Monday, June 8, 2015

Perth Hari ke 4

Perrh,diam tak diam dah 4hari pun RA di Perth.Pagi ini katanya nak ke Sorrento Quay.Jadi siap-siap dah berselfie/wefie dulu di luar kediaman.Dari tempat kami tinggal ke Sorrento ini tak jauh sangat pun.Sekitar 15minit perjalanan jek.Sorrento ini tempat lepak tepi pantai dan juga di sini terletaknya Underwater World Perth,cawangan yang sama di buka di Langkawi.

Dulu di sini katanya tempat pemunggahan hasil laut.Tapi di naik taraf menjadi daya tarikkan pelancung dalam dan luar negara.Bot - bot persiaran banyak terdapat disini.Kafe-kafe dan kedai-kedai cenderamata juga banyak.Kita macam kat DangaBay lah gitu.

Berpeleseran dengan kamera sendiri lah gamaknya.Dah masing-masing cari tempat baik untuk menikmati suasana sejuk di sini.

Yang gambar atas tu resort-resort ala rumah persinggahan.Dan gambar di bawah ini antara barangan cenderamata yang di jual di beberapa kedai di sini.

Sekali pandang macam kat eropah la pulak.hehe.Di hujung resort ini lah terletaknya Underwater World.Tapi tak ke sana pun sebab tak dapat sambutan dari ahli ahli majlis rombongan.hehe

Haa ini dia tokeh besar bergambo dengan RA merangkap Pengerusi jawatankuasa rombongan Cik Senah ke Perth.

Pulang dari Sorento , kami ke Pasaraya berhampiran di sekitar penginapan kami.Nak membeli belah sambil tengok-tengok pasaraya di sini katernya.Kalau kat Johor Bahru bolehlah di kenali sebagai Giants Hypermarket.

Sempatlah RA sambar beberapa coklat dan kopi Perth di sini.Jam 6petang mall akan di tutup.Senang betul orang Perth ini.Kalau kat Malaysia memang kena keja lah sampai jam 10malam.Oh yea nama.

Dari sini kami singgah ke kilang menjual barangan cenderamata.Harga yang di tawarkan sangat murah jika beli di luar.Contoh topi Australia ini kalau jual di Bandar mau AUD20.Kat sini cuma AUD5 sahaja.Murah kan? Beli dengan harga kilang a.k.a Borong.

Tiba di rumah kami di jamu dengan makanan istimewa dari keluarga di Perth.

Haaa menu utama malam ini daging Australia bakar.Perrhhh memang lembut daging Australia ini.Masak 'well done' atau apa saja memang menjanjikan.Bakar guna dapur BBQ elektronik yea...Kalau nak beli kat Johor memang berribu harga nya.Tapi kat Perth harga lepas tukar duit Malaysia baru RM500.Murahnyaaa

 Daging dah dah siap di bakar.Makan macam tu je denghan sos BBQ atau tomato.Makan masa cuaca sejuk di luar memang memberikan kenangan yang tak dapat di lupakan.

 Tu dia Kak ros dan anak buah Eddy dah rasmikan dulu makan daging bakar.Tengoklah sosage si Eddy masak sam[ai hangus hangus hehehe.

 Selain daripada daging bakar,kami di jamu pulak dengan Pizza dan Lasagna.Memang betul-betul di jamu sepuas puasnya betul.Rasa dah macam perjumpaan hari raya pulak.

Jam 11malam semua dah kekenyangan.Masing-Masing masuk bilik dan tidur dalam ke dingin cuaca Perth dan kekenyangan perut kami.

Sunday, June 7, 2015

Padang Pasir Pinnacles

 Selamat pagi....Hari ini perjalanan RA dan yang lain-lain agak jauh sikit.Perjalanan kami di jangka mengambil masa 2jam.Kali ini kami bergambung dengan keluarga dari Singapura yang bermalam di rumah adik Imran.Sebelum tu amik gambar sikit kat depan kereta adik Imran ini kejap.Sebab apa? sebab suka tengok no pendaftaran kereta dia nie.

