Monday, July 7, 2014

Senarai Restoran Buffet Ramadhan 2014

BUFFET RAMADHAN 2014 UNTUK RESTORAN DI SEKITAR JOHOR BAHRU


Dah banyak sangat blog yang buat senarai buffet Ramadhan di Hotel-hotel sekitar Johor Bahru,tapi takde pun blog yang nak buat liputan pasal restoran-restoran kan? Kat sini anda semua boleh lihat senarai-senarainya yang RA rasa lebih murah dan tidak kurang menariknya daripada hotel.Selain itu dapat juga berjimat cermat sikit untuk menyambut raya yea tak??

 Yang nie Set Menu Buka Puasa kat Chamek Kopitiam di Galleria @ Kotaraya.Murah dan tidak lah terlalu membazir sangat kan.


 Buffet kat Red Tro Cafe ini pun murah hanya RM28 untuk Dewasa.Kanak-Kanak tak ingat pulak RA berapa.Kafenya terletak di Galleria@Kotaraya juga.Maaflah RA takde no tel diaorang,tapi boleh terus ke Galleria@Kotaraya jek ok.


 Ini pulak kat Restoran Reiss Club Bandar Baru Uda - Belakang Jakel.No 31 Jln Padi Emas 1/5.Nak tempah : 0164140441 


 

Yang ini pulak Buffet Steamboat dan bakar.Lokasi dekat Bandar Baru Uda jugak,sederet dengan Reiss Club tu.Tapi Kedai ini paling hujung.Harga Buffet RM35++ Dewasa/Kanak RM15++


 Satu lagi macam tahun tahun sebelumnya Restoran Singgah Selalu - Danga Bay


 Buffet kat tempat ini paling ekonomi.Harga RM19.90 + Percuma 1Jam Karaoke.Lokasi bersebelahan Giant Tampoi nama tempat Ali Baba Karaoke.


 Banafee Village Jalan Abdullah Tahir 


 Ini pulak Restoran Dayang dekat Taman Merdeka Johor Bahru sebelah RTM tu.


 Ini kat Villa Warisan bersebelahan Sekolah St John & Sekolah Rendah Bandar Tinggi (berdekatan PPD)


 Kalau nak cuba kat Restoran Anjung Warisan pun ok.Harga pun berpatutan.Ada persembahan Angklong lagi.


Ok yang ini pulak kat Johor Golf & Country Club Taman Tasek.Harga pun boleh tahan murah juga.


 Yang nie pun boleh tahan jugak harganya.


 Malay Village harga seangkatan dengan Banafee , Singgah Selalu dan Restoran Dayang


 Yang terakhir makan seamboat & Bakar di Restoran My Steamboat & Grill kat kempas je.Murah jugak kan.Yang pasti kita tidak terlalu membazir.Pandai-pandai lah memilih kalau sesekali nak berbuka puasa kat luar.Kalau-kalau ada antara restoran di atas yang di promosikan nak belanja RA makan kat tempat anda lagilah afdal hehehe...


Friday, July 4, 2014

Iftar di Bakar-Bakar Steamboat & Grill BBU

IFTAR DI LUAR :
RESTORAN BAKAR - BAKAR STEAMBOAT & GRILL BBU

Tik tok tik tok, dah pun seminggu kita semua berpuasa.Hari ini rencananya ingat nak berbuka puasa di Kotaraya,tapi kawan RA si abang Mork nie cakap nak makan macam steamboat kat Seoul Garden aritu.Macam-macam tul selera orang tua nak buka puasa nie kan..mengalahkan budak-budak hehe.(jangan mare abg Mork,gurau jek).

 Pikir punya pikir teringat pulak kat restoran Bakar-Bakar steamboat dan Gill yang baru di buka akhir bulan lepas.Jadi RA tentukan masa dengan abang Mork dan balik kerja terus jumpa di sana.Restoran ini baru sahaj beroperasi jadi pengendalian urusan mengatur meja dan tempahan agak sedikit kelam kabut.Kami dapat meja luar dan bermulalah pemilihan makan di ruang utama.Dan seperti yang di jangka menu nasi goreng & mee gorang yang mula-mula di sambar pengunjung.RA pun dapat selepas pengisian semula yang ke dua.Pilihan sotang & daging tak banyak yang menarik.Cuma ada sotong lada hitam dan daging dengan di salut 2jenis rempah sahaja.Pilihan sup ialah Tomyam (sangat pedas yea-tidak sesuai untuk kanak-kanak) dan Sop Ayam.

