam adalah menunjukkan tiada sesiapa pun boleh melawan bencana alam walau secanggih & semoden mana pun kita.jangan katakan Singapura , USA,Japan dan beberapa lagi negara maju hingga lah ke Kuala Lumpur,pasti pasti tidak dapat terlepas jika bencana alam ini terjadi.Apa yang penting kita bermuhasabah diri dan redha dengan apa yang terjadi.Memperbaiki kelemahan perlu di buat untuk mengelakkan kejadian ini tidak berulang kembali.
Yang penting jangan bermegah dengan apa yang kita ada & menperlekehkan sapa-sapa atas apa yang terjadi.Sebab nasib kita,kita tidak tahu lagi bagaimana...betul tak?


Sebahagian kereta yang tenggelam pada bajir besar semalam di Orchard Road.Gambar bawah adalah di jalan utama berhadapan ION Plaza.Pihak Bomba dan penyelamat cuba menyelamatkan wanita.

Monday, May 3, 2010

Iklan Poster Dulu-Dulu


Arwah Ibu aku pernah bilang,sekitar tahun 1970-1985 dulu memang tak ada restaurant-restaurant yang di usahakan oleh Orang Melayu samaada di Singapura atau di Malaysia.Kalau korang tengok filem P.Ramlee (Bujang Lapok) pengambaran di buat di restaurant Cina.Boleh lihat orang kita order makan "Beef stick".
Iklan di atas ini pula adalah iklan arak yang dahulunya tidak di kuatkuasakan lagi.So boleh lihat di mana-mana papan iklan "GUINESS STOUT BAIK UNTUK KITA"
Kalaulah iklan macam ini kelaur sekarang,mahu kena saman macam ini.Hehe.
Itulah pentingnya kita menguasai sendiri Industri/Hub makanan halal di Malaysia,agar kejadian zaman ibu-ayah kita dahulu tidak akan berulang.

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....