Saturday, November 5, 2016

Switzerland aku datang

Setelah menempuh penerbangan hampir 20jam (kalau penerbangan lain cuma 15jam je) akhirnya RA tiba di kota Zurich jam 245petang.En Sori dan keluarganya telah lama tiba dan menanti kami di balai ketibaan.Kami terus menuju ke kanter bawah untuk membeli tiket keretapi ke Luzern.Perjalanan dari lapangan terbang Zurich ke Luzern mengambil masa sejam setengah sahaja.Selain kepenatan di dalam pesawat kami mengalami gangguan ritma harian atau lebih di kenali dengan "JET LAG".Setibanya di Luzern kami keluar station untuk menaiki bas untuk ke tempat penginapan.En Sori dan keluarganya bermalam di Ibis Styles Hotel (kira-kira 800meter dari station keretapi),Manakala RA dan rakan-rakan bermalam di rumah Naema.
 Walaupun hujan turun agak lebat menyambut ketibaan kami di Luzern.Tapi ini tidak menghalang keterujaan Danny dan Daus untuk bergambar dalam kebasahan.
Bagi Danny, Daus dan keluarga En Sori ini adalahlah pengalaman pertama mereka di sini.Setelah urusan daftar masuk keluarga En Sori di hotel selesai kami ke Pasaraya COOP yang berhampiran dengan station keretapi untuk membeli stok makanan selama 5hari.hehe
Banyak sungguh jenama Cheese dan Cheedar di jual di sini.Stok makanan yang RA beli termasuklah Beras dan makanan beku.Naema pelawa kami makan di rumahnya.Tiba di rumah Naema dah pukul 7malam.Malam ini katanya nak masak pizza Salmon. musim sejuk tiba jam 530petang dah gelap di sini. 
Sesi suai kenal Daus & Danny dengan Naema dan Mirco di adakan selepas makan malam kami selesai.Jam 9malam RA dah tidur,Jumpa esok sebab kami akan ke Gunung Titlis main salji.

Friday, November 4, 2016

Selamat Tinggal Malaysia

Hari ini masa yang di tunggu-tunggu pun tiba.Hampir 2bulan perancangan telah di buat bersama rakan RA iaitu Danny dan Daus dan hari ini penerbangan pertama kami mengunakan Royal Jordanian Airlines.Bertolak dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur untuk mengambil penerbangan ke Amman,Jordan.Sehari sebelum berlepas RA mendapat sms dari pihak Royal Jordan Airlines mengatakan penerbangan kami dari KL di tunda dari jam 11malam ke 4pagi.Memandangkan tiket JB-KL dah pun beli awal , kami tiba di KLIA seawal jam 8malam.
En Sori dan keluarganya antara peserta lawatan RA dah lama menunggu RA di lapangan terbang.Dia dah keluarganya mengambil penerbangan Turkish Airlines bertolak dari KLIA jam 1130malam.RA yang masih menunggu penerbangan awal pagi terpaksalah menangguk di KLIA sambil menonton TV di balai berlepas dan merehatkan badan sekejap di sofa.Royal Jordan belanja kami kupon makanan Burger King berjumlah RM20 sebagai tanda maaf atas kelewatan penerbangan.
Jam 415pagi penerbangan yang di janjikan bertolak dari KLIA terus menuju ke Amman,Jordan.Walaupun masih lagi dalam keadaan mengantuk ku ikuti jugak bersama rakan-rakan RA memasuki pesawat.Masuk dalam nie mesti tidur nyenyak punya.
Beginilah keadaan dalam pesawat Royal Jordanian Airlines.Aturan kerusi adalah 3-3-3 dan kami bertiga dapat kerusi yang dekat dengan tingkap.Sukalah Danny dapat duduk tepi tingkap.Penerbangan KL-AMMAN mengambil masa 10jam 20minit.Adoyai lamanya....
Sejam selepas pesawat berlepas RA di kejutkan untuk makan malam di dalam pesawat yang di hidangkan oleh peramugari dan pramugara.Agak sedikit kelam kabut cara mereka menyajikan makanan kepada penumpang yea dan tidak berapa mesra sangat.Mungkin kerena mereka letih melayan penumpang pada awal pagi.Menu pagi itu cuma roti dan buah-buahan,manakala menu kedua di hidangkan 6jam kemudian dengan menu pilihan lauk Ayam atau daging.RA pilih ayam.
Alhamdulillah setelah 10jam penerbangan , RA selamat tiba di Lapangan Terbang Amman jam 8pagi.Lagi sekali keadaan kelam kabut berlaku di kaunter pertukaran.Kami perlu mendapatkan Pass masuk ke penerbangan seteruskan di kaunter ini.Cara mereka mengedali penumpang di kanter agak kelam kabut.Ramai penumpang yang tidak berbaris dan ada yang memotong barisan di layan oleh petugas kaunter.Nasib baik penerbangan RA yang seterusnya bertolak jam 1110pagi,kalau awal mau jugak RA memotong barisan.Akhirnya kami semua mendapat pass untuk penerbangan seterusnya jam 9pagi dan terus melepasi pemeriksaan kastam serta naik ke tingkat atas untuk penerbangan seterusnya ke Zurich.
Sempat pulak si Danny ini menangkap gambar.Masa ini masing-masing dah tak tahan cari tandas untuk melepaskan hajat dan untuk mandi.hehehe.Baikkkkk penerbangan seteruskan di teruskan ke Zurich jam 1110pagi.Nantikan kisahnya di keluaran seterusnya

