Wednesday, October 16, 2019

Kanak-Kanak dan Masjid

Hari ini RA nak buat mengupas mengenai isu kanak-kanak yang membuat bising di masjid. Terdengar bicara dan pengalaman seorang Ustaz ketika beliau berada di salah sebuah masjid di negara Arab.Kat masjid itu tertulis :

"Kanak-kanak memang nalurinya bermain dan membuat bising , janganlah engkau membentak atau marah mereka,sebaliknya engkau didik dan ajarilah mereka, kerana satu hari nanti engkau pasti akan memerlukan mereka untuk mengantikanmu di sini".


Terkasima RA bila terdengar kata-kata ustaz ini.Kebanyakkan jemaah-jemaah masjid sekarang pusing dengan kerenah anak-anak yang datang ke masjid dan membuat bising kan?.Bagi RA, RA sependapat dengan apa yang di ceritakan oleh ustaz ini.Masyarakat kita sekarang cepat sungguh menghukum bila nampak budak-budak buat bising kat masjid.Ada antara mereka di marah dan ada yang di bentak dengan menghalau kanak-kanak ini untuk keluar atau pulang ke rumah masing-masing.Tahu kah anda kesannya pada mentaliti mereka kelak? Saat anda menghalau , memarahi , membentak mereka itu saat itulah mereka akan menjauhi masjid.
Ada sesetengah masjid RA tengok mengasingkan tempat solat kanak-kanak jauh ke belakang.Ada yang kata kanak-kanak yang belum berkhatan tak boleh solat bersama-sama dengan orang dewasa.Katanya masih menanggung najis.
Tapi tahu kah kita bahawa memyentuh atau bersolat bersama kanak-kanak yang belum baligh ini tidak termasuk dalam perkara yang membatalkan solat? Tahukan anda bahawa Rasullullah S.A.W menggendong Husian/Hasan ketika bersolat , serta mereka naik di atas tengkok baginda.
Mungkin ada yang mengatakan di zaman Rasullullah S.A.W. kanak-kanak sudah di khatankan sejak bayi lagi.Jadi kita lihat pula pada hukum istinjak menggunakan batu,kesannya tentu tidak habis dan ianya dikira sebagai najis yang di maafkan.Soalnya sekarang , apakah ia lebih suci daripada kulup?sedangkan tiada nas/hujah yang mengatakan orang yang beristinjak dengan batu mesti duduk si saf yang berlainan.Maka logiknya budak yang belum bersunat jika berada di dalam satu saf , ia tidak membatalkan sembahyang seseorang.Cuma sebaiknya saf yang di depan di penuhkan dulu dengan orang dewasa dan jika ada kekosongan kenapa tidak di ajak kanak-kanak yang di belakang itu bersama anda?
Alhamdullillah jika semua surau/masjid begini.

Ada beberapa cadangan yang RA rasa boleh di fikirkan dan di di baik pulih masjid tentang pengurusan kanak-kanak yang datang ke Masjid.Antaranya :
1.Lantik seorang ahli jawatan kuasa masjid untuk mengurus dan mengawal selia kanak-kanak ini.
2.Jika ada masa yang terluang , AJK ini ajar kanak-kanak melaungkan azan dengan betul.Bila rasa mereka dah boleh buat beri mereka peluang azan di masjid mengikut giliran masing-masing.
3.Panggil mereka duduk sama mendengar ceramah-ceramah agama yang di anjurkan di masjid.
4.Mungkin juga iman/bilal atau ustaz-ustaz boleh mengadakan ceramah khusus pada kanak-kanak sahaja.Seperti yang kita tahu kanak-kanak ini suka dengar orang bercerita.Jadi tukar ceramah kepada sesi bercerita tentang kisah-kisah nabi dan sahabat-sahabat Rasullullah S.A.W.
5.Seminggu sekali masa cuti mungkin boleh aturkan acara sukan seperti badminton, berjogging , cuci tandas masjid atau mungkin mengajar mereka cara sembelihan ayam.Apa saja acara boleh di buat bagi menarik minat mereka dan tentunya di adakan di perkarangan masjid.
6.Mungkin AJK boleh menasihatkan atau mendidik mereka untuk menyusun kasut,selipar di luar masjid.
SEMUA INI CUMA CADANGAN SAHAJA.MUNGKIN ANDA BOLEH MEMIKIRKAN APA YANG PATUT ANDA BUAT BAGI MENGALAKKAN KANAK-KANAK INI TERUS DATANG KE MASJID SETERUSNYA MENJADI PELAPIS KITA SELEPAS KITA TIADA.KANAK-KANAK YANG DATANG KE MASJID INI HANYALAH NAKAL , JADI KITA LAH SEBAGAI ORANG DEWASA YANG BERTANGGUNGJAWAB MENDIDIK MEREKA MENCINTAI MASJID BUKAN MELARANG MEREKA HADIR.
Kita mungkin sukar untuk mengajak orang dewasa yang jarang datang ke masjid untuk selalu hadir tapi kita boleh mendidik generasi kecil agar nanti bila dewasa mereka akan menjadi pelapis kita.Ingatlah sekali kita akan membentak-memarahi-melarang mereka di masjid mereka pasti akan menjauhi masjid dan akhirnya selepas kita tiada , masjid-masjid kita pasti tiada pelapisnya.
Ini hanya sekadar pandangan RA , jika ada yang terguris RA mintak maaf banyak-banyak....
Tapi kita boleh ambil pandangan ini dari sudut positif....Kita boleh mengubahnya.

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....