Tuesday, June 9, 2009

Kamu dalam dunia kamu sendiri.....

Pelik dan ajaib bila seseorang boleh memberitahu aku memberi salam ada pelbagai peringkat.Peringat yang paling bawah sekali adalah "SALAM SAMPAH" dan tak wajib di jawap malah apabila di rasakan ragu2 dgn salam itu,adalah lebih baik tak perlu dijawap.

Inilah antara penyakit orang yang menganggap dirinya terlalu tinggi darjatnya dan ilmunya sehinggakan salam yang sepatutnya "WAJIB" di jawap dikatakannya SAMPAH.
Kalau tak mau menjawap salam tu sudah la,nie siap bole mengeluarkan fatwa sendiri.

Mcm org cakap,kalau tak berupaya menjadi garam yang dapat menahan daging daripada busuk, janganlah kita menjadi langau yang membusukkan daging.

Tapi bila aku terfikir balik,aku tak heran pun dgn segala fatwa2 pelik yang dia kelaurkan sejak aku kenal dia.Kalau dia boleh samakan makanan yang ibu dia berikan padanya sama macam memberi makan pada binatang peliharaan,cuba kita tgk playback di bawah ini :



CHICKEN A LA CARTE - "TRUE STORY ABOUT HUNGER AND POVERTY BROUGHT BY GLO...
http://www.msplinks.com/MDFodHRwOi8vd3d3LnlvdXR1YmUuY29tL3dhdGNoP3Y9emVWbUNpU3RPd1U=









Kalau la mak bapak dia yang bagi dia makanan cam nie entah2 lagi teruk dia memaki hamun.Manusia yang lupa untuk bersyukur sebaliknya hanya pandai meminta dan menyalahkan org lain yang macam inilah hidup dalam dunia dia sendiri.
Memang org lain tak melalui apa kita lalui,tp pernah ker kita amik tau apa sebenarnya org lain lalui....?

Buat yang lain ada sesuatu untuk di renungan :
BILA ALLAH MEMAKBULKAN DOA MU,MAKA DIA MENYAYANGIMU,
BILA DIA LAMBAT MEMAKBULKAN DOAMU,MAKA DIA INGIN MENGUJIMU,
BILA DIA TIDAK MEMAKBULKAN DOAMU,MAKA DIA MERANCANG SESUATU YANG LEBIH BAIK UNTUKMU.OLEH ITU SELALULAH BERSANGKA BAIK PADA ALLAH DALAM APA JUA KEADAAN PUN KERANAKASIH SAYANG ALLAH ITU MELEBIHI KEMURKAANNYA...

So pada siapa yang tak pernah bersyukur,tak pernah berdoa,menganggap apa yang org lain buat semuanya salah serta menganggap dirinya cukup betul dan sudah cukup tinggi darjatnya dari org lain.....

YOU ON YOUR OWN WORLD....................

Friday, June 5, 2009

Tentang Cinta

Banyak Falsafah tentang Cinta.......

So mana satu yang kita pilih :


Cinta yang sejati ialah cinta yang tidak bertambah kerana kebaikan dan tidak berkurang kerana kesalahan

Cinta sejati bertapak pada rasa saling menghargai

Cinta sejati tidak memandang wang, tetapi wang sangat penting untuk memelihara cinta

Cinta sejati mempunyai tempat hanya untuk dua orang, tidak ada bagi orang ketiga

Cinta yang sejati berdiri atas dasar hormat

Cinta sejati dari seorang perempuan memberi sayap kepada lelaki, sebaliknya cinta yang palsu memberi belenggu

Cinta yang sejati hanya dapat dilihat dari sinar pandangan mata

Cinta Sejati adalah cinta yang membakar keegoan diri

Cinta Sejati adalah pengorbanan tanpa pengharapan

Tuesday, June 2, 2009

Penatnya Hari nie

Kaki kanan aku sakit dari pagi tadi sampai la malam.Mungkin kesan kena hentak petang semalam.Tu la Abg Aki cakap jgn masuk gelangang , nk masuk jugak....nak sangat lawan dgn senior.haaa padam muka aku..nk buat camana.huhu
Dah la banyak keja kt opis...Sampai nak sms baby aku pun tak sempat...sory yea baby.

Lepas habis keja terus balik umah.sampai je kt bilik aku cari minyak urut.Klu dulu masa arwah mak ada leh lak gak suruh dia urutkan.Berurut la aku sendiri.Nasib baik la ada minyak urut nie...

