Ini  kisah benar..kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam,  tapi cetek pengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di  sebuah negeri yang  melaksanakan dasar 'Membangun Bersama  Islam', kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan  pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks  beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis  berkenaan  menutup aurat. Aku tak pasti berapa jumlah denda yang  dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya  mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda  jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang  ditetapkan.Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang  ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa  tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara  berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu  memberi kesan yang mendalam.
Dalam satu insiden,  ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005,seorang gadis yang  bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion  telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Maka  dia pun kena denda la...setelah surat saman dihulurkan oleh  pegawai PBT.
Ustaz ni pun bagi la nasihat, "..lepas ni diharap  saudari insaf  dan dapat mematuhi peraturan. Peraturan ni bukan  semata-mata peraturan majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala  perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di  syurga..kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya, takut nanti  tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah.Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke  dalam neraka..."
Gadis tersebut yang dari awal  mendiamkan diri, tiba-tiba membentak "Kalau Tuhan tu betul-betul  baik,kenapa buat neraka? Kenapa tak boleh sediakan syurga je?  Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?" Mungkin dari tadi dia dah  panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz tu, dah la hati  panas kena denda sebab dia tak pakai  tudung..
Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak  akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun  jawab:
"Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz.  Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey  judi, atau bapa ayam.. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga. Mungkin awak ni pun saya boleh culik  dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je.  Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat  syurga..Kan  Tuhan tu baik?"
Gadis tu terkejut.  Tergamak seorang ustaz cakap macam tu?Sedang dia  terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan:
"perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan  syurga.Orang baik, orang jahat, semua masuk syurga..maka apa  guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia  tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan 'lulus' percuma.  Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh  dalam syurga..perogol  akan bertemu lagi dengan mangsa rogol di  syurga..lepas tu boleh  rogol lagi kalau dia nak..takde siapa yang  terima hukuman.  Sebab Tuhan itu 'baik'. Adakah Tuhan macam ni yang kita  nak?  Awak rasa, adil ke?"; tanya ustaz.
"Ah..mana adil macam tu.  Orang jahat takkan la terlepas camtu je.." rungut si  gadis.
Ustaz tersenyum dan menyoal lagi:
"Bila tuhan  tak adil, boleh ke dianggap baik?"
Gadis tu terdiam.
Ustaz mengakhiri kata-katanya:
"Adik,  saya bagi  nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu MahaPenyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud.  Untuk  menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi  diri sendiri dan  juga orang lain. Saya rasa awak dah faham  sekarang. Kita sedang diuji  kat atas dunia ni. Jasad kita  bahkan segala-galanya milik Allah, maka  bukan HAK kita untuk  berpakaian sesuka hati kita.Ingatlah; semuanya  dipinjamkan  olehNya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat  bersabar  dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita jugak.
Assalamu'alaikum. "
End of my story. :-)
No comments:
Post a Comment