Singgah umah Mak Wan dan Pak Wan kejap sebab nanti ada separuh nak tumpang naik kereta Pak Wan.Tu yang semua keluar sekejap bergambar depan Mak Wan nie.

 Ikut lebuhraya di Perth ini had maksium 90-100km/sejam je.Kalau laju memang kena saman lah jawapnya sebab polis mereka ada di mana-mana.Paling di benarkan bawak sampai 110km/sejam adalah lebuh raya yang paling hampir dengan pantai.Kalau mengantuk baik tukar pemandu sebab pemandangan banyak padang-padang lapang jek.

 Akhirnya setelah 2jam menempuh perjalanan dalam keadaan mengantuk , kami tiba di Taman Negara Nambung untuk melihat padang pasir Pinnacles.Kenderaan yang masuk di kenakan bayaran.Lupa pulak harganya,tapi berbaloilah kot.

 Bongkah-bongkah batu ini dulunya berada di bawah tanah,tapi akibat kebakaran hutan dan hakisan angin sejak berjuta tahun dulu menyebatkan hanya batu-batu sahaja.Agak besar jugak kawasan ini kalau jalan kaki mahu jenuh.orang Melayu kt Perth panggil sini padang batu nisan haha.

 Haa tu dia KongFu 3 dah keluar.Siap bertapa lagi.

 Rombongan Cik Kiah tidak melepaskan peluang bergambar dan berpeleseran ala-ala bintang Bollowood di sini.

Nah RA belanja video yang sempat RA rakam.Ada dua Video,leh tengok yang lagi satu kat bawah

Cantik sangat pemandangan kat sini.Angin memang bertiup kencang.Walaupun dah tengahari tapi suhu masih lagi dalam 20'c.Ala-ala sejuk waktu hujan turun kat Malaysia malam-malam.

 Bongkah-bongah yang di tangkap di lensa kamera RA.

 Nak ke galeri boleh lalu di sini Kak Ros dan Putra masih lagi nak bergambar.

 Nampak tak? datang sekali sekali je jadi jangan lupakan peluang untuk bergambar di sini.Biar habis memori dalam kamera tu gambar tetap amik.

 Haa yang ini pulak padang pasir putih yang berkumpul di satu-satu kawasan di tepi lebuhraya.Ini lah akibat hakisan angin yang membawa pasir-pasir ini berkumpul di satu-satu tempat.Kami nak sangat berhenti di sini tetapi terpaksa mengejarkan masa sebelum jam 5petang ke ladang perusahaan Udang Lobster.Tapi akhirnya terpaksa akur dengan masa sebab tiba dah jam 530petang semuanya dah tutup.

 Setelah mengucapkan terima kasih kepada adik Imran , lawatan di teruskan di rumah sepupu Eddy.RA pun tak pasit kat mana,main ikut je belakang kereta diaorang sebab mereka sekeluarga nak jamu kami makan malam.Alhamdulillah murah rezeki tuan rumah.Banyak makanan yang di jamunya kami.Dah macam pergi rumah terbuka hari raya pulak.Ada ketupat,rendang dan kari.menu yang lain seperit mee goreng dan mee kari pun ada.Cuaca bila dah malam mula lah turun ke 15'c,masing-masing makan di ruang dapur belakang rumah yang sangat lapang.Yang lain tu ada makan di dalam rumah sebab tak tahan sejuk.RA ok je sejuk-sejuk nie..lagi sejuk lagi bagus hehe.Jam 9malam kami meminta izin untuk pulang.Esok ada lawatan lain yang akan kami teruskan.

Saturday, June 6, 2015

Perth Kami datang Hari 2

Pagi-pagi kucing nie dah duduk depan kereta sewa RA.Kucing kampung je tu tapi gemuknya bukan main lagi.Sewa kereta di Perth nie guna lesen memandu Malaysia je cukup.Lagi satu stering keretanya sama dengan Malaysia (belah Kanan).Jadi takde masalah.