Dah macam org tua2 lak...wakakaka.
Takpe korang semua belasah aku,nanti aku dah pandai Cenderawasih tahap II siaplah korang.....
Tapi cam tak mau masuk lagi la.....serik beb....diaorang lawan kasar.

Sunday, May 31, 2009

Betul ke?

Hari nie semua jalan nak ke town semuanya jem.unless kalau kelaur awal pagi before 11am.Jam 10am aku dah bertolak ke town.Nak bayar segala bill yg tertunggak.Selesai jam 1230thari aku pun cuba la lalu depan danga bay.Yeap tul tanggapan aku.cam seperti tahun2 yang lepas,danga bay akan hanya jem dr kul 12thri sampai mlm sahaja. Tergerak jugak nak stop tgk apa yg ada,tp bila tgk tak ada parking space aku terus pulang ke rumah. Malam aku buat temujanji dgn Abg Aki,guru silat.Nak buat urut,coz aku rasa sakit tulang belakang badan aku (kes accident sejak sekolah rendah) dah mula meragam.Aku call dia,tp dia cakap dia kt Perak lak.Tapi dia suruh aku jumpa budak2 dia.Sampai kt sana,budak2 abg aki nie mmg takut jumpa aku.Pantang nampak aku datang,diaorng mesti tak berani nak urut badan aku.Badan dah mula keras,susah nk urut.Dekat2 sejam jugak aku tunggu.Last2 datangla sorang pakcik nie.dia yg sudi urut aku.

Dia suruh aku jaga tulang belakang aku,jangan minum ais byk dan kalau bole dia suruh aku berhenti main gym dan angkat benda2 berat.Mana la bole aku tinggalkan gym aku.Gym tu dah macam rumah kedua aku.Lagi satu dia cakap buah pinggang aku pun ada masalah gak.dia ckp buah pinggang ku kotor,dan dia surh aku beli sejenis daun herba utk bersihkan buah pinggang aku. Pulang dari berurut,aku terpikir kalau la satu hari nanti tuhan nk bagi aku sakit cam tu....camana la aku nak survive.aku nak harapkan siapa jaga aku? Bapak aku jgn harap la..dia dgn bini baru dia pun tak terhandle.adik beradik aku lagi la...tak bole harap.sejak arwah mak meninggal,jgn ckp aku,abah sendiri pun diaorang dah tak amik kisah.Lover....?? siapa la yg nak kan aku nie.... Harapan tetap harapan...seperti Cerita dlm Kotak Pandora

Thursday, May 28, 2009

Aktiviti last weekend 23-24May09

Hari Sabtu lepas aku baru lepas tengok wayang citer Night at the Museum 2.
Kelakar habis beb.wajib tgk pada sesiapa yg lum tgk.Berkisar pada sorang bapa tunggal yang mencari pekerjaaan.Dia dapat jawatan sebagai pengawal Muzium di New York tetapi tanpa di sangka,muzium tersebut hidup di waktu malam. Nak tahu apa yang berikutnya,jangan lupa menonton.




Esoknya aku call Apai,ajak dia gie Kota Iskandar di NusajayaCity.Tempat tu di bangunkan mengikut konsep PutraJaya di Johor.Kami bertolak jam 2PM dan sampai di sana dalam kul 3pm.(sesat cari exit highway kt Bukit Indah).Panas jugak nak ke sana...kitaorang sampai terus duduk kt depan bangunan pejabat menteri besar...memang best.Untuk pengetahuan korang,kita Iskandar akan menjadi pusat pentadbiran kerajaan Johor tidak lama lagi.Suasana kat sini pun nyaman.So apa lagi,terus snap photo la.Tak jauh dari Kota Iskandar tu ada Marina Bay.Tempat letaknya kapal-kapal layar bagi pelayar kapal.Masih lagi dalam pembangunan tetapi kedamaiannya cukup terasa.



Sunday, May 24, 2009

Next......


Tgk tv2 drama cinta 3teruna...pasal 3budak lelaki lembut.tak sangka Adi putra dan remy ishak leh bawak watak lembut.nk tergelak aku tengok aksi adi putra

Aku baru je balik tgk wayang.Siang tadi ada majlis kawin kt sebelah umah.adusss tension aku.bukan pasal apa...tiap kali aku gie majlis kawin,mesti diaorg tanya aku bila lagi?
Soalan yang malas aku nak jawap.abaikan je la.

Esok leh bangun pagi lagi ke tak? dah siang tadi dah berhabis rm150 repair kereta.
duit macam air seh.....mengalir je.

Dan sebenarnya.............................

