Saturday, January 28, 2017

Lawatan Tanjung Pinang dan Pulau Penyengat

Selamat Tahun Baru Cina buat pembaca Cina , RA hari ini kena kerja lah.Bawak rombongan keluarga ke Tanjung Pinang bercuti sempena cuti tahun baru Cina nie.Jam 8pagi lagi dah tiba di sini dengan sikitlah punya ramai umat yang ingin bercuti dan pulang ke Kampung masing-masing.
Alhamdulillah segala urusan tiket dan immigrasi berjalan dengan lancar dan feri bertolak seperti yang di rancang.Jam 930pagi dah berlepas ke Tanjung Pinang dari Terminal Feri Stulang Laut.Selamat tinggal Johor dan jumpa lagi 2hari yea.Burung pun nak ucap selamat tinggal kat RA.Nampak gaya cuaca macam tenang je hari ini.
 Alhamdulillah selamat tiba di jetti Tanjung Pinang jam 1130pagi waktu Indonesia Barat (jam 1230 tengahari waktu Malaysia).Urusan immigrasi agak lambat sedikit kerana terdapat pelancong dari Singapura yang tiba awal 5minit dari feri kami membuatkan kami terpaksa beratur panjang di belakang dengan pejabat immigrasi yang masih dalam ubah usai.Hampir 45minit juga urusan kami di sini.Selesai sahaja kami semua ke jeti sebelah untuk ke Pulau Penyengat. 
Perjalanan dari Dermaga Tanjung Pinang ke Pulau Penyengat cuma mengambil masa 20minit dan tidak berapa jauh cuma 1km sahaja.Kalau dulu tidak di sediakan pelampung keselamatan penumpang tapi kali ini mereka menyediakan bagi mengelakkan kemalangan.
Inilah dia jeti di Pulau Penyengat.Pulau yang di ambil nama dari sejenis serangga berbisa iaitu tebuan atau lebih di kenali Penyengat oleh penduduk di sini.
Deretan bot sampan menanti kehadiran kami.Jika anda datang dengan jumlah tetamu yang sedikit selalunya bot sampan inilah yang akan membawa anda ke sini.
Tenang dengan tiupkan angin yang kuat , pasti membuatkan anda terlena jika duduk di sini.Perut pun dah lapar,maklumlah dah pukul 1tengahari waktu Malaysia saat RA tiba di sini, jadi tempat pertama yang di tuju adalah kedai makan.

Perut dah kenyang hati pun senang nak berjalan-jalan keliling pulau Penyengat.Tempat pertama yang di tuju pastinya Masjid Raya yang di buat dari putih telur.Masih gah sehingga sekarang.
Solat Jamak dan bergambar di sini kemudian ke destinasi seterusnya.
Ini adalah salah sebuah makam di raja.
Kalau ke Istana Kuntur ini pasti banyak aksi yang dibuat.Istana ini juga dahulunya dijadikan tempat simpanan senjata dan peluru meriam.
Yea..masih juga gah sehingga sekarang.
Ini pulak Istana kediaman kerabat di raja.Binaanya sama seperti Istana Kampung Glam di Singapura.
Di belakang Pulau Penyengat ini terdapat jeti lama.Katanya dahulu jeti ini menjadi singgahan pelayar-pelayar ke pulau ini untuk mengambil air tawar.
Pelikkan dengan keluasan pulau ini yang cuma 2kilometer persegi dan di kelilingi laut dapat membekalkan air tawar buat ramai pelayar.Patutlah pulau ini menjadi rebutan penjajah.Di perigi inilah tempat mereka mendapatkan bekalan air tawar dan di ceritakan bahawa air di dalam perigi ini boleh di minum terus dan tidak pernah kering walaupun pada musim kemarau.
Perkampungan nelayan juga banyak terdapat di sini.Yang menjadikan pulau ini sangat unik ialah 100% penduduk di sini adalah keturunan Melayu.
Oklah hari dah mulai petang.Masa untuk kembali ke Tanjung Pinang dan bermalam di hotel.Jam 4petang RA mengambil bot pulang dan menuju ke hotel untuk makan malam dan beristirehat.Selesai makan malam di hotel RA duduk lepak dataran berhadapan Melayu Square untuk lepak minum kopi sambil menonton di skin besar di sini.Jam 11malam baru pulang ke bilik hotel untuk tidur.Jumpa Esok....

