Tuesday, March 8, 2011

Jom Jakarta/Bandung

Akhirnya saat yang di tunggu telah tiba.Aku , Ueki , Danny & Nizam ke Jakarta & Bandung pada tanggal 5-8March2011.Tempah tiket sikit la punya awal.Beli tiket nie seawal bulan 5 2010.Harga ticket pulak RM200 sahaja untuk pergi dan balik.Naik Air Asia dari KL ke Jakarta.Kemudian balik dari Bandung ke Singapura. 

Bertolak ke Kuala Lumpur dengan hanya menaiki bas jam 8malam.Kemudian bermalam di rumah Juzai di Sungai Besi.Esok pagi-pagi kami dah bertolak dengan menaiki teksi ke LCCT untuk berlepas ke Jakarta dari sana.Kat Jakarta kami bermalam di Hotel Istana Ratu.Location pun bagus,bersih dan yang paling penting Murah.Harga semalam RM90 sebilik.Lepas je check in aku dan kawan-kawan plan ke Tanah Abang untuk bershopping.Tapi sebelum nak shopping tu perut dah mula lapar.Bila ke food court di tingkat atas Komplek Tanah Abang , sikit la punya penuh umat manusia.Dekat sejam lebih jugak kitaorang nak dapat tempat makan.Tu pun berebut-rebut dengan orang lain.Shopping kt Tanah Abang memang happening.Murah pun murah.cuma sesak sikit la....sebab situ la pusat jualan borongnya.2 Hari kami membeli belah di sana,tapi masih tak cukup-cukup sampai aku cucuk duit kat atm.

  Hari ke-2 nya aku plan nak mencuba naik kereta api dari Jakarta ke Bandung.Harga ticket kelas 1-Exercutive berharga RM35 seorang sehala.Puas hati lah sebab berhawa dingin dan selesa dan yang penting kita tak perlu ke kantin.Ada pramugara dan pramugari yang datang untuk melayan apa yang kita nak makan.Ada Nasi Goreng,roti dan minuman ringan.Ala-ala macam Air Asia lah pulak...Keretapi kami sampai jam 830pm waktu Indonesia Barat
(kira-kira jam 930pm waktu Malaysia).
Masa tu banyak kedai-kedai yang belum di buka,cuaca pulak 21celsius-sebab Bandung terletak di kawasan tanah tinggi.Di Bandung kami menginap di Sukajadi Hotel.Harga semlm lak RM150 sebilik.Jadi kongsi 2orang la.malam tu cari la kedai makan cam nak rak,at least jumpa gak.walaupun time tu kedai tu dah nak tutup.

 Esoknya aku naik kenderaan biasa ke Factory Outletnya.Barang-barang yang di jual pun murah-murah dan ada yang branded juga.Cuma kena hati-hati lah sebab banyak jugak barang cimplak yang di buat dari China.Dari sana kami ke Pasar Baru pula untuk mencari barangan lain.Harga di sini memang murah tapi masih tidak boleh menandingi harga di Tanah Abang.Produk yang di jual sama seperti di Tanah Abang,iaitu bag , telekong , tudung , jaket kulit dan pelbagai lagi.

Malamnya pulak aku bersantai di Paris Van Java menikmati makan malam yang tenang sambil menyaksikan lampu-lampu menarik yang di pasang si sekitar komplek membelah yang terkenal di bandung itu.


 
Macam biasa...kat Bandung nie pun makanan diaorang sedap-sedap jugak.Ada Lontong gila,Nasi Ikan penyek dan macam-macam lagi nama makanan yang pelik-pelik...tapi sedap......

TERIMA KASIH JAKARTA & BANDUNG


Sunday, February 20, 2011

Festival Layang-Layang 19Feb2011-Pasir Gudang

Selamat datang ke Festival Layang Layang Antarabangsa 2011.Tahun nie aku dapat pergi lagi setelah 2tahun terlepas peluang untuk ke sana.Kali nie aku pergi bersama teman-teman ku.Antaranya Abang Yunus,Abang Mork,Olie & keluarga,Ros & keluarga,Nini & Shamil,Nik & keluarga dan Mai yang kena bekerja di both Ayamas. Kami bertolak jam 3petang,selepas berkumpul di restaurant Habib Taman Tampoi Utama.Dalam perjalanan nak ke Pasir Gudang kami di kejutkan dengan deruman kereta Buggati milik Sultan Johor yang baru sahaja pulang selepas perasmian Festival tersebut.


