Saturday, September 15, 2012

Berumah Terbuka Di Flora Ville

 Inilah dia nama jalan untuk ke rumah terbuka aku hari ini.Kawasan perumahan baru untuk kediaman pasangan Abang Mork & Akak Nor sekeluarga.Cantik juga kawasan ini,tenang je suasanaya,tetapi tidak setenang hati seorang kawan aku tu yang nak marah jek dari pagi sampai tengahari.hehe.

Janji pada awalnya nak jumpa dan berkumpul jam 2petang,tetapi akhirnya sepakat "datang lah pukul brapa nnak datang pada petang tu".

 

Keluarga Kak Rovitalah yang pertama tiba dahulu di rumah Abang Mork ini.Dia yang pada mulanya janji nak datang lewat sedikit,tetapi akhirnya dia yang paling awal datang.

Aku tiba 30minit kemudian setelah selesai dengan urusan peribadi aku.Kak Rovita pulak tak leh duduk lama-lama sebab dia nak ke Nong Chik untuk mengubat tangan anak dia yang terselih jatuh kemudian nak ke gereja untuk sembahyang.Jadi tak sempat lah nak amik gambar beramai-ramai.

Azie & Olie sekeluarga pula tiba pada jam 3petang.Mereka pun tak sempat nak datang jam 2petang seperti yang dirancangan awal di Facebook tempoh hari. Sempat lagi beraksi di gambar-gambar lama milik tuan rumah.

Antara menu utama tuan rumah ini,Nasi Beriani berlaukkan kari dalca,ayam masak merah kueh-mueh tersedia dan buah-buahan sebagai mencuci mulut.

 

Nik,Fuad dan kelaurga tiba jam 330petang.Orang yang tak bersarapan pagi dan janji nak datang jam 2petang pulak tiba jam 4petang (ada saudara datang rumah katernya-tak boleh tinggalkan sebab sedara dia,kalau sedara orang lain takpe).Ika,Anwar & "Baby Rara" pulak tiba kemudiannya di ikuti oleh keluarga Kak Ros dan Abang Mat yang paling tercorot pada petang.Tak jumpa nama jalan guna GPRS katernya.Betul kata orang tua-tua kita dulu,malu bertanya sesat jalan.Nie gara-gara tak mau bertanyalah nie.hehehe

Bila semua dah datang barulah mood nak makan banyak tu ada...(makan je lah kejanya)

 Cot cot kendung,kendung menari-nari,bila perut dah kenyang sesi bergosip dunia artis pun bermula lah.Gigih yea.

 

Ini adalah ahli baru dalam kumpulan kitaorang.Nama dia manja dia "Rara".Lena sangat dia sejak tiba sampailah nak balik.Maklumlah rumah baru.

Makanan berat dah habis makan,kueh raya pulak menjadi habuan kami.sukalah tu semua tunjuk tangan tanda pendamaian.

 

  Yang ini pulak sesi bergambar dalam rumah yang seperti berada di London (katernya)

 Sesi di luar rumah pulak menyaksikan aksi tenang dan tenteram

Aksi bertukar ganas apabila sesi berkepak dan bertukar menjadi Voltron mula bercantum.Dengan kehebatan bulan akan menghukummu......SailorMoon Bertukarr!!!!!! (silap karton pulak)

Tak cukup dengan dalam rumah dan luar rumah....tengah-tengah jalan pun jadikkkkkkkkkkkkk......Power Rengersss bertukarrrrr!!!!!!!!  (sapa lah nak pilih jadi kaki,kepala,tangan,badan tu yea)

 

Thursday, September 13, 2012

Makanan Popular di Johor

Kalau sampai atau duduk di Johor,pasti akan teringat dengan makanan-makanan popular dan sedap di sini.Rupa-rupanya masih ada banyak lagi makanan popular yang aku dan rakan-rakan tidak terokai lagi.

Berikut adalah senarai makanan-makanan terpopular di sekitar Johor.


ABC KAMPUNG MELAYU & LARKIN BOMBA

YONG TAUFU AWANG KAMPUNG MELAYU 

YONG TAUFU KAMPUNG PASIR

 

MEE REBUS HJ WAHID 

MEE REBUS ASAL STULANG LAUT

 

MEE REBUS TULANG ZZ 

SUP TULANG ZZ

SUP TULANG TAMAN PELANGI (Sebelah MayBank)

SUP MERAH TAMAN UNIVERSITI

SUP AIR TAWAR 5 KOTA TINGGI

SUP SIRIP JERUNG RESTORAN MEISAN@HOTEL MUTIARA

BOTOK-BOTOK RESTORAN ZZ JLN MAHMOODIAH

SATEY WAK RADOL 

SATEY TAMAN MOLEK

 