Sunday, October 9, 2016

Johor Lama dan Tanjung Buai

 Sambungan selepas makan Belangkas dan masakkan kampung kat Kedai Makan Ibrahim.Kami meyambung perjalanan kami ke Kota Johor Lama yang terletak tak berapa jauh dari Teluk Sengat.Dari sini RA dapat lihat jembatan yang menghubungkan Desaru-Pasir Gudang dari kampung Teluk Sengat.
Tak jauh dari Kampung Teluk Sengat terdapat sebuah muzium di daerah yang di label kan sebagai kawasan Kota Johor Lama.
 Menurut sejarah dan kisah penduduk asal di sini , kawasan ini dahulunya adalah penempatan dan pusat Pentadbiran Kerajaan Johor Lama.Terdapat kubu pertahanan berhadapan dengan muzium ini yang masih seperti dahulu.Pengunjung yang menziarahi muzium ini akan mengetahui sejarah dan asal usul kerajaan Johor Lama. 
 Terdapat barangan lama yang masih di simpan di sini.Antaranya barangan seramik Cina dan Jepun , barangan tembaga , keris semenanjung dan bugis , batu nesan lama seni Aceh dan beberapa lagi alatan senjata zaman keSultanana Johor Lama.
 Ini Keris Bugis , dulang dan periuk tembaga yang mereka temui di tapak arkologi pada tahun 1959.
 Menurut penduduk kampung di sini , terdapat banyak barangan lama yang tertimbus dan masih lagi boleh di dapati sehingga sekarang kadang-kadang muncul di belakang rumah mereka atau di dalam semak jika di cari.Tapi kebanyakkan di serahkan kepada pihak muzium.
 Selesai melawat muzium Kota Johor Lama , Kami ke Tanjung Buai.RA pun tak pasti apa sebenarnya ada di sini jadi RA ikut sahaja lah kereta yang di pandu oleh Haji Firdaus nie.Perjalanan ke sini amat mencabar kerana melalui jalan kelapa sawit yang agak sempit tapi pemandangan di sini sangatlah menjanjikan.
 Kami tiba di Kampung Tanjung Buai jam 230petang.Terus ke warong terapung dan menikmati Rojak Tahu dan minuman.
 Memang terbaik mengeteh di sini, dengan angin bertiup kencang menu lazat dan pemandangan tanjung yang amat permai.Sesekali nampak nelayan pulang menaiki bot ke tepi jeti.Indah dan sangat menjanjikan.Katanya kedai makan terapung ini baru je beroperasi sebulan yang lepas.Tak jauh dari kedai ini ada Chalet Rakit Jojo yang menjadi viral di halamam MukaBuku tu.
RA tak tipu inilah pemandangan menarik sewaktu pergi dan pulang ke Tanjung Buai.Memang mengasikkan dan menjanjikan hahaha.Terima Kasih Haji Firdaus bawa kami jalan-jalan ke sini