Antara layang-layang yang di pertandingkan di festival tersebut.Kami sempat juga berebut gula-gula yang di jatuhkan dari layang-layang yang di terbangkan.



 Tengok tu meriahnya mereka bersakan bergambar.Siap bergaya ala-ala ratu kebaya.Ada yang naik giler bergambom,macam tempat tu kami yang punya...hehe...tapi apa pun memang menjanjikan bila dapat pergi ramai-ramai nie.

 Layang-layang yang di pertandingkan memang besar-besar dan menarik minat ramai pengunjung.Antaranya Layang-layang Red Devil,Ikan Pari,lipan,dragon,Lembu,sotong kurita dan macam-macam lagi laaa...cukup puas hati laaa....Jadi bagi yang terlepas jangan lupa datang & lawat pada tahun hadapan...kita jumpa lagi tahun hadapannnnnnnnnnnnnnnnnnnn

Sunday, January 30, 2011

Aktiviti Sihat - MEMBOWLING

Yea perlawanan bowling antara kengkawan telah di anjurkan pada 29 & 30January 2011.Model operandinya adalah untuk memupuk minat remaja (remaja lagi kew) untuk bersukan.hehehe.Sesekali main bowling best gak.Tapi yang tak bestnya bila tempat bowling yang kita main tu bermasalah.Bola pecah2 la..lane kusam la dan yang paling teruk bola sendiri yang bawak dari rumah habis kena caras (terkopek) dek mesin penghantar bola.Cian En Iwan kita yea...bola bowl dia dah tersopak sikit.Time tu main kt Skudai Bowl.pada tuan tanah kedaung sila la buat sesuatu untuk memperbaiki mutu bowling di tempat anda ok

Ini lah aksi2 sepontan juara Kampung Pisang yang bertanding pada malam tersebut.Ada yang sebuk nak makan kerepek la,sibuk bertenet la,main video game la,ber hip hop la dan tak kurang gak yg ber ucop...kita bakok jeeekkk.
(tak ingat dunia kan)

Perlawanan di teruskan pada malam esoknya di 1Bowl @ Danda City Mall (dulu nama tempat nie Best World) Dan Inilah lak aksi2 yang sempat di rakam bagi ketegori lari dalam guni...hehe.Main bowling 2set masing2 dah penat hehee... Yang datang suka2 tgk pun ada gak.Tapi yang penting happening la jugak.Sambil bowling sambil bincang pasal next reunion dan sambil2 makan lepas bowling.Nasib baik la ujan dah teduh masa lepas abis game tu.Klu tak alamat basah kuyup la badan masing2.


Kakak dua orang nie pun ada....anak sapa laaa nie....ehhh silap...bini sapaaaa la nie....Dan untuk keputusannya sila la lihat sendiri k.sapa kalah sapa menang.Juara malam tu di nobatkan sebagai Juara Kampung Pisang...hehe

Saturday, January 22, 2011

Panggillan Pulau - Sibu Island Resort

SELAMAT DATANG KE SIBU ISLAND RESORT

Haiyo haiyo haiyo....haiyo kezambooooo...sampai juga aku ke Pulau Sibu akhirnya.Seronoknya tak terhingga.Sampai sahaja aku di pulau itu,aku di sambut dengan dedangan ayunan gitar dan lagu-lagu ala Pangilan Pulau.Nyamannya Pulau Sibu nie.Musim-musim monson macam nie memang tak ramai orang.Jadi dapatlah kami merasai nikmat keseronokkan tanpa gangguan.Maklumlah klu dah ramai tu suasana jadi hiruk pikuk.