SATEY LABIS (Cawangan Taman Universiti & Labis)

SATEY COLOK/STEAMBOAT VAN LUTON DATARAN BANDARAYA

STEAMBOAT RAWA TMN PELANGI & ORCHID TAMAN DAYA

OTAK-OTAK KEMPAS & JALAN STOREY

MEE BANDUNG MUAR

MEE BANDUNG KAMPUNG PASIR (SEBELAH MASJID)

MEE BANDUNG UDANG TJ LANGSAT

MEE BANDUNG ODEON BATU PAHAT

MEE SANGGUL/SIPUT MUAR

MEE RACUN BATU PAHAT

BRIYANI GAM BATU PAHAT

BRIYANI GAM @ BRIYANI HOUSE KEBUN TEH

 

BRIYANI SHAH BENTENG BATU PAHAT

MURTABAK LARKIN

LAKSA JOHOR PLAZA LARKIN

ROJAK ASMA LARKIN @ PLAZA LARKIN & GALERIA MALL

GORENG PISANG MAK RAM KAMPUNG PASIR

GORENG PISANG BANGUNAN MAWAR JB

KACANG POOL LARKIN BOMBA

LONTONG KERING HUTAN BANDAR

 

CHICKEN CHOP HUTAN BANDAR

CHICKEN CHOP HUA MUI (Bukan Hwa Tai yea)

 

CHICKEN CHOP IT ROO

NASI LEMAK ANGGEREK TAMAN MOLEK

NASI LEMAK WAK KENTOT KULAI

NASI LEMAK BERLAUK SENIBUNG

NASI LEMAK JALAN PADI 2 BBU

NASI LEMAK JALAN ABDULAH TAHIR

ROTI CANAI JALAN ABDULLAH TAHIR

 

ROTI CANAI MD SALLEH TAMAN PELANGI

ASAM PEDAS BOTAK @ LUMBA KUDA

ASAM PEDAS TASEK

ASAM PEDAS PADANG TEMBAK KLUANG

ASAM PEDAS MADU TIGA @ KULAI

ASAM PEDAS PARIT JAWA

ASAM PEDAS DESA RAHMAT

ASAM PEDAS TANJUNG PIAI RESORT

ASAM PEDAS IKAN SEMBILANG & SIPUT SEDUT KAMPUNG PASIR

NASI PADANG HASLIN/LIDO @ LUMBA KUDA

NASI CAMPUR RESTORAN ZZ @ JALAN MAHMOODIAH

 NASI UJANG KLUANG

NASI DAUN PISANG 7SPICE DANGA BAY

NASI DAUN PISANG RESTORAN AGNEE'S TAMPOI UTAMA

NASI DAUN PISANG 

NASI AMBANG MAT CORNER BBU

 

NASI AMBANG BANGUNAN ABU KASIM (Bawah Jambatan)

KUEH TIEW GORENG TIP TOP TEPIAN TEBRAU

ICE JELLY TIP TOP TEPIAN TEBRAU

TAHU GORENG WARONG SAGA

PUTU BAMBU AIR HITAM

MAK JAH BAKSO BANDAR PENAWAR

NASI AYAM PENYET LC KATERING

NASI AYAM PENYET BANAFEE

NASI AYAM PENYET PASIR PUTIH

NASI AYAM PENYET ENDANG STULANG LAUT

NASI AYAM PENYET TAMAN UNIVERSITI

NASI GORENG POPO SEAFOOD STULANG LAUT

NASI AYAM HAINAN PLAZA LARKIN

NASI AYAM HAINAN JALAN TAN HIOK NEE

NASI TIMBEL TAMAN IMPIAN EMAS

MEE RACUN BATU PAHAT

MEE GULUNG TAMAN SRI BAHAGIA

 

MURTABAK LARKIN

MURTABAK SINGAPURA SUNGAI CHAT

ROTI NAN,CAPATI & KIMAH PAKISTAN PASAR BORONG PANDAN

ROTI JOHN LARKIN & PASAR BORONG PANDAN

AIR KATIRA ABU BAKAR BATU 5

CENDOL MAK SITI JALAN SKUDAI-PONTIAN

KEROPOK LEKOR MERSING

BUBUR NASI NO 1 TAMAN SENTOSA

SIAKAP TIGA RASA SENIBONG

SAMBAL BELANGKAS MAHKOTA KOTA TINGGI

 SIAKAP STEAM ASAM SAYAM STULANG LAUT

DIM SUM @ RESTORAN MALAY VILLAGE

MAKANAN LAUT RESTORAN SAUJANA

TOSEI @ KAFE BHARAT JALAN TUN ABDUL RAZAK


SESETENGAH SENARAI MAKANAN DI ATAS PENAH AKU LAWATI DAN MAKAN.CERITANYA ADA PADA BLOG-BLOG AKU YANG TERDAHULU.