 Menu-menu lain untuk stimbot juga banyak kekurangan,tetapi mempunyai pelbagai jenis kuih dan manisan.Suasana makan di sini agak santai dan RA suka tempatnya.Ada di sediakan ruangan untuk bersolat yang amat selesa.Pilihan daging kambing golek dengan harga RM15 sepinggan juga boleh di beli (tidak termasuk dalam pakej berbuka puasa).

Layanan dari pekerja-pekerja di sini amat memuaskan tetapi Masih banyak lagi pembaharuan dalam kepelbagaian menu dan pengurusan tempahan tempat makan yang perlu di perbaiki.Boleh kalau anda semua nak mencuba Iftar di sini.


Wednesday, July 2, 2014

Sketsa Ramadan Kembali daaa

SELAMAT BERPUASA SEMUA

Diam tak diam sudah 4hari kita berpuasa.Seperti tahun-tahun lepas sektsa Ramadan kembali lagi.Kali ini kita lihat gelagat berpuasa di sepanjang hari yea..hehe.


JAM 4PAGI : 

Mengantuknya nak bangun Sahur



JAM 6PAGI - 11PAGI : 

Nantilah Mengantuk lagi niee,pagi tadi bangun sahur.



11PAGI - 1TENGAHARI : 

Keringnya tekak nieeeee


1TENGAHARI - 3PETANG : 

Ishh budak nie boleh pulak dia makan depan aku,aku makan kau nanti baru tau.


3PETANG - 4PETANG : 

Lambat lagi ke nak berbuka nie?


4PETANG - 5PETANG : 

Mak Bangunlah mak,dapur kita tak berasap la pulak karang.Bila lak nak masak untuk berbuka nie.Nak pergi bazar Ramadhan lagi.


5PETANG - 6PETANG :

 Masa untuk ke Dapur memasak


6PETANG - 630PETANG :

Mandilah dulu baru segar sikit badan


630PETANG - 7MALAM : Heh heh heeee


MASA BERBUKA : 

Kita makan ala kadar jek


730MALAM - 8MALAM 

Alhamdulillah Kenyang suda.....


8MALAM - 11MALAM 

Baru je habis terawih,nak rehat jap yea..Besok jangan lupa bangun sahur lagi.Tidur awal.Nanti tak boleh bangun pulak


SELAMAT BERPUASA KAWAN-KAWAN




Sunday, June 29, 2014

10Hari/8Malam Switzerland & Italy

ATURCARA CADANGAN PERJALANAN 11HARI / 8MALAM SWITZERLAND & ITALY

(Tarikh di janga Bertolak - Akhir November @ Awal Disember)

ANGGRAN HARGA RM 7600 SEORANG - TWIN SHARING

Harga termasuk tiket penerbangan/cukai lapangan terbang/tip/lawatan & makan seperti aturcara di bawah

Hari 1 :  (Menu makanan dalam penerbangan)

Bertolak dari Lapangan Terbang Antarabangsa Changi - Singapura / KLIA untuk penerbangan ke Zurich.Perjalanan ini akan berhenti seketika di Dubai sebelum menukar kapal terbang untuk ke Zurich.


Hari 2 : Zurich - Luzern (Makanan dalam pesawat/Makan Malam)

Tiba Zurich, kita akan di jemput oleh wakil pemandu pelancong untuk ke Luzern dengan mengunakan keretapi berkuasa laju.Perjalanan mengambil masa 30minit.Setibanya di kota anda akan di bawa ke hotel penginapan yang tidak berapa jauh dari station keretapi.Selepas daftar masuk hotel , aktiviti sendiri di sekitar bandar Luzern.Makan malam pek akan di adakan di rumah pemandu pelancong.


Hari 3 : Mt Titlis / Engelberg dan Weggis (Sarapan/Makan Malam)

Hari ini lawatan pertama mengunakan keretapi laju untuk ke Pergunungan Titlis & Engelberg.Pergunungan Titlus ini terkenal dalam filem aksi James Bond manakala Engelberg adalah pergunungan luncur salji kerana salji di sini sangat-sangat halus dan bersih.Salji mungkin juga akan turun di sini dan bolehlah bermain salji dan mengambil masa untuk bergambar ebelum turun dari pergunungan untuk lawatan mengunakan bot dan juga lawatan ke Weggis - perkampungan di tepi tasek pergunungan Alps yang cukup indah pemandangannya.Nak-nak bila turun dari pergunungan mengunakan keretapi.Petang pulang ke Luzern dan makan malam di rumah pemandu pelancong.