JJNM Kedai Masakan Kampung Ibrahim

J.J.N.M : JALAN-JALAN NAK MAKAN
KEDAI MASAKAN KAMPUNG IBRAHIM 

- TELUK SENGAT KOTA TINGGI -

 Atas undangan rakan RA yang berada di Kota Tinggi iaitu Haji Firdaus, maka pagi Ahad tadi RA dan juga rakan RA Danny bertolak ke Kota Tinggi.Kata Firdaus ada masakan sedap yang dia nak bawa RA dan Danny makan kat Teluk Sengat.
Menu utama kat kedai ini ialah Belangkas dan Siput gonggong.Kami bergerak dari rumah Firdaus seawal jam 11pagi dan perjalanan mengambil masa 20minit dari Bandar kota.Kedai kawan katanya,nama tempat makan ini "Kedai Masakan Kampung Ibrahim".Pelanggan seawal jam 10pagi dah datang ke kedai ini.
 Alhamdulillah kami dah tempah awal-awal.Menu kat sini ada macam-macam , tapi yang popular ialah Belangkas , Ikan Bakar , Siput Gonggong dan Ketam Bangkang.Perghh memang langkah kanan lah kami sampai-sampai je menu dah tersedia atas meja.hehehehe.Apa lah ngaplah....
 Asam pedas Ikan Pari ini memang sedap.Kuahnya pekat likat rasa asamnya menusuk kalbu.Nie masa RA tulis blog nie pun telan air liur je tengok gambar ini.Kuah dia siap RA hirup yea,memang Asam Pedas Johor Asli punya.
 Belangkas ini cubaan pertama RA.RA tak reti makan belangkas ini, tapi pagi tadi cuba-cuba belajar makan.Ternyata isinya rasa seperti Ketam,dan sedap.Memandangkan percubaan pertama RA makan 3ketul jek.
Si Danny dan Firdaus selamber je makan belangkas nie.Haa ini telur belangkas, nampak tak biji-biji kuning tu...tu lah telurnya.Rasa kenyal-kenyal macam "fishball" pun ada.RA sambar satu ketul je,sebab belum biasa lagi makan banyak-banyak.
Kalau siput gongong nie memang RA dah biasa makan.Dulu mula-mula tak reti jugak makan.Tapi lama-lama bila dah pandai makan abis berketul-ketul RA congkil isinya makan.Si Danny tak pernah makan lagi jadi dia perlahan je makan siput ini,tapi belasah Belangkas macam nak rak.
 Antara menu lain yang ada atas meja kami ialah Ikan Siakap Bakar.Tu kat hujung tu dah di belah dia dan di letakkan sambal ikan bakar cecah dengan limau nipis.
Hahaaaa ini menu wajib RA.Ada sotoang baru selera nak makan.Ada 4 kan?? RA makan dua...yang lagi dua si Danny dan Firdaus bagi sama rata hahaha..Oh yea hari ini Ketam Bangkang takde lah pulak.Jadi makan lah semua menu di atas ini dengan sayur Urap dan sambal belacan.Memang meletop habis.Nasi tambah 2kali yea.Kalau anda semua nak ke sini bolehlah ikut jalan Kota Tinggi - Pengerang.Cari simpang tiga Jalan Teluk Sengat nanti nampaklah kedai makan masakan Kampung Ibrahim di tepi jalan simpang tiga tu.Oh yea Terima Kasih Firdaus belanja kami makan dan kenalkan kedai dan tuan kedainya sekali.Makanan kat sini memang bestttt!!!!