SELAMAT MENCUBA MAKANAN POPULAR JOHOR

       


Wednesday, September 12, 2012

Halloween Horror Nights 2 di USS

Universal Studio Singapura kembali lagi dengan "Halloween Horror Nights ke 2" nya.Kali ini lebih menyeramkan,lebih rumah berpuaka,lebih keseronokkan dan lebih mengejutkan.

Untuk 7hari pada bulan Oktober,Universal Studio Singapura akan melanjutkan waktu operasinya ke jam 12tengahmalam untuk acara ini.Universal Studio akan di bahagikan kepada 5 zon menyeramkan dengan menyediakan 3 rumah berpuaka,lebih 100 pelakon seram, permainan rides dan pamiran.Bagi yang selalu melihat filem-filem seram dan hantu inilah masanya merasainya seperti di dalam filem.


Tarikh pilihan adalah pada  : 19 , 20 , 21 , 25 , 26 , 27 & 28 Oct 2012 

Masa : 8malam hingga 12tengah malam

Harga tiket : S$61.00 Dewasa 

(kanak-kanak bawah 13tahun tidak di benarkan masuk)

 Ada 10 pertunjukkan dan tempat menarik untuk di rasai.Roller Coaster Battlester Galactica , Ride Transformers 4D, Revenge of Mummy , Canopy Flayer , Jurassic Park Rapid Adventure , Shrek 4-D Adventure & Enchanted Airways bersama 3rumah berhantu akan di buka pada malam itu.  


Jom pergi yok?? Berani kerrr??

Tarikh tutup untuk harga istimewa di atas sebelum 28Sep2012.

Tempahan selepas 28Sep Harga S$65.00

Harga tiket kalau beli kat sana S$68.00

Telefon je saya 0127709809 Naz/Adam





Monday, September 10, 2012

"Dank u" Belgium

Sebenarnya tak sangka pulak dalam ramai-ramai pembaca blog aku ini , berada di Belgium.Kedua terbanyak selepas pembaca Malaysia dan di atas pembaca Singapura.Ada ke orang Melayu kita di sana? atau ada orang Belgium yang tahu baca penulisan bahasa Melayu ke kat sana?

 

Maklum lah selalunya dengar Orang Melayu yang kat Eropah ini ramai yang berada di UK tak pun Paris,Jerman atau Swisszerland.Tak sangka pulak ada orang kita di Belgium kan.Atau mungkin orang Belgium sendiri kot yang membaca penulisan Bahasa Melayu aku....


Apapun dan siapa pun anda terima kasihlah kerana membaca....Ada rezeki nak pergi Brussels lah macam ini 


"DANK U"

Saturday, September 8, 2012

Rumah Terbuka Lagi...


Masih lagi dalam mood berhari raya dan ini adalah hujung minggu ke 3 dalam bulan Syawal.Acara pagi tadi bermula dengan ke "PC PIKOM FAIR"  di Persada Johor seawal jam 1030pagi.Kemudian berlarutan hingga makan tengahari di Kopitiam Chamek Danga Bay yang baru di buka.Seterusnya ke rumah terbuka Kak Ruby di Taman Daya.Kak Ruby ini selalu buat tempahan tiket penerbangan untuk pekerja-pekerja di Sime Darby Engineering dulu dengan syarikat aku.Walaupun sekarang dah tak amik tiket lagi dengan aku,tapi silaturahim tu tetap ada sebab dah anggap dia macam kakak aku pun.Kat rumah dia aku jumpa Kak Mastura dan keluarganya (bekas penyelia Kak Ruby) dan Erni satu keluarga (rakan sekerja aku).



Sebenarnya petang tadi ada dua rumah yang nak kena pergi dan rancangnya nak pergi rumah Mai jam 4petang kemudian rumah kak Ruby pulak jam 5petang.Tapi bila memandangkan dah tiba awal di Jusco Tebrau aku tukar rancangan ke rumah Kak Ruby dahulu.Tak sangka pulak kawan-kawan yang nak bertolak sama-sama ke rumah Mai di Taman Bukit Tiram kumpul tepat pada masanya.Habis lah petang tu aku kena bebelan dari Kak Ros dan Abang Yunus huhu..Untuk tidak melengahkan masa, mereka terpaksa lah bertolak dahulu dan aku menyusul kemudian.Bila aku dah sampai lewat tu (ala 30minit je) tak dapat lah nak amik gambar mereka-mereka ini tengah makan,haaa amik gambar macam ini pun boleh kan...? Janji nampak jugak walaupun dari belakang.

