Tuesday, March 8, 2011

Jom Jakarta/Bandung

Akhirnya saat yang di tunggu telah tiba.Aku , Ueki , Danny & Nizam ke Jakarta & Bandung pada tanggal 5-8March2011.Tempah tiket sikit la punya awal.Beli tiket nie seawal bulan 5 2010.Harga ticket pulak RM200 sahaja untuk pergi dan balik.Naik Air Asia dari KL ke Jakarta.Kemudian balik dari Bandung ke Singapura. 

Bertolak ke Kuala Lumpur dengan hanya menaiki bas jam 8malam.Kemudian bermalam di rumah Juzai di Sungai Besi.Esok pagi-pagi kami dah bertolak dengan menaiki teksi ke LCCT untuk berlepas ke Jakarta dari sana.Kat Jakarta kami bermalam di Hotel Istana Ratu.Location pun bagus,bersih dan yang paling penting Murah.Harga semalam RM90 sebilik.Lepas je check in aku dan kawan-kawan plan ke Tanah Abang untuk bershopping.Tapi sebelum nak shopping tu perut dah mula lapar.Bila ke food court di tingkat atas Komplek Tanah Abang , sikit la punya penuh umat manusia.Dekat sejam lebih jugak kitaorang nak dapat tempat makan.Tu pun berebut-rebut dengan orang lain.Shopping kt Tanah Abang memang happening.Murah pun murah.cuma sesak sikit la....sebab situ la pusat jualan borongnya.2 Hari kami membeli belah di sana,tapi masih tak cukup-cukup sampai aku cucuk duit kat atm.

  Hari ke-2 nya aku plan nak mencuba naik kereta api dari Jakarta ke Bandung.Harga ticket kelas 1-Exercutive berharga RM35 seorang sehala.Puas hati lah sebab berhawa dingin dan selesa dan yang penting kita tak perlu ke kantin.Ada pramugara dan pramugari yang datang untuk melayan apa yang kita nak makan.Ada Nasi Goreng,roti dan minuman ringan.Ala-ala macam Air Asia lah pulak...Keretapi kami sampai jam 830pm waktu Indonesia Barat
(kira-kira jam 930pm waktu Malaysia).
Masa tu banyak kedai-kedai yang belum di buka,cuaca pulak 21celsius-sebab Bandung terletak di kawasan tanah tinggi.Di Bandung kami menginap di Sukajadi Hotel.Harga semlm lak RM150 sebilik.Jadi kongsi 2orang la.malam tu cari la kedai makan cam nak rak,at least jumpa gak.walaupun time tu kedai tu dah nak tutup.

 Esoknya aku naik kenderaan biasa ke Factory Outletnya.Barang-barang yang di jual pun murah-murah dan ada yang branded juga.Cuma kena hati-hati lah sebab banyak jugak barang cimplak yang di buat dari China.Dari sana kami ke Pasar Baru pula untuk mencari barangan lain.Harga di sini memang murah tapi masih tidak boleh menandingi harga di Tanah Abang.Produk yang di jual sama seperti di Tanah Abang,iaitu bag , telekong , tudung , jaket kulit dan pelbagai lagi.

Malamnya pulak aku bersantai di Paris Van Java menikmati makan malam yang tenang sambil menyaksikan lampu-lampu menarik yang di pasang si sekitar komplek membelah yang terkenal di bandung itu.


 
Macam biasa...kat Bandung nie pun makanan diaorang sedap-sedap jugak.Ada Lontong gila,Nasi Ikan penyek dan macam-macam lagi nama makanan yang pelik-pelik...tapi sedap......

TERIMA KASIH JAKARTA & BANDUNG


1 comment:

Anonymous said...

Hey there! Would you mind if I share your blog with my
facebook group? There's a lot of folks that I think would really appreciate your content. Please let me know. Cheers

Here is my blog Cebu Resort For Sale

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....