Monday, May 11, 2009

A Word to remember....


To Love your job but don't love your Company
because you may not know when your company stops loving you

Without your involvement you can't succeed.
With your involvement you can't fail.

The happiest people do not Necessarily have the best of all
They simply appreciate What they find on their way.
Write your Sad times in Sand.
Write your Good times in Stone.
Dream of what you most enjoy
Go where you want to go
Be whom you want to be

You have but one life To achieve what you want to achieve
To find on your way

Enough luck to remain happy
Enough challanges to become strong
Enough grief to remain human
Enough hope to be happy

What is the Secret of SUCCESS... ?
"RIGHT DECISIONS"
How do you make Right Decisions... ? "EXPERIENCE"
How do you get Experience.. . ?
"WRONG DECISIONS "

It's better to lose your Ego to the one you Love,
than to lose the one you LOVE because of EGO.
Forget what’s gone
Leave what’s behind you
Your failures and your pain

If you know the strength and patience,
Welcome the company of trees.

The Day, Water, Sun, Moon, Night –
I do not have to purchase these things with money.

Easy to say we love..
Difficult to demonstrate it every day.
Easy to judge the errors of others.
Difficult to recognize our own errors

I do not count the hours I spend in wandering by the sea.
You are not responsible for what people think about you.
But you are responsible for what you give them to think about you.

A man is lucky if he is the first love of a Woman.
A woman is lucky if she is the last love of a man.

Behind every successful man,
there is an untold pain in his heart.

Don't make promise when you are in JOY .
Don't reply when you are SAD.
Don't take decisions when you are ANGRY.
Think twice, Act wise.
Easy to receive.
Difficult to give.

Sunday, April 26, 2009

Jom pergi ke Bali


Aku baru balik dari Bali minggu lepas (18Apr09).Rasa cam nak gie lagi...jom join

RM 680 Seorang untuk Ke Bali
TARIKH BERTOLAK : 10 OCT 09 - 13OCT 09
MAX 9 ORANG SAHAJA

HARGA TERMASUK
TICKET PERGI BALIK JB/BALI/JB
CUKAI LAPANGAN TERBANG BALI
TRANSFER PERGI BALIK DARI AIRPORT (BALI) -HOTEL - AIRPORT (BALI)
HOTEL 3MALAM - APARTMENT (AREA KUTA-TOWN)
SARAPAN PAGI SETIAP HARI
LAWATAN KE KINTAMANI + MAKAN TENGAHARI,BESAKIH,UBUD,JIMBARAN.
LAWATAN KE TANAH LOT,BEDUGUL & TASIK KEMBAR.
DEPOSIT RM 300 PER PERSON
(SECEPAT MUNGKIN SEBAB TEMPAT TERHAD PADA 9 ORG SAHAJA)

Saturday, April 4, 2009

Belia Kg Pasir,Tampoi terpinggir

 
Walaupun aku bukan lagi di panggil belia,tapi aku terpanggil untuk menulis tentang nasib belia dan budak2 kampung aku....

Sedang belia dari jiran2 kampung sebelah sibuk dengan aktiviti kompang,silat,badminton dan macam2 lagi aktiviti.Tapi belia2 di kanpung pasir nie di pinggirkan.Macam malam nie,aku lalu di balai raya serbaguna kg Pasir yg sebelah tu ada court badminton.Malam2 minggu cam nie selalunya mereka ada kelas belajar silat,tp yg sedihnya mereka bersilat dalam gelap walaupun di court badminton tu ada lampu.Alasan yang aku dengar diaorang tak bayar duit electrik...
Yang aku peliknya takkan la duit lampu yg diaorang guna seminggu 2-3kali tu tak ada org2 yg bertanggungjawap utk bayarkan...???? berapa sen je la sangat utk electric tu.....apa la kedekut sangat diaorang nak sponser budak2 yg nak belajar tu.Satu lagi alasan yg aku dengar,diaorang ckp budak2 yg belajar tu semua tak betul.Masalahnya klu lah diaorang tu semua tak betul,kita yang kononnya betul nie,tolongla bantu n tolong memperbetulkan mereka....bukan dgn membiarkan mereka hanyut.

Aku tengok budak2 umur 10-13thn melepak kt tepi2 tembuk,main gitar dan lumba basikal persis lumba moto...terbiar melepak sampai 12 ke 1pagi.
Budak2 umur 14-20thn lak melepak kt kedai2 burger berborak2 kosong n main card.Terlalu banyak benda yg bole mereka lakukan jika ada org yang membentuk mereka.

