Friday, December 30, 2016

Mesyuarat BJK Kampung katanya

 Malam ini ada perjumpaan BJK membincangkan tentang persiapan untuk membuat perjumpaan bekas pelajar SMPT di Melaka.Lokasi perbincangan adalah di Burger King Setia Tropika.
 Barisan tetamu panel yang hadir adalah Jue "Homemade Cookies" , Jack and Jill Harash , "Ziella and the girl" , Along Ct Sifir , "Cham night Run", Diel Adella , Aween wen dan jugak Pak Lurah Eddie.
 Acara bermula jam 830malam tapi perbincangan jam 9malam (macamana tu?).Lama jugak tak makan Burger King jadi sesekali buat mini perjumpaan nie dapatlah merasa.Lokasi Burger King di Setia Tropika nie sangat selesa dan kurang orang jadi senanglah nak berbincang.
Macam RA cakap tadi, lebih pada perjumpaan Mini.Bincangnya sikit je sebenarnya.hehe
Lama juga RA tak jumpa mereka ini.Bukan senang nak kumpulkan ahli-ahli kuat BKK bekas SMPT.Harap-harap perancangan Alumni kita di Melaka berjalan dengan lancar.

Thursday, December 29, 2016

Memori 2016 yang terindah

 Tahun 2016 bakal meninggalkan kita selang beberapa hari sahaja lagi.Banyak kenangan manis pada tahun ini yang tidak dapat RA lupakan.RA memulakan dengan permulaan yang baik pada awal tahun baru 2016 dengan mengerjakan Umrah di Mekah dan ke Madianah.Satu pengalaman yang memang tak akan luput dalam ingatan RA. 
 Seminggu sebelum puasa membuat lawatan ke Tanjung Pinang,Pulau Bintan bersama beberapa saudara baru.Merentasi Selat Singapura bersama feri.
 Ke Gurun Pasir di Pulau Bintan adalah salah satu tarikkan baru di sini.Ia dahulunya nya adalah tapak perlombongan pasir yang mana syarikatnya telah di berhentikan lesen dari membekal pasir ke Singapura.
 Lawatan ke Singapura juga sering kali mendapat sambutan terutama pada musim cuti sekolah.
 Antara tempat yang selalu RA singgah sepanjang tahun 2016 di Singapura.
 Mt.Faber juga sering RA kunjungi bersama-sama tetamu yang lain.
 Kenangan membawa beberapa rakan dan kakitangan pejabat MRSM Muar ke Bandung juga adalah satu kenangan terindah walaupun RA sudah beberapa kali ke Bandung , Kawah Putih adalah lawatan pertama RA.Indah dan cantik sekali kawah putih ini.
 Tahun 2016 juga membawa RA ke Tanjung Buai,Kota Tinggi.Pemandangan jambatan kembar A atau lebih di kenali dengan "Jambatan Double A" yang menghubungkan Desaru dengan Pasir Gudang ini dapat RA rakamkan.Rupanya nak ke sini bukan semua orang tahu.
 Alhamdulillah berkat kerja keras dan mengumpul duit , setelah 2tahun RA singgah sekali lagi di Switzerland tahun 2016 ini.
 Air Terjun Lauterbrunen selalu nampak dalam gambar kat internet tapi tahun ini RA berkesempatan melawatinya.
  Begitu jugak dengan Chapple Bridge yang masih utuh dan mempersonakan.
Tahun ini juga RA dapat mengelilingi tasik Luzern yang sangat mengagumkan.
Pengalaman ke Milan,makan aiskrem dan membeli belah di Zara dan beberapa lagi butik terkemuka di sana pasti RA kenang sampai bila-bila.

Paling romantiknya bila tiba di Venice.Walaupun tidak pergi bersama kekasih tempat ini sangat indah dan cukup mempersonakan.Bagai dalam mimpi pulak bila tempat yang dahulunya RA tonton di tv sejak kecil berada di depan mata RA. 
 Begitu juga dengan lawatan ke Bandaraya Rom yang terkemuka ini.Bangunan Colosseum masih lagi utuh dan tak telan dek zaman ini adalah 1dari 7keajaiban dunia.Dua kali RA ke sini,satu waktu siang dan malamnya sekali lagi.
Semasa perjalanan pulang ke Malaysia pulak RA singgah bermalam di Jordan.Selama 3hari RA berada di sini cukup mengajar RA erti persahabatan.Manusia kadang-kadang hanya mencari kepuasan dan kepentingan diri sendiri tanpa memikirkan perasaan orang lain.Biarlah ianya menjadi peringatan buat RA pada tahun 2016 ini agar berhati-hati di kemudian hari.
 Antara yang menarik semasa lawatan RA ke Jordan ialah melawati Gua Ashabul Kahfi , yang pernah di ceritakan di dalam Al Quran , Mandi manda di Laut mati , Kota Citidel yang dahulunya menjadi singgahsana Hercules semasa penaklukkan Rom di Jordan.
 Dan pengalaman pertama RA merasai bermalam di padang pasir di Wadi Rum tidak akan RA lupakan. 
Keindahan waktu pagi saat matahari terbit di Wadi Rum dan bentuk muka buminya pasti menjadi kenangan terindah buat pertama kali bagi RA.
 Paling tidak dilupakan ialah ke salah sebuah 7 keajaiban dunia iaitu Kota Lama Petra peninggalan dari kaum Thsamud yang pernah di musnahkan kerana menderhakai perintah Allah.
 Penutup bagi akhir tahun 2016 RA ke Kuala Lumpur.Mengimbau kembali kenangan lama semasa RA muda-muda dahulu di sini.Restoran Nasi Ayam Hainan Bukit Bintang selalu menjadi kemestian tiap kali RA ke Kuala Lumpur.Banyak perubahan yang dapat RA lihat di Bukit Bintang.Dahulunya bila ada cuti hujung minggu yang panjang RA selalu ke sini melepak bertemu rakan-rakan lama.
Buat pertama kalinya juga RA menginap di hotel Istana.Hotel 5bintang yang paling lama di Kuala Lumpur.Semua kenangan 2016 pasti tersemat di dalam lubuk hati RA.Moga tahun 2017 akan membawa kita semua muka kejayaan yang lebih lagi.RA ucapkan selamat menyambut tahun baru 2017 dan semoga semua pembaca dan pengikut blog RioAzzaro ini di murahkan rezeki,di panjangkan umur dan di berikan kesihatan.Terima kasih bagi yang menyokong RA selama ini jasamu tidak dapat ku balas.