Untuk ke Sibu Island Resort nie aku terpaksa ke Terminal Jeti Tunjuk Laut A.K.A Jetty Tanjung Lemanla.S.I.R (Sibu Island Resort) nie di buka sepanjang tahun walaupun pada musim tengkujuh.Nak tau kenapa?? sebab SIR nie terlindung oleh Pulau Sibu Besar dan perjalanan Bot Ferrynya di kawal selia oleh Jabatan Laut Johor.So tak perlu risau walaupun pada musim tengkujuh.

Kt sini aku tak lepaskan peluang untuk mencuba flying fox,memanah,memberi makanan pada Rusa2 yang jinak.Pada malamnya pulak,aku dah kawan mencuba Moonnight walk.Walaupun mencabar tetapi seronok coz dapat melihat suasana disekeliling pulau di waktu malam.
Nie lah muka2 ceria sewaktu nak pulang ke JB.Seronok sebab dapat buat semua aktiviti di Pulau.Ada orang tu siap ber poco-poco lagi....hehe.Keseronokkan berpanjangan tak terhingga.Memanah & flying fox lah acara yang paling seronok.Bila buat Jungle Trakking aku naik semput sebab kena panjat bukit panas-panas.

 Makan di restaurant Lumba-Lumba SIR,sambil di hiburkan dgn alunan muzik segar  kumpulan band dari Filipina.

Terima kasih pekerja-pekerja SIR di atas layanan 5* kamu.Kami gembira semasa berada disana



Thursday, January 20, 2011

UlangTahun ke 34


17 Januari 1977

Tarikh keramat kelahiranku,dan pada hari ini tarikh itu muncul kembali.Bertempat di Restaurant Habib Tampoi Utama,majlis ulang tahun ku di raikan oleh teman-teman.Seperti biasa makanan yang di order adalah makanan biasa.Mie hoon goreng,Nasi goreng,Mie goreng,Ayam goreng.


Aku membuat kelainan dengan menyediakan sedikit kuiz dan menyerahkan hadiah bagi teman-teman aku yang berjaya menjawapnya.Ala hadiah yang aku bagi bukan mahal sangat pun.Air Sparkeling,Biskut-biskut dan makanan-makanan ringan.Walau berlangsung dalam suasana yang sederhana,tetapi tetap meriah dan Happy dengan support kawan-kawan.

Terima Kasih buat semua yang hadir.Moga kita bertemu di tahun hadapan lagi

Sunday, December 12, 2010

Aku Budak Minang yang menghiburkan


Ibrahim Anon atau Ujang yang merupakan nama pena bagi seorang pelukis berbakat besar walaupun bertubuh agak sederhana kecil. Mula mencipta namanya di Gila-Gila dengan kartun loose Si Tenggang. Waktu kartun beliau kelihatan agak kurang matang dan strokenya terlalu simple. Walau bagaimana pun, Ujang berjaya meyakin penerbitnya bahawa karyanya suautu ketika akan diterima pembaca. Beliau telah membuktikan kegigihannya melalui watak-watak yang diciptanya melalui pengamatan dunia kelilingnya. Watak-watak dalam dirinya diterjemahkan dalam bentuk visual yang agak kartun tetapi menyentuh jiwa lewat karya-karyanya Aku Budak Minang, Jibam, Aca, Atuk dan banyak lagi.


Antara koleksi AKU BUDAK MINANG yang popular satu tika dulu.
Ujang dalam siri kartun ini di gambarkan sebagai abang kepada Aca (anak bongsu) yang kadang-kadang kepalanya tak betul.Ujang selalu di sisihkan oleh ibunya yang memanjakan Aca berlebihan.Mungkin juga Aca adalah anak OKU.Walau macamana pun sifat naluri seorang abang tetap ada dalam diri Ujang walaupun kadang-kadang dia banyak membuli Aca yang kuat mengadu pada ibunya.Apa pun,ruangan kartun Aku Budak Minang dalam Majalah Gila-Gila adalah kartun kegemaran aku sejak berumur 11tahun lagi.Dengar pulak sekarang akan di terbitkan dalam bentuk drama pula.Jadi Selamat Maju Jaya buat Ujang.



Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....