Hari Sabtu lepas aku baru lepas tengok wayang citer Night at the Museum 2.
Kelakar habis beb.wajib tgk pada sesiapa yg lum tgk.Berkisar pada sorang bapa tunggal yang mencari pekerjaaan.Dia dapat jawatan sebagai pengawal Muzium di New York tetapi tanpa di sangka,muzium tersebut hidup di waktu malam. Nak tahu apa yang berikutnya,jangan lupa menonton.
Esoknya aku call Apai,ajak dia gie Kota Iskandar di NusajayaCity.Tempat tu di bangunkan mengikut konsep PutraJaya di Johor.Kami bertolak jam 2PM dan sampai di sana dalam kul 3pm.(sesat cari exit highway kt Bukit Indah).Panas jugak nak ke sana...kitaorang sampai terus duduk kt depan bangunan pejabat menteri besar...memang best.Untuk pengetahuan korang,kita Iskandar akan menjadi pusat pentadbiran kerajaan Johor tidak lama lagi.Suasana kat sini pun nyaman.So apa lagi,terus snap photo la.Tak jauh dari Kota Iskandar tu ada Marina Bay.Tempat letaknya kapal-kapal layar bagi pelayar kapal.Masih lagi dalam pembangunan tetapi kedamaiannya cukup terasa.
No comments:
Post a Comment