Monday, October 3, 2016

Hai Aryan dan Aryanna

Wah beruntung sungguh rakan RA sebab baru-baru ini dapat anak kembar sepasang pulak tu.Seorang bayi lelaki dan sorang lagi bayi perempuan.
Haa nampak tu masing-masing mempunyai berat badan yang berbeza.
 Wah kau Kak Ros kalau bab nak dukung bayi leh kasi kat kau dulu eh...Yang bayi perempuan namanya Nur Aryanna 
Ini semua gambar bayi yang sempat RA rakamkan.Yang lelaki namanya Muhamad Adi Aryan Bin Rozaide & yang perempuan namanya Nur Adira Aryanna Bin Rozaide.Tengok tu Aryanna tersenyum jek kena dokong dengan RA.
Masa untuk susukan anak.Jadi RA mula letakkan semula kat katil dan beri pada ibunya untuk susukan mereka.
Buat rakan baik RA pasangan Eddie & Nanie...tahniah RA ucapkan.Moga kehadiran kembar ini menyerikan lagi rumah tangga kalian.Majulah sukan untuk negara..hehehe

Sunday, October 2, 2016

Santai hujung minggu

 Pulang dari minum petang di Holiday Villa Subang , RA bersambung pulak ke Forest City Johor Bahru.Memandangkan hari ini cuti sempena Awal Muharam ramai yang bekerja di sektor kerajaan datang bersantai di sini.Maka bertambah lah sesaknya tempat meletak kereta di sini.Kali ini ke sini bersama geng-geng mengeteh yang ada di JB.Ayah RA pun sibuk nak ikut jadi bawak lah dia sama.
 Sampai pun dah nak margrib ini pun gara-gara kesesakkan jalan nak ke sana.Orang terlalu ramai jadi RA sempat bergambar di ruang pamiran utama je lah.
Bila perut dah kembali lapar kami keluar dari Forest city dan menuju ke Restoran Habib Tampoi Utama.Tempat lepak mengeteh nostalgia kami semua.Menu biasa yang di pilih Mee Goreng + Mee hoon goreng.Milo dan Teh O ais kat sini memang sedap weyyy....

JJNM : Fern Pine Cafe Holiday Villa JB

J.J.N.M : JALAN - JALAN NAK MAKAN
FERN PINE CAFE HOLIDAY VILLA HOTEL JB

Cuti Awal Muharam hari ini RA ada pertemuan merangkap berbincangan tentang beberapa program dengan Danny dan Firdaus sabil jalan-jalan cari makan minum petang (high tea) di Fern Cafe Holiday Villa.
Harga bufet makan petang di sini ialah RM60.00 nett dan pelbagai menu masakkan tempatan , barat dan Jepun di sediakan.Ada sushi , satey , kari daging , Udang goreng tepung , Mee hoon , ABC dan macam-macam lagi lah.
Ini makanan pertama yang sempat RA sambar tadi.Maklumlah tak leh masuk sekali gus kena makan sikit-sikit.

Ini pulak makanan pusingan ke2 yang di sambar.Bebola daging , paru , udang masam manis , lala dan ABC.Makan 3pingan je perut dah kenyang.Nanti kalau tambah lagi tak leh nak berbincang pasal projek dengan mereka lak.
Kafe ini terletak di tingkat 9 hotel Holiday Villa dan pemandangan dari atas memang cantik kerana restoran ini bertingkap kaca.Untuk meja berpasangan di letakkan berhampiran dengan cermin sambil menikmati suasana bandaraya Johor Bahru dari atas.
Agak lama juga kami berbincang dan makan di sini.Bayangkan dari jam 1230tengahari sampai jam 330petang baru kami beransur keluar.Alhamdulillah ruang solat di tingkat 10 di sediakan oleh hotel.Lepas sahaja bersolat Zohor RA ke tingkat 28 yang mana terletaknya kolam renang dan ruang santai sambil menikmati pemandangan Bandaraya Johor Bahru.
Di atas tingkat 28 ini terletak Pub,bistro dan kedai karaoke dan hanya di buka dari jam 530petang.Yang kaki lepak tu boleh lah ke tingkat 29.Pemandangan waktu malam pasti menjanji bagi pengunjung yang datang ke sini.Lain kali boleh lah makan malam di sini pulak. 
 

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....