Hari 4 : Bern / Luzern (Sarapan/Pek Makan Malam)

Selepas bersarapan pagi,lawatan di teruskan ke Bern,iaitu ibu negara Switzerland.Perjalanan mengunakan keretapi laju mengambil masa sejam.Bern terbahagi kepada kepada dua pekan.Satu "Bern Old Town" dan menjadi tapak warisan dunia oleh UNESCO dan satu lagi "Bern New Town".Ok kat sini kita akan lawat "Bern Clock Tower" , Rumah Parlimen , Taman Rose , Rumah Albert Einstein dan City of Fountains.Petang pulang ke Luzern dan memulakan lawatan di sekitar Luzern bermula di tasik luzern,memberi makan roti angsa putih,Jambatan Chapel yang sangat romantik, Tugu Lion Dying , Luzern Old Town dan muzium Bourbaki - tersimpannya lukisan terpanjang dan terbesar di Switzerland.


Hari 5 : Luzern - Milan - Foxtown (Sarapan)

Selepas bersarapan pagi pek barang dan baju kemudian daftar keluar dari hotel.Lawatan seterusnya ke Milan - Kota fesyen , Italy !!.Perjalanan mengambil masa 2-3jam.Melalui bergunungan Apls dan terowong dalam pergunungan.Tiba Milan daftar hotel kemudian meneruskan lawatan ke Foxtown Factory Outlet.Membeli belah barangan berjenama pada harga di luar jangkauan.Jika anda bernasib baik anda pasti dapat membeli Kasut Versace dengan harga sekitar RM500 , Bag tanga LV,Coach , Gucci sekitar RM300-RM600.Jam tangan dan pelbagai lagi sempena jualan murah hari Natal..Malam pulang ke hotel dan bermalam.


Hari 6 : Milan - Venice (Sarapan)

 Bersarapan di hotel dan memulakan lawatan di sekitar bandar Milan sebelum daftar keluar dan menaiki keretapi ke Venice, kota romantik untuk berbulan madu.Tiba di Venice dafter masuk hotel kemudian menikmati suasana malam yang cukup indah di sini.


Hari 7 : Venice (Sarapan/Makan Malam)

Bersarapan di hotel dan memulakan lawatan di sekitar Venice.Dataran St Marks , Menaiki "Grand Canal"(perbelanjaan sendiri), Istana Dage , Pulau Burano - bandar terapung di Venice dan "Window Shop" di Rialto Market & bergambar di Gondola.Petang pulang ke Hotel dan makan malam di salah sebuah restoran Itali asli di Venice.


Hari 8 : Venice - Rome (Sarapan)

Bersarapan di hotel sebelum daftar keluar dan bertolak ke Rome.Kotaraya purba yang menyimpan pelbagai sejarah dan salah sebuah tamadun tertua di dunia.Tiba di Rome daftar masuk hotel sebelum memulakan lawatan ke Via Del Governo Vecchio , Muzium Rome, Arch of Constantine.Malam bermalam di hotel.


Hari 9 : Rome (Sarapan)

Bersarapan di hotel dan melawati sekitar Rome,antaranya Colosseum,Roman Forum, Trevi Fountain , Pantheon , Spanish Steps , Vatican Museum dan pelbagai lagi tempat0-tempat menarik di sekitar Rome.Malam bermalam di hotel


Hari 10 : Pulang (Sarapan/Makanan dalam pesawat).

Selepas bersarapan pagi aktiviti sendiri sebelum bersiap-siap berkemas untuk ke lapangan terbang Rome pulang ke Malaysia.


Hari 11 : (Makanan dalam pesawat)

Tiba di Malaysia & membawa 1001 kenangan terindah.







Sunday, June 22, 2014

Kereta Back to The Future di JB

 Petang tadi saja nak rehatkan minda dan cuci -cuci mata di Jusco Bukit Indah.Bila dalam perjalanan nak pulang melalui tepian-tepian tempat meletak kenderaan tu tetiba terpandang pulak kereta bernombor pendaftaran Singapura ini.Bila di ingat-ingat macam kenal je.RA capai kemera bimbit lepas tu tangkaplah gambar kereta tu.Masa dalam perjalanan balik baru lah RA teringat kereta ini muncul banyak kali dalam filem "Back To The Future" kegemaran RA.Patut lah hati rasa macam kenal je.