Sunday, January 22, 2017

Ke Ladang Nenas pulak

Banyak tempat menarik di Johor yang tak ramai tahu.Antara tempat yang RA rasa boleh di komersialkan ialah Ladang Nenas Air Bemban.Nak tahu apa yang ada di sini marilah ikuti blog RA hingga ke bawah.Untuk ke Ladang Nenas Air Bemban ini korang jugakan je lebuhraya Utara-Selatan dan keluar dari Tol Sedenak.Dari Tol Sedenak terus ke masuk ke dalam menghala ke Pontian.
Tak jauh selepas ladang Kelapa Sawit akan muncul pulak Ladang Nenas yang saujana mata memandang.Cantik sangat pemandangan di sini.
Ada 3-4gerai yang menjual nenas di sepanjang laluan ini.RA singgah beli di sini saja.Kata tuan kedai , nenas yang berjambul nie nenas kacukkan antara nenas Moris dengan nenas Philipine.Rasanya manis dan pucuk jambul tu kalau di tanam pasti akan tumbuh semula nenas.Harga sekilo RM4.00 agak mahal sedikit dari nenas biasa.
Yang ini nenas Moris.6biji = RM10.Manis jugak cuma tidak semanis nenas kacukkan dari Mardi.
Nah sempat lagi bergambar.
Berat nenas ini 2.5kilo.Daun atasnya tidak tajam dan berduri seperti nenas biasa.
Nenas dah beli jadi masa untuk berpeleseran di tepi ladang nenas ala-ala YB melawat kawasan.
Jika nak cari nenas yang bermutu bolehlah ke sini.RA rasa nak buat warong masakkan nenas lah kat JB.Tapi nak masak apa yea?
Jadi bagi sesiapa yang ada masa tu sila lah datang ke sini.Luas pemandangan kalau nak bentang tikar pun boleh ramai-ramai menikmati suasana di tepi ladang nenas.

Saturday, January 21, 2017

JJNM : Food Truck Di Hotel Sentral

J.J.N.M : JALAN-JALAN NAK MAKAN
"FOOD TRUCK" SEBELAH HOTEL SENTRAL @ JB

Malam ini kita cuba pulak makan makanan ala-ala Hipster dari Trak Lori yang terletak di ruang letak kereta terbuka sebelah Hotel Sentral.Atau lebih terkenal di belakang Hotel Blue Wave JB. 
 Di sini ada pelbagai jenis makanan di jual dari beberapa trak lori makanan yang mengambil bahagian.Di anggarkan lebih dari 10 trak lori yang menyajikan pelbagai makanan dari masakkan barat hingga masakan tempatan. 
 Percubaaan pertama Geng Mengeteh RA singgah makan di sini bersama Mai,Olie,Azie,Abanag Mad , Kak ros dan Kak Liza.RA boleh katakan makanan di sini semuanya sedap-sedap.Ada jual cheese kek,red valvet kek,Nasi lemak,Kopi Ngencis , Ayam goreng , Meatball , Spegetti , Mee Kari , Laksa ,dan pelbagai lagi lah.
 Keadaan ruang legar yang kozi dan nyaman pasti sesuai untuk sekeluarga beriadah menikmati juadah yang menjanjikan.
 Ini gerak yang menjual Meatball buatan dari rumah katanya.Harga sebungkus Meatball RM10.Kalau nak yang ada cheese RM12.Ada Dumpling Goreng jugak tau.
 Kopi coklat Ngencis ini berharga RM8.Nasi Lemak Rendang Ayam RM6.Dan ada pelbagai jenis mee di jual di beberapa trak lori di sini.
 Selain itu minuman dari pelbagai perisa dan negara juga di jual.Ada Kopi Vietnam jugak tau.
 Ini daging kambing bakar.Harga tak pasti pulak sebab si Olie yang beli.
 Meatball biasa yang berharga RM10 ini sangatlah menjanjikan.Dapatlah melepaskan rindu kat Meatball Ikea.Di hidangkan dengan kentang goreng dan mayonis.
 Ada banyak pilihan makan di sini,sampai tak tau nak makan apa.Sesekali berkumpul makan ramai-ramai pasti menyelerakan dan dapat pulak bergosip-gosip cerita dengan geng geng.
 Ayam Goreng Pedas Korea ini memang garing dan pedas.Tuan kedai datangkan dengan sarung tangan plastik.Pedas-pedas garing kau...
 Tuan kedai bagi 2biji limau Mandarin lagi,sebab nak dekat Raya Cina kan.Apa yang boleh RA katakan Food Truck di Hotel Sentral ini memang menarik dengan sajian makanan yang pelbagai di dalam satu kawasan dan ini amat memudahkan kaki-kaki makan menikmati makanan kegemaran masing-masing dari pelbagai gerai.Saya dah pergi...anda bila lagi?

