Monday, June 10, 2019

Artis lelaki dahulu dan sekarang

Kat bawah nie artis-artis lelaki yang pernah jadi pujaan seantorio Malaya dahulunya.
Dan juga gambar-gambar terkini mereka.
 1.SIDI ORAZA - Banyak juga filem dan drama yang dia lakunkan dulu.RA dengar dia bersara sebab kesihatan.
 2.Rosyam Noor - Masih lagi berlakon dan memegang watak-watak penting.
 4.Shah Reza - Sekarang dah jadi usahawan dan bergelar Dato
 5.Awie - Hero yang mula popular dari filem Sembilu dan sekarang popular dalam filem HANTU KAK LIMAH
 6.Ahmad Idham - Dah ada perniagaan dan kolej lakonan sendiri di Johor.Masih lagi bergiat dalam industri filem
 7.Badrul Muhayat - Pun masih lagi berlakon tetapi takde lah jadi hero lagi.
 8.Hero pujaan ramai sekitar 90an nie pernah tinggal di London selepas berkawin kemudian kembali semula ke Malaysia dan masih berlakon.
 9.Harry Othman pun masih lagi berlakon dalam watak-watak kecil.
 10.Abby Yus - Pelakonb yang popular sekitar 80an ini setelah pulang ke Singapura kisahnya tidak banyak keluar.Beliau ada menjadi komposer lagu untuk penyanyi-penyanyi baru di Singapura
 11.Eizlan Yusof - Nama nya naik setelah membintangi drama Jaguh-Jaguh di TV2..Dulu RA peminat habis dia nie.
 12.Faizal Hussein - sepupu pada Rosyam Noor ini penah popular dalam filem GILER - GILER REMAJA dan moto kawasaki dia nie la menjadi kegilaan remaja zaman dulu. 
 13.Eman Manan - Hero yang popular sekitar 80 dan 90an ini masih lagi berlakon sehingga sekarang.
14.Edika Yusof - Hero filem dan juga model ini pernah bersara setelah berkawin dan menumpukan keluarga dan baru-baru ini muncul semula dalam beberapa drama di TV antaranya Cinta Non-Grata.
 15.Amy Search - Penyanyi dan pelakon filem ISABELA ini sekarang lebih kepada perniagaan dan nyanyian undangan.
16.Azwan Ali - Bekas Penyampai berita & wartawan ,kemudian menjadi pelakon dan pengacara.

Wednesday, May 22, 2019

Diskaun hebat dari PTT OUTDOOR


Salam Ramadhan semua...

RA ada info yang hendak di kongsi bersama buat korang.
Baru - baru ini PTT Outdoor membuat tawaran diskaun buat korang pembaca riodenazblogspot sebanyak 15% ke atas setiap barangan mereka yang korang purchase online.
Cuma masukkan code : NAZRI15 dan discount 15% jadi milik korang...
Lebih infomasi menarik tentang barang PTT Outdoor korang boleh baca di bawah atau log in sahaja ke laman website atau laman sosial mereka.

KORANG ENJOY LAH YEA.....


Here is your code : NAZRI15 (15% off for first time buyer)

Points about PTT Outdoor:
1. We know that outdoor equipment is quite pricey. Thus, we offer the consumer a more affordable price with excellent quality option for those hiking lovers.

2. To make shopping a more convenient way, customer may purchase online without stepping out their home. We offer free shipping to West Malaysia and shipping fee RM9 only to Sabah and Sarawak.

3. We offer more than 200 variety of outdoor equipment at our online store. (www.pttoutdoor.com)

4. Affordable price

5. Excellent presale and after-sale service, we have 2700 positive reviews on Facebook page (www.facebook.com/pttoutdoor/review)

6. Latest Achievement : 1st runner up of Ambank Bizrace 2019

7. Brand TAHAN, proudly made in Malaysia, for example Tudung Dri Fit (https://www.pttoutdoor.com/shop/tahan-instant-sports-hijab/) – affordable price compare to others brand