 Filem yang popular sekitar akhir tahun 80an dan awal tahun 90an ini mempunyai 3episod lakonan Michael J Fox.Kalaulah RA ingat awal-awal lagi dah turun kereta dan amik banyak-banyak gambar kat kereta ini. 

 Takpe janji dapat tangkap sekeping gambar dan tengok dengan 2 mata kepala sendiri dah cukup beruntung daa....Harap-harap dapat jumpa lagi yea.


Monday, June 9, 2014

JJNM - Seoul Garden

JALAN JALAN NAK MAKAN (J.J.N.M)
RESTORAN SEOUL GARDEN

Entah kenapa malam ini RA boleh terjebak ke City Square Johor Bahru pulak.Dah lah petang tadi jalan menghala ke Bandar dan ke Kota Tinggi sesak teruk di sebabkan air naik di bawah jejambat EDL bersebelahan "Pandan City".Bila dah tersangkut dalam kesesakkan mula lah perut nie berbunyi jadi jalan pintas ialah menuju ke Bandar dan cari makan malam di sana.Kononnya nak cari makanan yang kurang kalorinya jadi terjumpalah Restoran Seoul Garden.Makanan Korea ala steamboat.

Harga buffet makan sampai kenyang ini 33++ dan tidak termasuk air.Air tambahan RM3.99 ++ untuk air jus dan RM1.99++ untuk sebotol air mineral.Haa lantak lah makan kat sini sampai kenyang.RA paling suka pelbagai sotong yang sudah di peram dengan pelbagai jenis rempah.Tunggu siap untuk di bakar di kuali sahaja.Yea RA makan dengan Abang remaja purba iaitu abang Mork.Oh yea jangan risau dengan status makanan Halal di restoran ini,ianya HALAL.Boleh lah sesekali kalau nak datang lepak makan di sini sebab suasananya tenang.

Sesak Sesak Sesak

 Inilah pemandangan biasa pada musim cuti sekolah tiap kali nak masuk atau keluar antara Johor dan Singapura.Sama ada melalui tambak Johor mahupun Link ke 2 tiada beza.Kesesakkan paling teruk dapat di lihat pada hari Sabtu & Ahad.Ahad lepas RA sendiri tersangkut 3jam di link ke 2 untuk masuk ke Singapura.

 Apa nak jadi la,kat Giant pun kena beratur jugak ke? Inilah Johor Bahru sekarang , dari jalan raya hinggakan ke pasaraya membeli belah semuanya sesak.Mana-mana pun sesak.Apa pun tak boleh...hehe.Jadi topik hari ini tulis pasal kesesakkan jelah yea.


Sunday, June 8, 2014

Amik Gambar tayang gambar

 Haa inilah kejanya RA bila ada masa terluang dalam proses menunggu dan menyinggah.Hasil tangakapan petang tadi yang sempat RA ambil semasa ke Singapura.Bangunan Jam tu sering kita lihat dalam filem P.Ramlee Labu Labi.Namanya Bangunan Victoria Theatre.Gambar sebelahnya pulak tapak peringatan tentera dari India.

 Haa yang nie nampak besar sikit.Ianya terletak bersebelahan padang kirket dan berdekatan dengan bangunan yang di bawah ini

 Inilah dia Mahkamah Agoung Lama Singapura dan bersebelahannya tu pulak Dewan Bandaraya (City Hall).Bangunan yang masih lagi mengekalkan tradisi British.

Ini pulak pemandangan dari Mt Faber Park.Cuaca masa ini sangat-sangat panas walaupun dah pukul 430petang.Dari ini boleh nampak pelabuhan Tanjung Pagar dan Pulau Sentosa denga lebih dekat.

 Bagi nak nak cuba-cuba makan makanan yang bercitararasa tinggi bolehlah ke Sembawang Eating House di Marina Barrage nie.Menu-Menu yang RA tengok nampak menjanjikan sungguh.Tapi kalau nak tukarkan ke duit RM mau 3-4ratus jugalah hehe.Tapi untuk sesekali apa salahnya kan


Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....