Sunday, January 15, 2012

Lepak & Makan Malam di Johor Bahru

Seperti yang telah di janjikan.Acara makan tengahari telah di pinda untuk makan malam.Berserta Mijot & Ziela tempat yang kami pilih untuk makan malam adalah di ' BREAKFAST @ 7 ' Danga Bay tepat jam 630Petang


Menu pilihan Ziela - Mie Goreng Mamak
Menu pilihan Mijot - Cantonise Hailam Noodles
Menu pilihan aku - Nasi Goreng Cina Udang

Selesai sahaja makan malam,kamu bertolak ke Bandaraya Johor Bahru di mana terletaknya Pasar Karat a.k.a Night Bazar Johor.Memandangkan Chinese New Year hanya tinggal seminggu sahaja lagi,Bazar di hias dengan lampu-lampu tanglong.Memang meriah dan teramat cantik.

Adalah dekat 2-3 round kitaorang pusing.Tapi tak jumpa gak barang yang aku nak.Bateri HP Motorola laaa...Bateri hp aku asik nak kong je.Tu yg nak beli bateri baru.Dah penat berjalan,aku ajak dua org minah nie gie lepak minum kt Root Cafe di jalan Dhobi.Aku order Manggo Yog,Mijot order Mint Chocolate,Ziela order tah apa tah.....

Makanan kat sini nak kata sedap tak jugak....tp aku suka dengan dekoration cafe nie.Dapat mengimbau zaman aku kecik-kecik dulu.Barang-barang antik seperti TV hitam putih,kerusi sofa lama,lampu hiasan lama dan toy & alat permainan zaman aku sekolah rendah dulu banyak terhas di sini.Betul-betul meningalkan Nostalgia aku.

Dalam kul 930pm kami pun gerak balik umah.Penat dah,esok nak keja,nak menoreh....Selamat Malam JOHOR BAHRU1!!!

Saturday, January 14, 2012

Jalan-Jalan Nak Makan : Meisan Hotel Mutiara

MALAYSIA AIRLINES MEMULAKAN MAKAN MALAM SEBELUM TAHUN BARU CINA
DI RESTAURANT MEISAN,HOTEL MUTIARA

Hari ini hari Jumaat dan kalau mengikut orang putih,hari ini adalah Friday @ the 13th. Aku ke Hotel Mutiara atas jemputan makan malam Malaysia Airlines.Makanan di sini memang terkenal denga ke sedapannya.
8Jenis menu makanan berserta 1 makanan pembasuh mulut,memang membuatkan perut aku kenyang tak sudah.Mana taknya meja yang boleh memuatkan 10-12orang tapi hanya kamu ber tujuh sahaja yang ada.yang paling banyak makan pun kami ber empat sahaja.




Seperti biasa sesi bergambar memang tak pernah di lepaskan.Kamera memang tak pernah lekang dari poket.Raya Cina tahun nie adaah tahun NAGA....tahun yang penuh "ong" pada orang cina.


SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU CINA!!!!!

Thursday, January 12, 2012

Promosi Healthy Eating Day kembali di Kenny Rogers - 11Jan12 Only

Kenny Rogers Roasters Healthy Eating day - Buy 1 Get 1 free kembali !!!
Syaratnya mesti berpakaian Merah!!!
Semalam,keluarga besar kitaorang beratur panjang di Aeon City Bukit Indah Johor untuk menikmati makan malam bersama dengan berbaju
"MERAH MENYALA".
Total semua 11 set dapat 11 set free.Sampai dah jam 830pm,tapi di sebabkan sambutan luar biasa,kami terpaksa menunggu hampir 30min untuk mendapat tempat duduk.Makanan lak sampai jam 945pm.Takpe la,kitaorang paham,malah gembira dengan layanan pekerja-pekerja Kenny Rogers yang walaupun nampak penat,tapi tak menunjukkan muka tension diaorang.hehe.


Kami semua 6 kelaurga.memang meriah dah cukup gamat.Makan pun terpaksa lah berhempet-hempet sebab tempat terlalu terhad.Siapa yang sampai lambat tak dapat pulak untuk kitaorang dapatkan tempat duduk.Harap maklum dan harap maaf...lain kali datang la lambat lagi hehe
Tahun lepas pun diaorang ada buat promosi nie,tapi beli 1 dapat 1 @ 50%,dengan syarat pakai baju merah.Tapi untuk tahun nie diaorang buat beli 1 dapat 1 free lak,tu yang agaknya ramai sangat yang datang.Jam 945malam baru barisan di luar kedai habis.Jam 1050malam baru kitaorang selesai makan dan borak-borak.Tu pun nasib baik kedai semua dah nak tutup.Huhu.
MAKANAN MALAM SEMALAM DI TAJA OLEH "BIRTHDAY GIRL" KITA
KAK ROVITA...

TERIMA KASIH YEA KAK ROVITA,MOGA PANJANG UMUR,MURAH REZEKI DAN SIHAT SENTIASA !!!!

Monday, January 2, 2012

Maratua Paradise & Qunci Resort yang menjanjikan

QUNCI VILLA - LOMBOK

Macamana? teruja tak tengok gambar-gambar kat atas nie?
Nama resort nie Qunci Villa di Lombok.Gambar ini adalah courtesy Mrs Jos yang mengirimkannya pada aku.Menurut Mrs Jos,resort nie memang low profile tapi penuh dengan 5star facilities.Ini lah Lombok salah satu destinasi terbaru untuk di jelajahi selepas Bali.
MARATUA PARADISE RESORT

Gambar ini di ambil waktu air pasang dan surut.Jernihnya air di sini sampai Penyu pun kita boleh nampak berenang dari bawah bilik resort.