Hari ini kami nak gerak ke Cavesham Wildlife Park.Kalau mereka yang naik keretaapi tu bolehlah berhenti di hentian Whiteman Park.Jauh jugak tempat letak kereta dia dengan taman haiwan ini.Ada lapangan tempat lepak yang luar bersebelahannya.Nanti keluar dari taman haiwan ini bolehlah lepak makan di situ.

Tiket masuk untuk dewasa AUD$26/Kanak-kanak & warga emas AUD11.50.Jadi sediakan wang secukupnya yea.

Kat dalam ini ada macam-macam binatang yang kita tak dapat di Malaysia.Kanggaroo lah , Wombet lah , Beruang Koala lah , Tasmanian Devil la dan macam-macam lagi.Lihat dan sentuh sendiri binatang ini sebab pengunjung memang di berikan kebenaran untuk masuk ke dalam kadang mereka.

Nak bagi makan kangaroo pun takde masalah.Binatang ini memang di biarkan melata di dalam taman yang luar di kelilingi pagar.

Wombat ini sekali pandang macam khinzir...tapi ia adalah sejenis binatang yang sangat comel tapi cepat sensitif.Beruang Koala lagi lah kekwat.Masa dia tidur kita tak leh pegang dia.Nak amik gambar pun ikut masa dan saat dia dah bangun tidur.Selebihnya dia tidur je kat dahan pokok.

Budak ini sangat untong wooo...nasib baik cepat seminit je kalau lambat memang tak dapat bergambar dengan Koala ini.Tu pun malu-malu miow pulak,suruh pegang dia segan macam ayahnya hakhakhak.

Ok,ini adalah antara binatang-binatang yang terdapat di sini.Leh jumpa dan amik gambar dekat-dekat tapi jangan sergah nanti ke cakau.

Ular antara binatang yang sedap di pegang.Sebab kulitnya lembab dan sesuai untuk terapi.

Tu dia....sesi memberi makan kangaroo.Nasib baiklah tak kena tinju dengan kangaroo.

Macam yang RA cakap tadi.Kat dalam ini sesi berkenalan dengan binatang memang terbaik.Pengunjung bebas bergambar dengan binatang di sini (yang tak buas lah)

Eh...?? apa polak abang eddy kita nie buat dengan mat salleh kat depan pentas pertunjukkan memotong bulu kambing ini? Oooo sesi mengoncang air susu mengunakan baldi.Pandai ker abang Eddy cakap orang putih tu?? takpelah "little little bit" pun ok jugak tu janji paham.

Amik gambar dengan Wombat memang wajib amik.Binatang ni macam anak patung je.Sedap klu dapat peluk,tapi diaorang kasi pegang kaki dia jek..hampeh.Perut dah lapar dah nie...jam 2petang kami keluar dari wildlife park ini menuju ke taman readah bersebelahan.

Taman riadah dah rekriasi ini sangat bersih.Bekalan makanan dah pun di sediakan dari rumah tadi.Memang masing-masing dah kelaparan tahap Koala dah nie,dalam 10minit semua menu dalam bekas makanan abis di sapu.Maklumlah sejuk-sejuk ini cepat lapar.hehehe

Perut dah kenyang kami meneruskan perjalanan ke Kilang Coklat Margaret River  dan Ladang Anggur terkenal iaitu Hunter Valley.Di sini pastikan jika nak ambil gambar dekat moto-moto besar jangan di pegang moto itu.Cukupkan bergambar di tepi sahaja.Kang tak pasal-pasal kena jerit dengan pemilik moto.tak gitu Kak Ros? hehe 

Pergh coklat-coklat kat sini memang sedap-sedap.Harga pun boleh tahan mahal.Bayangkan beli dekat 5biji coklat harga dah mencecah RM20.Kat Malaysia coklat pun jarang makan hakhak.