SELAMAT TINGGAL 2016 DAN SELAMAT DATANG 2017

Friday, December 23, 2016

JJNM : The Harbour Front Cafe

JALAN-JALAN NAK MAKAN THE HARBOUR FRONT CAFE - PUTERI HARBOUR

 Sepatutnya petang tadi RA dan beberapa rakan ke Singapura untuk melihat suasana krismas di Orchard Road.Tetapi di sebabkan kekurangan kenderaan ke sana dan mengelakkan kesesakkan di Tambak Johor kerana cuti umum sempena Krismas terpaksalah kami membatalkan niat ke sana.Jadi malam ini RA dan yang lain-lain melepak di Puteri Harbour makan-makan sambil menonton muzik secara langsung dari kumpulan muzik "Flo Rhythm"
 Hujan lebat dari petang tadi dan nasib baik jam 8malam hujan kembali reda maka dapatlah kami ke sini.Macam biasa ada yang tiba tepat pada masanya dan ada yang tiba lewat.Janji Melayu lah katakan.
 Harga makanan di sini agak sedikit mahal tetapi amat berbaloi dengan apa yang di persembahkan.Ada pertunjukkan muzik secara langsung dan suasa yang santai dan terbuka.
 Lama tak berkumpul macam ini jadi masa yang ada di gunakan sebaikny.Makan , bergambar , gosip-gosip dan tak lupa juga sibuk menyanyi bersama kumpulan Flo Rhythm.
 Nampak tak suasananya santai di sini? Ada 2 restoran di sini.Kedua-duanya merupakan pemilik yang sama cuma kedai yang di sebelah sini tidak menyajikan arak sementara kedai di sebelah nya menyediakan minuman keras. 
 Amboi amboi amboi.....
 Ini adalah pilihan RA iaitu Fish & Chip yang berharga RM32.00.Sedap memang sedap tapi isi ikannya sangat kecil.
 Salad ini cubaan pertama Min untuk mengurangkan makan malamnya.
 Grill Chicken Chop dengan sos lada hitam ini pulak berharga RM 35.00 sepinggan.Memang sedap dan menjadi pilihan anak-anak abg Mork dan Olie.....
 Nasi Goreng Kampung yang agak unik di hidangkan bersama ayam goreng, keropok , Sayur goreng dan telur puyuh ini berharga RM22.00.Pilihan Abang Mork dan Olie.
Senarai harga makanan dan menu di The Harbour Front.Jumlah makanan kami 11orang malam ini adalah RM363.00 untuk makanan dan RM67.84 untuk minuman.
 Jam 12tengah malam masih lagi di sini dan mengambil kesempatan bergambar ala-ala "Boy Band" yang kertu.
 Entah apa yang di tengok kat bawah dan atas tu pun tak tahu lah.
 Mak-mak dengan anak-anak pun sama...termasuk lah bapak-bapak yang suka membuat "Trademark" cinta konon.
Oklah kalau melayan mereka nie semua bergambar memang sampai ke pagi lah RA tak balik rumah.Semua memang kaki bergambar apa saja nak di abadikan di kamera masing-masing.Tahun depan korang nak buat kalender tak?? hahaha.Selamat Malam Johor

Thursday, December 1, 2016

Novel ini sangat bagus

RA berkesempatan ke Plaza Angsana Ahad lepas ke pesta pamiran KPDNKK.Kat sana RA ke Booth penjualan buku dari syarikat PTS.Ada promosi buku RM10 sebuku.Apa lagi sambar lah 3buku nie.Bukan senang nak dapat beli buku semurah tu kalau bukan harga promosi.
RA dah pun habis baca buku pertama nie.Memang terbaik dan RA dapat mengenali lebih dekat siapa itu Imam Syafie.Iaitu pengasas Mazhab Syafie yang Masyarakat Malaysia amnya amalkan.Sedikit pengenalan mengenai Imam Syafie.Beliau di lahirkan di Palastine.Menghafal Al Quran seawal umur 9 tahun.Di benarkan mengeluarkan fatwanya sendiri oleh gurunya semasa berumur 15tahun sewaktu mengajar di Masjidil Haram.Banyak masanya dihabiskan dengan menuntut ilmu dari segenap pelusuk arab.Beliau juga anak murid kepada Imam Malik dan berjaya menghafal kitab AL-MUWATHTHA (karangan Imam Malik) pada usia 12 tahun sebelum ke Madinah untuk berguru dengan beliau.Banyak pengajaran yang dapat RA belajar dari sejarah hidup Imam Syafie ini.Satu naskah yang patut di baca oleh anda semua.Selamat membaca.

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....