Selepas Mrs Jos dan suaminya Mr Andre ke Lombok,mereka ke Maratua Paradise Resort yang terletak di perairan Kalimantan.Untuk ke sana mereka menaiki flight dari Singapura ke Balik Papan,kemudian menaiki domestic flight ke Berau.Dari Berau pula mereka menaiki 1.30min ferry ke Maratua Paradise Resort.Harus di beritahu bahawa resort ini adalah syurga bagi kaki pancing,kaki scuba dan pada mereka-mereka yang sukakan ketenangan.Resort ini mempunyai 18 Water Bungalow dengan pemandangan yang cantik.Bayangkan kalau anda dapat lihat penyu berenang di bawah bungalow anda? air lautnya memang cristal clear.Diving adalah untuk mereka-mereka yang berpengalaman sahaja sebab keadaan suhu di dalam laut.Menurut kata Mrs Jos lagi,penduduk-penduduk kampung di sekitar resort itu juga begitu peramah menyambut tetamu dan makanan yang di sediakan di resort adalah rata-rata Ikan (tiada daging)
Katanya lagi "It’s a very relaxing place, with the sound of the wind and the waves. No karaoke, no music. Great sunsets.You should try it Rio."
JOM PERGI HOLIDAY KE SANA.......

Sunday, January 1, 2012

Sketsa Kembali ke Sekolah Dialog Kotaraya - Harian Metro



Setiap kali musim cuti sekolah berakhir,setiap kali itu lah aku akan teringat akan sketsa dalam Harian Metro - Dialog Kotaraya lukisan Juragan.Walaupun beliau tak sehebat Dato Lat,tapi lakaran-lakaran kartun beliau memang memenuhi citarasa aku.Salah satu sketsa lakaran kartun beliau adalah seperti di atas ini.Pasti setiap tahun aku akan terkenangkan lakaran ini.Aku sempat selamatkan 2 dari lakaran tersebut untuk tatapan kita semua.
Sketsa kembali ke sekolah.Memang lucu tetapi mempunyai maksud yang sangat mendalam bagi mereka yang memahaminya.Setiap hari aku pasti tidak ketinggalan membaca lakarannya di Harian Metro dalam ruangan
"DIALOG IBUKOTA" dan "SALESMAN"

Ucapan tahniah & terima kasih buat Juragan dan Harian Metro kerana berjaya dalam usaha memartabatkan lakaran kartun tempatan.

Saturday, December 31, 2011

SELAMAT TINGGAL 2011 SELAMAT DATANG 2012

2012 menjelang tiba dan 2011 semakin menghampiri pengakhirannya.....

Sepanjang tahun 2011 banyak kenangan pahit manis di lalui.Betul,pengalaman mengajar kita erti kehidupan,tp apalah kehidupan kalau tanpa pengalaman..Cuma di akhir-akhir penghujung tahun 2011 saya di kejutkan dengan berita-berita yang memeranjatkan. Kehillangan 2 sahabat yang paling rapat dengan saya amat di rasai.Moga roh mereka di cucuri rahmat.

Tak lupa juga kenangan manis ketika menyelunsuri sg Melaka,minum cendol di tepi jalan,berebut katil di Pulau Sibu,main air di gunung berlumut,bertemu rakan lama di Gaints Pelentong,bergurau senda di FBook sampai ke tengah malam.bergaduh pun kt FB jugak....menonton wayang di KSL city,City Square,Pelangi Mall.Berbuka puasa dan membeli juadah berbuka di bazar bersama-sama,beropen house dengan rakan-rakan skolah dan rakan-rakan gym.Menyelunsuri sehinnga ke penghujung benua asia.Bersama2 ke gunung KinaBalu sehingga ke Bandung ,Jakarta,Surabaya & Kota Singa.Melihat adik angkatku membesarkan anak angkatnya membuatkan saya tersentuh.Kalau bab makan2 tu tak payah cakap lah,bilang saja tempat mana yang sedap , saya pasti akan ke sama bersama teman-teman setia.Asam pedas adalah santapan utama ketika mencari tempat lunch dan mamak Habib adalah fav dinner saya dan kawan-kawan.Semua tu menjadi kenangan dan jika boleh ingin sahaja saya mengulang tayang semulanya.

Kadang-kadang boleh tergelak sorang2 dalam bilik atau waktu nak tido.Banyak jugak perkara-perkara yang tidak harus terjadi dan tidak berfaedah sepanjng 2011.Tetapi jika masa yang sedikit ini di sia siakan dengan mengenang dan membincangkan perkara2 yang tidak berfaedah dan remeh temeh ,bukan ke itu membuang masa sahaja.Apa yang dapat saya katakan saya sangat bersyukur dikelilingi rakan-rakan baru dan lama serta sahabat handai yang memahami diri ini..... Jadi sebelum tahun 2011 mengakhiri tirainya saya di sini ingin mengucapkan

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2012....
Jaga kesihatan jaga diri.....jaga suami/isteri/bf/gf/mak/ayah/nenek/datuk/cucu/anak/binatang peliharaan baik-baik.....
AKU CINTA PADA MU !!!

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....