Nie dia ladang anggur Hunter Valley yang terletak bertentangan dengan Kilang Coklat Margaret River.Nak lintas kena hati-hati sebab laluan agak sibuk juga.

Hai Kak Ros dapat anak angkat baru lagi satu ke? Abis kangaroo tu di per kangarookan oleh kak ros.Korang tak aci kan gambar aku kat Hunter Valley nie korang tak bagi-bagi.Nie muat naik gambar korang je...buat bentuk hatilah apa lah...hehe.Cerita nie ber sambung ke malam pulak.Selepas di wildlife park kami pulang berehat sebentar sebelum meneruskan perjalanan ke King Park.Nak lihat suasana kotaraya Perth di waktu malam katernya.

Inilah dia King Park , salah satu tempat wajib lawat jika ke Perth.Malam ini cuaca jatuh ke 6darjah celsius.Sejuk wooo.

Dari sini dapat lihat kotaraya Perth dengan jelas sebab King Park ini terletak di atas bukit.Kalau nak berendut pun boleh kat sini. 

 Antara aksi aksi lagak ngeri yang dapat di rakamkan tadi.Muka penat terus hilang dek kedinginan malam.

 Kak Ros Oh Kak Ros, mana-mana anda pergi mesti dapat anak angkat.Nie anak angkat mana pulak yang terlebih aktif bergambo dengan kau yea kak.

 Aksi bercumbu-cumbuan di tempat awam.Maklum lah kat obersea , tak kena tangkap basah katernya hehehe.

Apapun inilah dia cerita di King Park.Cukup indah,cukup dingin dan wajib dilawati.Jangan lupa singgah ke sini jika ke Perth.

Friday, June 5, 2015

Perth Kami Datang

Akhirnya masa yang di tunggu telah tiba.Bertolak seawal 630pagi dari Lapangan Terbang Senai, RA beserta keluarga besar Eddy (rakan sekolah) dan Isterinya Nani kje Perth Australia.Nak bertolak awal pagi jadi kami semua ramai yang tidak tidur malam semalam,takut terlajak tidur tertinggal kapal terbang.Jam 530pagi dah tiba di Senai walaupun ada yang tertinggal bag duit di rumah,kami gagahi juga untuk daftar masuk pesawat.

 Alhamdulillah jam 330petang waktu Perth (sama je dengan waktu Malaysia) kami semua selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Perth , Australia.

 Pengalaman mereka yang pertama kali menaiki pesawat MAS untuk penerbangan jarak jauh sangat-sangat mengujakan.(selalu amik penerbangan domestik je dengan Mas)

 Tiba je kami terus bergegas ke immigasi untuk pemeriksaan pasport dan visa.Keluar sahaja kami di sambut oleh saudara mara Eddy yang telah lama menunggu.Kami di bawa menaiki MPV ke kawasan perumahan yang di namakan Mirrabooka.

 Sampai-sampai terus bergambar , berselfie katernya.Cuaca kat sini sangat dingin dalam 17'c.Tu yang semua berpeleseran dengan baju sejuk masing-masing,Tak sempat masuk rumah lagi tu,ala lagipun ramai yang belum sampai lagi.Ini adalah rumah anak saudara Pak Saori (bapak Eddy) dan juga merupakan penginapan kami untuk 5malam di sini.

 Jangan marah , siaran TV3 pun boleh di tonton dari Perth yea.Mereka mengunakan satelit parabola di sini.Siang pada musim sejuk di Perth sangat singkat.Jam 5petang hari dah mula gelap.Suhu jatuh mendadak hingga ke 13'c.Kedai pun b.anyak dah tutup seawal jam 6petang.Badan pun dah penat dan mata mula mengantuk,jadi malam itu kami bercadang untuk rehat dan tidur sahaja.Jumpa esok untuk ekspedisi seterusnya

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....