Ke festival makanan Thai kita

Hari ini RA nak berjalan keluar dari Johor Bahru menuju ke daerah Kota Tinggi untuk melihat festival makanan Thai di sana.Si Mai nie lah yang beria-ia mengajak datang ke sana nak cuba makanan Thai katanya.Kak Ros Abang Mad dan RA sekadar ikutkan jek.
 Bandar Kota Tinggi kalau nak masuk hujung minggu memang agak sesak.Jadi RA sarankan mereka yang ingin masuk ke Bandar Kota Tinggi silalah melalui jalan dari Desaru-Kota Tinggi bagi mengelakkan kesesakan jika masuk melalui Jalan Mersing-Kota Tinggi.Festival ini di adakan di ruang tempat letak kereta sebelah KipMart Kota Tinggi.Tuuu dia dah sampai pun RA
 Dah tiba kenalah rasa masakkan yang mereka jual.Bukan setakat makanan jek,barangan permainan kanak-kanak,assesori telefun bimbit, pakaian dan kasut juga di jual di sini.Telur dadar ala Thai ini RA beli dengan harga RM7.00,agak mahal tapi nampak macam menarik pulak telur ini di goreng bersama isi ketam dan beberapa makanan laut. 
Tom yam , pulut mangga , mee kari , sotong goreng semua RA cuba rasa dan makan di sini.Tapi kesemuanya tidak menepati citarasa RA sebab tidak seperti di festival yang sama di adakan dulu di DangaBay.
Barangan yang sempat RA sambar beli di sini ialah seluar jogging,cas telefun bimbit dan lensa tambahan kamera bimbit.Ramai juga orang Kota Tinggi yang datang ke sini.Suasana petang pulak agak suam-suam mendung.
Sebelum pulang ke Johor Bahru , RA singgah ke Makan Sultan Mahmod Mangkat Di julang.Rupanya Kak Ros dan Abang Mad tak pernah lagi ke sini.
Sedikit kisah tentang Sultan Mahmod yang mangkat di julang.Baginda adalah Sultan Terakhir dalam Kesultanan Johor Lama.Baginda di bunuh oleh Laksamana Bentan yang menuntut bela di atas kematian isterinya yang sedah mengandung.
Isterinya di fitnah oleh pembesar-pembesar Istana dan atas hasutan itu Sultan menjatuhkan hukuman bunuh kepada isterinya.Berang dengan tindakkan itu , Laksamana Bentan yang bernama Megat Seri Rama merancang untuk membunuh sultan ketika berangkat menunaikan solat Jumaat.Saat Sultan di julang untuk turun ke Masjid Megat Seri Rama menikam baginda.Sebelum baginda meninggal baginda bersumpah 7keturunan Bentan muntah darah bila jejakkan kaki di kota tinggi.Kalau nak tahu lebih lanjut ceritanya sila lah tengok filem lama-lama yea.

Sunday, January 8, 2017

JJNM Warung Char Kuey Teow Misteri BBU

J.J.N.M : JALAN - JALAN NAK MAKAN 
WARUNG CHAR KUEY TEOW MISTERI FLAT BBU

Baru-baru ini viral di laman sosial MukaBuku (FB) tentang Warung Char Kuey Teow  Misteri dan Warung Nasi Lemak berhantu di Rumah Pangsa Ledang Bandar Baru Uda.Jadi RA teruja nak merasai dan melihat apa yang menariknya di sini.
Kami tiba jam 9malam tu pun setelah di desak oleh Kak Ros yang nak sangat tengok misteri di warung ini.Maklumlah kawasan lepak makan baru dan tengah viral pulak sekarang jadi tempat letak kereta agak penuh sedikit.Pelanggan pun ramai yang datang.Kami sendiri dapat tempat duduk berhampiran dengan dapur masak warung.
Banyak juga menu pilihan kat sini.Tapi yang paling istimewanya  ialah hantu-hantu pelakon yang akan keluar mengamatkan suasana di sini.Menu masakan popular mereka ialah Char Kuew Tiew dan Nasi lemaknya.Keterujaan Kak Ros dan Min yang menanti dengan penuh kesabaran walaupun kadang-kadang terdengar suara Kak Ros memanggil-manggil minta hantu keluar.hahaha
Akhirnya tepat jam 10malam hantu nie pun keluarlah.Hantu bungkus pakai telekong berpeleseran belakang RA.Abam tak takut pun dik...haha
Di panggilnya hantu bergambar dengan dia.Nie muka hantu macam skaleton dalam filem He-Man tu.
Ada dua lak tu...yang lagi satu tetiba je muncul belakang RA.Panjat boboi...haha
Masa diaorang nie keluar lampu di malapkan dan muzik ala-ala seram keudara.Habis telekong mak ko yang ko pakai dik...
Tak tahu nak cakap...nak gelak ada...nak terpegun pun ada.Tapi ramai gak 2-3orang pelanggan wanita yang terjerit-jerit terperanjat malam tu.
Ok citer pasal Char Kueh Teow kat sini,rasanya sedap dan RA boleh bagi 3 setengah bintang.Harga RM5 untuk yang biasa dan RM8 untuk yang istimewa.Istimewanya sedap ada kerang dan udang.
Haa tu dia udang yang menjadi mangsa dalam char kueh tiow RA.haha.
Penampilan hantu ini cuma sekadar suka-suka je.Idea kreatif ini menjadikan tempat makan ini menjadi viral dan terkenal di laman sosial.Alhamdulillah perut RA kenyang dan pulang dengan senang hati.
Antara video yang sempat RA rakam semasa si hantu-hantu ini datang bermesra dengan pelanggan.

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....