Klu dah diaorang minat nak bersilat,patutnya support la mereka tu....bukan dgn tutup suiz lampu n tak benarkan mereka bersilat dlm terang.....tu bukan cara org MELAYU ISLAM....tu cara NAZI.......!!!!! cuma kali nie menjahanamkan bangsa sendiri.

Kalau dulu diaorang nak main badminton pun korang tutup suiz lampu,nak belajar kompang korang ckp bising....so korang suka la anak2 korang tu merayap tak tentu hala....melepak tanpa hala tujuan....cam tu? Mungkin anak2 korang tak macam budak2 yg korang cakap tak betul tu...sbb mungkin jugak korang ada harta,leh anak2 korang leh tumpang kesenangan korang.Tapi bagi budak2 yg terbiar nie....mereka tak punya apa2...korang patut membimbing mereka...support mereka...bukan menburukkan lagi keadaan yg dah buruk.

Bukak mata korang n pikirkan baik2....jgn sebab2 personal,korang nak hukum budak2 tu....gunakan otak korang daripada letak otak tu kt lutut.....

Dah diaorang minat bersilat,bukakkan je la lampu court badminton tu...
dah diaorang nak berkompang...biarkanla mereka berkompang.....tak mati la korang klu dgr mereka berkompang.lagipun bukan diaorang kompang selalu.

Ada persatuan2 belia kt kampung nie pun tak leh harap...masing2 nk pangkat tu n ini,tp satu projek utk belia pun tak ada....

Ingat....Belia harapan bangsa k....jgn buat mereka menyimpan perasaan benci kepada korang....!!!!!!!!!!!

Bantu mereka & didik mereka.....bukan menjaham dan membiarkan mereka terjun ke gaung.

Wednesday, March 25, 2009

Pada Yang Lahir Tahun 1973 - 1988

KALAU KORANG LAHIR PADA TAHUN 1973-1988..
MESTI KORANG INGAT NI....

Kita membesar dgn menonton G-Force, Transformers, Thundercats, SilverHawk, Woody Woodpecker, Chipmunks n Mickey Mouse.
Not to forget Ninja Turtles, Mask, Smurfs dan Voltron. lg satu Gaban.
Berus gigi time waktu rehat kat skolah rendah?...hmm, mesti pegang cawan warna-warni kan .. mencangkung kat tepi parit dgn classmates semua kat seblah....ingat tak, misi(nurse) kat skolah masuk kelas dgn list dentist appointment.Pastu bunyi gigi member kite kene gerudi kat bilik sebelah ada gigi yangberlubang, kene laa tampal.
Ni sure korang igt...program minum susu di skolah.. nak galakkan budak2 time tuh minum susu. sekotak 30 sen jek beb...cikgu2 kalau nak denda, mesti guna pembaris panjang warna kuning tu.Pukul tapak tangan... kan ?

Semangkuk mi sup ke, mihun sup ke, 50 sen jek kat kantin.time skolah menengah, korang sure beli kasut skolah Bata BM2000, BM Turboa atau Pallas Jazz. ada yang suka kasut high-cut yang buatan china tu...ada yang suka stoking tebal laaa...
Internet? email? Menda alah ape tu ? CD? ape tu? kaset tape penah laa dgr.. Tiket wayang pun 3 inggit je.

Kite pegi kedai runcit, beli Chickerdis, Mamee , Kum Kum, UFO, O-Ya, DingDang chocolate balls yang ada mainan kat dlm die, ' telur ' keras warnawarni, ' rokok ' chewing gum, KIKI Bubble Gum. tak dilupakan, ' TiKam'.



Bile dah abih exam, main Monopoly la, Donkey la, Happy Family laa dlm class.tapi bunyi loceng laa yang paling best skali.boleh beli aiskrim ngan apek kat luar skola tuh...lagi satu loceng masa nak pegi rehat. tinggal kan keje skolah, jom kita pegi makan.Budak2 yg dpt Rancangan Makanan Tambahan (RMT) mesti kluar awal.