 

Baiklah untuk tidak mengecewakan orang yang beria-ia suruh amik gambar dan agar tuan rumah dapat mengabdikan kenangan kami semua datang beraya di rumahnya,ini adalah gambar-gambar manja merangkap gedik's kami-kami semua.



 Sempat juga bergambar dengan arnab tuan rumah,maklumlah tuan rumah tengah sibuk melayan tetamu di dalam.Jadi  tetamu yang di luar main dengan arnab dia lah.Yang tak suka pada arnab pulak mulalah mengadakan sesi karaoke bersendirian berhad di halaman rumah di Mai ini tanpa pandang orang lain kiri - kanan tu.Lagu pilihan diaorang kali ini ialah "untuk dia,untuk dia,untuk dia" (lagu tema blog ini)


  Anak-anak pulak bukan main ligat main kat halaman rumput umah si Mai ini,tak tahu lah apa yang diaorang mainkan.Selain Laksa,Ketupat,Karipap dan rojak,kek cawan yang di tempah melalui Azie juga di hidangkan kepada kami dan jugak kepada azie...(makan kek sendiri yea)

  Dan macam biasa aksi gambar berkepak ber ramai-ramai, menjadi idaman semua orang.Yang rasa tak boleh tahan nafas untuk mengkempeskan perut selepas makan banyak tu bolehlah berdiri di bahagian belakang sekali.Nanti orang yang duduk kat depan tu bolehlah menjadi penghadang menutup segala yang terlebih..hehehe.Terima kasih Kak Ruby dan Mai atas jemputan ini.

Balik rumah je badan rasa dah macam nak demam,mana taknya seharian berjalan macam nak rak.Jam 10malam pulak Azie dan Olie mengajak mengeteh di Habib.Nak bagi rasa kek aiskrem katernya,tapi dengan keadaan cuaca yang ketika itu hujan,sambutan yang di terima kurang memberangsangkan.Inilah Kek Aiskrem yang di buat oleh Azie.Memang sedap...yummyyy!!!!!!




Tuesday, September 4, 2012

8 Perkara untuk Legoland Johor

8 PERKARA - PERKARA YANG PERLU DI PERBAIKI DI LEGOLAND JOHOR :- 

1.Dengan keadaan cuaca yang panas di sini,pihak pengurusan sepatutnya menyediakan "WATER DISPENSER" dan pengunjung boleh membawa sendiri botol kosong dari rumah.(seperti yang di buat di Universal Studio Singapura)

 

2.Tiada papan tanda "Di larang Merokok" dan kawasan khas untuk perokok merokok di adakan.Bukan apa, masih ada pengunjung yang tidak bertanggungjawap dengan tanpa segan silu menghisap rokok semasa menunggu giliran menaiki rides.Lagipun taman tema ini kan di kunjungi oleh ramai kanak-kanak,mesti lah mahukan persekitaran yang bersih dan sihat tanpa asap rokok.

 

3.Pelakon-pelakon maskot masih malu-malu dan kurang pengalaman dalam memberikan aksi atau pose yang menarik semasa sesi bergambar bersama pengunjung.

 

4.Menyediakan lebih banyak tempat berteduh untuk pengunjung dari panas dan hujan.Memang ada banyak tempat duduk tapi tiada bumbung.Perlu ada lebih banyak bumbung sebab cuaca di malaysia tidak menentu.

 

5.Kekurang kipas di sesetengah tempat beratur menunggu rides kalau ada pun tidak terasa anginnya sebab kurang laju.Lebih baik mengunakan kipas yang mempunyai hembusan air.

6.Perlu mengatasi kekurangan pekerja di restoran-restoran di dalam Legoland sebab masih ada sesetengah meja makan yang tidak di bersihkan dan di biarkan tidak di angkat selepas pengunjung makan terutamanya selepas jam 5petang.

 

7.Menyediakan informasi "masa menunggu" kepada pengunjung yang beratur menunggu giliran menaiki rides.

 

8.Menyediakan dan menjual barangan cenderahati terutama baju t-shirt,key chain dan pelekat peti sejuk berjenama atau berlogo "Legoland Malaysia" atau "Legoland Johor Bahru" seperti yang di buat pada topi.

 

Diharap pihak pengurusan mengambil berat perkara-perkara di atas ini yea.  

  Buat setakat ini saya berpuas hati dengan layanan mesra pelanggan di Legoland Malaysia.Moga ianya berterusan  dan menjadi bualan mulut pelancong-pelancong di luar negara.Jika perkara-perkara di atas di amik berat oleh pihak pengurusan,pasti Legoland akan lebih berjaya.

Selamat Maju Jaya Legoland!!!!

 

  

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....