Tahun 2016 bakal meninggalkan kita selang beberapa hari sahaja lagi.Banyak kenangan manis pada tahun ini yang tidak dapat RA lupakan.RA memulakan dengan permulaan yang baik pada awal tahun baru 2016 dengan mengerjakan Umrah di Mekah dan ke Madianah.Satu pengalaman yang memang tak akan luput dalam ingatan RA.
Seminggu sebelum puasa membuat lawatan ke Tanjung Pinang,Pulau Bintan bersama beberapa saudara baru.Merentasi Selat Singapura bersama feri.
Ke Gurun Pasir di Pulau Bintan adalah salah satu tarikkan baru di sini.Ia dahulunya nya adalah tapak perlombongan pasir yang mana syarikatnya telah di berhentikan lesen dari membekal pasir ke Singapura.
Lawatan ke Singapura juga sering kali mendapat sambutan terutama pada musim cuti sekolah.
Antara tempat yang selalu RA singgah sepanjang tahun 2016 di Singapura.
Mt.Faber juga sering RA kunjungi bersama-sama tetamu yang lain.
Kenangan membawa beberapa rakan dan kakitangan pejabat MRSM Muar ke Bandung juga adalah satu kenangan terindah walaupun RA sudah beberapa kali ke Bandung , Kawah Putih adalah lawatan pertama RA.Indah dan cantik sekali kawah putih ini.
Tahun 2016 juga membawa RA ke Tanjung Buai,Kota Tinggi.Pemandangan jambatan kembar A atau lebih di kenali dengan "Jambatan Double A" yang menghubungkan Desaru dengan Pasir Gudang ini dapat RA rakamkan.Rupanya nak ke sini bukan semua orang tahu.
Alhamdulillah berkat kerja keras dan mengumpul duit , setelah 2tahun RA singgah sekali lagi di Switzerland tahun 2016 ini.
Air Terjun Lauterbrunen selalu nampak dalam gambar kat internet tapi tahun ini RA berkesempatan melawatinya.
Begitu jugak dengan Chapple Bridge yang masih utuh dan mempersonakan.
Tahun ini juga RA dapat mengelilingi tasik Luzern yang sangat mengagumkan.
Pengalaman ke Milan,makan aiskrem dan membeli belah di Zara dan beberapa lagi butik terkemuka di sana pasti RA kenang sampai bila-bila.
Paling romantiknya bila tiba di Venice.Walaupun tidak pergi bersama kekasih tempat ini sangat indah dan cukup mempersonakan.Bagai dalam mimpi pulak bila tempat yang dahulunya RA tonton di tv sejak kecil berada di depan mata RA.
Begitu juga dengan lawatan ke Bandaraya Rom yang terkemuka ini.Bangunan Colosseum masih lagi utuh dan tak telan dek zaman ini adalah 1dari 7keajaiban dunia.Dua kali RA ke sini,satu waktu siang dan malamnya sekali lagi.
Semasa perjalanan pulang ke Malaysia pulak RA singgah bermalam di Jordan.Selama 3hari RA berada di sini cukup mengajar RA erti persahabatan.Manusia kadang-kadang hanya mencari kepuasan dan kepentingan diri sendiri tanpa memikirkan perasaan orang lain.Biarlah ianya menjadi peringatan buat RA pada tahun 2016 ini agar berhati-hati di kemudian hari.
Antara yang menarik semasa lawatan RA ke Jordan ialah melawati Gua Ashabul Kahfi , yang pernah di ceritakan di dalam Al Quran , Mandi manda di Laut mati , Kota Citidel yang dahulunya menjadi singgahsana Hercules semasa penaklukkan Rom di Jordan.
Dan pengalaman pertama RA merasai bermalam di padang pasir di Wadi Rum tidak akan RA lupakan.
Keindahan waktu pagi saat matahari terbit di Wadi Rum dan bentuk muka buminya pasti menjadi kenangan terindah buat pertama kali bagi RA.
Paling tidak dilupakan ialah ke salah sebuah 7 keajaiban dunia iaitu Kota Lama Petra peninggalan dari kaum Thsamud yang pernah di musnahkan kerana menderhakai perintah Allah.
Penutup bagi akhir tahun 2016 RA ke Kuala Lumpur.Mengimbau kembali kenangan lama semasa RA muda-muda dahulu di sini.Restoran Nasi Ayam Hainan Bukit Bintang selalu menjadi kemestian tiap kali RA ke Kuala Lumpur.Banyak perubahan yang dapat RA lihat di Bukit Bintang.Dahulunya bila ada cuti hujung minggu yang panjang RA selalu ke sini melepak bertemu rakan-rakan lama.
Buat pertama kalinya juga RA menginap di hotel Istana.Hotel 5bintang yang paling lama di Kuala Lumpur.Semua kenangan 2016 pasti tersemat di dalam lubuk hati RA.Moga tahun 2017 akan membawa kita semua muka kejayaan yang lebih lagi.RA ucapkan selamat menyambut tahun baru 2017 dan semoga semua pembaca dan pengikut blog RioAzzaro ini di murahkan rezeki,di panjangkan umur dan di berikan kesihatan.Terima kasih bagi yang menyokong RA selama ini jasamu tidak dapat ku balas.
SELAMAT TINGGAL 2016 DAN SELAMAT DATANG 2017
No comments:
Post a Comment