Lagi satu yang seronok mase time Pendidikan Jasmani, PJ.main bola laa,rounders laa...permainan kegemaran, main guli, batu seremban, penutup botol, batang aiskrim, ' Pepsi Cola one-two-three ' , ' Police & Sentry ', main kejar2 duduk...
Kita hilangkan dahaga dgn aiskrim 10 sen.Yang tube aiskrim, ada byk2 color tu.kalau nak makan, kene patahkan kat tengah2 die!lipat kertas kecik2, pastuh buat lastik.hmmm..ni pun kita main dulu ni..baling2 kapur laa.
Hmm...budak2 skarang, bagi diorg, diorg mane penah dgr lagu ' We Are the World, We Are the Children... ' dan lagu ' Uptown Girl ' yang diorgtau, yg Westlife nyanyi....bkn Billy Joel nyanyi..Bagi diorg,ada satu je Jerman kat dunia ni, dan ade satu je Vietnam..
AIDS wujud sejak diorg lahir.
CD pun wujud time diorg lahir.
Michael Jackson dah putih dah time tu.
Diorg percaya Spiderman dgn Incredible Hulk tu filem2 baru.
Diorg tak bley bayangkan skrin hitam putih utk sebuah komputer.
Diorg tak penah tau pun ' Atari ' dgn ' Game & Watch ' .
Diorg tak percaya penah ada TV hitam putih....
Dan diorg skarang tak reti nak switch on TV kalau xde remote control..
Lagi satu diorg tak paham macam mane kite boleh survive dkt universiti tanpa handphone...hmm...

Jom kite check, kite ni dah tua ke:
1.korg paham ape yang korang baca kat atas ni, dan korg sure tersenyum
2.kebanyakan member2 skolah menengah kite dah kawin
3.korg sure pelik bile nengok bdak2 kecik main komputer, selamba je
4.kita geleng kepala bile nengok bdak2 skolah menengah guna handphone
5.kita dah tak byk sembang2 dgn member melalui telefon lagi setiap hari
6.bile jumpe member lame dari semasa ke semasa, seronok bile bersembangpasal cerite2 lame, cerite2 kelakar yang kite alami mase dulu time kecik2,nakal2 dulu...


Saturday, March 14, 2009

Hikayat Cenderawasih



Cenderawih Burung Kayangan....
Tuanku putih kilau keemasan...
Itu antara baris2 lagu Cenderawasih kumpualan 2D....

Hikayat Cenderawasih - Bird Of Paradise:

Burung ini hanya hidup di atas awan dan andainya ia turun ke bumi maka mati la ia.Jasad Cenderawasih ini banyak kegunaanya bagi pengamal perubatan tradisional.ada yang mengunakannya untuk pelaris perniagaan.ada jugak yg menjadikan nya Minyak Pengasih,minyak urut dan penawar segala penyakit.Apapun ke taksuban manusia tetang burung ini menjadikan ia buruan di seluruh dunia.Ramai yang ingin mencarinya tetapi meraka hanya menjumpai bangkainya sahaja kerana burung ini memang tak pernah turun di atas pokok atau di bumi.


Bangkai atau jasad burung ini di jual dgn harga yang mahal di pasaran gelap Indonesia.Harga minimum RM5000 dan ada yang mencecah RM15000 seekor.semua itu berjantung pada keadaan jasad atau bangkai itu burung itu sediri.Bagi jasad yang mati dalam keadaan berdiri harganya bole mencecah sehingga RM15,000.Warna pada bulu cenderawasih ini juga dpt menentukan harganya.Cenderawih mempunyai 5 hingga 7 warna.ada sesetengah burung yang menyerupai cenderawasih,Antaranya nya burung ayam2, dan burung ewak2.yang membezaka burung2 ini dgn cenderawasih ialah burung2 ini hanya mempunyai 3-4harga sahaja pada bulu2nya,sementara badannya pula lebh besar dari cenderawasih.
Gambar yang di ambil ini adalah contoh2 burung yang sama seperti Cenderawih.ada 2-3 gambar sahaja gambar cenderawasih yang betul,itu pun hanya jasadnya yang sudah mati di letakkan di atas pokok dan di ambil gambarnya.

Cenderawasih ini hidup bebas dan banyak terdapat di salah sebuah kepulauan Indonesia dan sebahagiannya di Kepulauan Papua New Ginea.Faktor cuaca yang tidak panas dan tidak sejuk menjadikan tempat2 ini ideal untuk mereka.Kerajaan Indonesia telah melarang keras penjualan dan pengeksportan jasad burung ini keluar negara.Hukuman penjara seumur hidup telah di kuat kuasakan oleh kerajaan Indonesia serta merta bagi membenteras aktiviti haram ini.Di Malaysia ada satu aliran Silat Cenderawasih yang telah lama di tubuhkan di Johor.
Dan aku sendiri pernah di perlihatkan dgn jasad burung cenderawasih ini.Cukup menakjubkan dan biliknya berbau harum kesan dari jasad burung Cenderawasih.

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....