Tuesday, May 7, 2019

Buffet/Menu Berbuka Puasa 2019 - Restoran Sekitar Johor

Kalau minggu lepas RA dah kuarkan buffet berbuka puasa di hotel.Kali ini RA keluarkan senarai buffet berbuka puasa di beberapa restoran di sekitar Johor Bahru yang lebih berpatutan dari hotel-hotel.
Walaupun hotel , setiap tahun Hotel Zamsaham menyajikan menu buffet paling murah di antara yang lain-lain.Harga cuma RM15.90 ajekkkk.
Ni kat Ali Baba Karaoke di Giant Hypermarket Johor.Harga setiap tahun memang mampu makan.Menu dia pun sedap-sedap juga yea.
Tiap tahun Kafe ini pasti keluar dengan tawaran buffet puasa pada harga yang menarik.
 Restoran Resipi Kampung di Today Mall Ulu Tiram
Belanga Satu Bistro Taman Adda Height pun sedap.
 Restoran baru ni.Rasanya baru tahun ini mereka buat Buffet Ramadhan.Boleh lah cuba kalau nak ke sini.
 Sedap Corner ni depan the South Cafe je.
 Restoran ni kat Taman Pelangi.Boleh cuba , menu dia pun banyak juga.
 Wadihana SteakHouse...Harga berpatutan lah dengan menu yang diaorang sediakan.
 Yang nak rasa makanan Arab boleh cuba di Restoran Wadihana Elarabi yang berhampiran Desa Rahmat.Rasa kat sini Masakkan Arab dari Yamen.Nama lebih kurang sama dengan yang kat atas tu (steakhouse) tapi kedai dan lokasi yang berbeza.
Jadi ada 2 pilihan restoran masakkan Arab di sini.Yang satu nie kat Taman Tasek.RA rasa masakan asal dari Lubanan.
 Kat kempas pun ada nie..boleh cuma bagi rumah yang berhampiran dengannya.
 Capital Mall pun ada buat menu berbuka puasa buat kali pertamanya tahun ini sejak mula beroperasi.
Restoran Projek Maging Steakhouse 
Lokasi di Uda Business Centre berhampiran Jakel tu.
No Tel 017 721 4398

 Restoran Al-Hanin di Taman Rinting pun ada buat buffet.

Ni kt Kawasan Perindustrian Dato Onn bersebelahan dengan pejabat Pos Laju Larkin tu
Nama kedai : Bosted Cafe
Lokasi kt Jalan Padi Emas Bandar Baru Uda
Tel untuk tempahan 01111939557
Bukan buffet tapi menu makan berjemaah.Poster anda tak lengkap yea.Apapun telefun dan tempah dulu sebelum pergi.
Ni lagi satu menu Nasi Dulang di Taman Pulai Indah Johor.Restoran Express Plate
 Nak makan kat tepi laut RA bagi 3pilihan menu makanan laut.Satu di KongKong Chalet Terapung.
 Dan seperti pada tahun-tahun yang lepas satu lagi di Nonis Seafood Kampung Senibong.
Ke 3 di 6Cornar Senibong Seafood.Juga berhampiran kampung Senibong tak jauh antara satu sama lain dengan Noni's Seafood tu.
 
2 cawangan Restoran Banafee Village.Satu di Jalan Abdullah Tahir dan satu lagi di Bandar Seri Alam.Harga sama tapi lokasi yang berbeza.
 Ok nie kat Restoran Empire JayBee.Belakang Shell Jalan Tampoi kot kalau tak silap RA.
Restoran Citarasa Wak Dojey di Larkin Idaman (Tempat jatuh lagi di kenang gitu)
 Yang berada di Taman Dato Onn dan yang sekawasan dengannya boleh cuba di sini.
 Restoran Anjung Selatan
Jalan Padi Emas 1/8 Bandar Baru Uda.Tel tempahan 07-2396216
Poster kurang lengkap yea
 Di bahagian barat Johor Bahru pulak leh cuba di restoran ini.
 R&R Bistro ni kalau ke sini kena datang awal.Sebab tempat letak keretanya memang terhad.Kalau lambat memang kena letak kereta di tepi jalanlah gamaknya.
Nak makan Nasi Briyani leh cuba Briyani Dean di Kompleks Perumahan TNB Kempas.

Yang terakhir sekali di Malay Village.Kat Poster dia takde tulis harga tapi dia tulis kat FB
RM 65- DEWASA
RM 32 - KANAK-KANAK
Untuk pengesahan dan tempahan boleh telefun 017 733 7303 & 017 3093009
Kat sini lepas makan nak solat boleh solat di masjid yang terletak kat sebelah jek.Terus terawih sekali.hehehe.
Baiklah tu je yang dapat di paparkan.Moga berguna untuk mereka yang mencari buffet berbuka puasa termurah di Johor.Selamat Berpuasa dan Berbuka.

Saturday, May 4, 2019

Bersarapan pada Sabtu terakhir

 Diam tak diam lagi 2 hari je kita nak berpuasa.Jadi memandangkan hari ini hari sabtu terkahir untuk bersarapan RA memilih kedai makan Di Anjung Desa Taman Universiti untuk menikmati menu sarapan wajib orang Johor iaitu Lontong.
 Lontong kat sini kalau nak sedap kena tambah dengan bagedel , paru goreng dan serunding baru terangkat.Harga semangkok yang RA makan ini RM6.00
 Kalau jenis berdiet macam kawan RA nie boleh lah makan Lontong kering.Selain itu ada juga Lontong Goreng cuma tak sempat pulak RA ambil gambarnya.
 Yang ni Lontong biasa sahaja tiada tambahan apa-apa.Cuma kuah lodeh bersama sayur-sayurnya.
 Nasi Lemak dan lauk pauk untuk makan tengahari pun ada di jual kat sini di samping pelbagai kueh mueh traditional yang menjadi juadah mencuci mulut.Harga memang berpatutan dan banyak pilihan menu.Cuma kalau nak makan roti canai kena tunggu agak lama sikit la yea sebab tukang tibar roti cuma sorang sahaja.Memandangkan ini pos terakhir sebelum berpuasa RA nak ucapkan Selamat Menyambut Ramadhan dan selamat berpuasa....

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....