Friday, August 31, 2018

Merdeka di Perantauan

Salam Merdeka semua.Lama sudah RA tidak bersiaran di Blog.Jadi sempena sambutan kemerdekaan RA bersama rombongan dari Jabatan Pertanian Air Hitam telah bersiaran di Pulau Bintan.Kami bertolak hari ambang kemerdekaan iaitu pada pagi 30Aug dengan menaiki feri dari Stulang Laut ke Kepulauan Riau iaitu Pulau Bintan yang dahulunya sebahagian dari Kesultanan Johor-Pahang-Riau-Lingga.
Rombongan kami seramai 20orang kesemuanya dan ada di antara mereka ini pertama kami ke Pulau Bintan.Feri bertolak tepat jam 930pagi dan bermula perjalanan kami merentasi Selat Tebrau dan Selat Singapura dengan jarak perjalanan selama 3jam 20minit.
 Alhamdulillah kami selamat tiba di pelabuhan Tanjung Pinang jam 1145pagi waktu Indonesia.Terus tidak melengahkan masa,kami ke jeti sebelah untuk lawatan ke Pulau Bersejarah iaitu Pulau Penyengat.
 Perjalanan menaiki bot dari Tanjung Pinang ke Pulau Penyengat mengambil masa 30minit sahaja sebab pulau tu taklah jauh mana.Sekadar 1km sahaja.Tempat pertama yang di tuju ialah ke Masjid Raya Pulau Penyengat.Ianya Masjid yang di perbuat dari putih telur dan satu-satunya bangunan yang masih kekal di Pulau Penyengat sehingga sekarang.Solat Jamak Takdim dan Takhir kami di sini.

Dah solat perut pun lapar jadi RA bawa mereka menikmati masakan ikan bakar kampung berhampiran masjid.Menu utama ialah Ikan bakar cecah asam dan sambal belacan + Sotong Masak hitam + Nasi putih dan sayur kangkong masak belacan.Minuman pastinya Teh OBeng.
Inilah juadah makan tengahari kami pada hari ini.Makan masa panas-panas memang menjanjikan.Tepi laut pulak tu.
 Lawatan di teruskan ke Makam-makam Di raja di sini dengan menaiki beca moto yang di sewa dengan kadar 30ribu Rupiah sejam.Gambar di atas di ambil di hadapan Balai Adat Pulau Penyengat.
 Amacam ? cantik tak spot kat sini.Boleh buat sesi pengambaran sebab ada banyak lagi spot-spot menarik di sini.
 Tengok tu keluarga 2 generasi pun turut tidak melepaskan peluang bergambar di sini.
 Di akhir lawatan, kami ke Kubu Kursi iaitu benteng pertahanan Pulau Penyengat menentang penjajah Belanda semasa pemerintahan Engku Putri a.k.a Raja Hamidah iaitu pemilik Pulau Penyengat ini.Petang kami pulang ke hotel dan beristirehat.Ada beberapa peserta lawatan yang ke Melayu Square dan warong tepi laut untuk menikmati suasana masyarakat di sini.Malam merdeka kami di Tanjung Pinang dengan menikmati kopi dan jus buah-buahan dengan suasana kampung di kedai kopi berhampiran hotel.
Esok paginya kami meneruskan lawatan ke Pasar Tanjung Pinang untuk membeli belah.Banyak jugalah barangan yang di beli oleh peserta lawatan.Antaranya bag kulit , topi , baju , ikan bilis , udang kering,Batik dan beberapa lagi barangan rumah.Memandangkan hari ini Jumaat lawatan membeli belah hanya 3jam sahaja, sebelum di bawa untuk makan tengahari Nasi Padang di salah sebuah restoran berhampiran.Jam 12tengahari kami bertolak ke Masjid untuk solat Jumaat.
Selesai sahaja solat Jumaat kami menuju ke Pantai Trikora untuk ke Pulau Beralas Pasir.Salah satu pulau tercantik di Bintan.Ianya merupakan pulau berpasir yang terletak tidak jauh dari Pantai Trikora.
 Baik..semua dah bersiap untuk menaiki bot.
 Memandangkan kami 17orang kesemuanya.Kami di bahagikan kepada 2 bot.Gambar ini adalah bot yang lagi satu tu. 
 Inilah Pulau Beralas Pasir.Memang privasi dan sangat bersih.Pulau ini adalah pulau persendirian dan makanan luar tidak di benarkan di bawa ke sini termasuklah air botol mineral.
 Ini bukan gambar di "Wall Paper" ini memang gambar asli yang di ambil di pulau ini.Masa ini tengah mendung di belakang tu.
 Beberapa slot menarik untuk bergambar di sini.
 Di sini ada juga di sediakan khidmat Chalet buat tetamu yang ingin bermalam.Tengok tu macam berbulan madu yea mereka ini.
 Angin kat pulau ini memang sepoi dan tidak henti-henti bertiup.Boleh terlelap di buatnya.
 Boleh rehat di buai yang di sediakan ataupun melayan perasaan di tepi pokok kelapa hehehe.
Sebelum pulang semula ke Pantai Trikora kami bergambar di papan tanda Pulau ini atau nama Inggerisnya "White Sand Island".Bukan mudah tau juru kamera nak amik gambar ni hehehe.Nasib baiklah separuh profesional hehe. 
 Tiba di pantai Trikora kami bergerak ke Ramayana Mall untuk menghabiskan sisa-sisa wang Rupiah di sini.Banyak juga yang boleh di dapati.Jam 615malam kami semua tiba di hotel dan makan malam telah pun tersedia.Ada yang selepas makan malam berjalan-jalan ke tepi pantai dan bergambar di mercu tanda Tanjung Pinang ini.
 Ini menu kegemaran RA setiap kali bersarapan di hotel ini.Namanya Tahu Bagedel.Sangat sedap tau.Anda boleh mencuba jika mengambil pakej ke sini dengan RA.
Berakhirnya lawatan 3Hari 2Malam kami di sini dan pada 1September baki masa yang ada di habiskan dengan membeli belah di saat terakhir di Pasar Tanjung Pinang.Ada juga yang hanya duduk-duduk di hadapan kedai kopi berhampiran hotel sementara menanti masa untuk di bawa ke terminal feri jam 1130pagi.Alhamdulillah feri kami selamat tiba di Stulang Laut jam 445petang dan pulang ke destinasi rumah masing-masing pada petang itu juga.Terima Kasih Daun Keladi buat Ketua rombongan En Mohamad dan rakan-rakan baru saya sepanjang lawatan kali ini.
Insyallah jika ada sumur diladang , boleh kita bertemu lagi.
Untuk Pakej ke Tanjung Pinang anda boleh hubungi saya di talian 012-7709809

Friday, August 10, 2018

Lawatan Perakan ke Tanjung Pinang

Assalamuaikum semua.Hari ini RA akan bersiaran selama sekali lagi di Tanjung Pinang.Kali ini membawa lawatan dari persatuan Perakan iaitu "Persatuan Anak Kelantan Perantauan Malaysia" bagi mempelajari budaya dan sejarah yang berada di Pulau Penyengat di Bentan.
 Seperti biasa perjalanan menaiki feri mengambil masa 3jam untuk ke Tanjung Pinang iaitu salah satu Pekan di Pulau Bentan ini akan melalui Selat Johor , Selat Melaka dan Laut Cina Selatan.
Melalui selat Singapura pasti akan bertemu dengan kapal-kapal kargo dan minyak yang melalui laluan paling sibuk di dunia ini.

 Alhamdulillah setelah 3jam perjalanan laut kami tiba di Pekan Tanjung Pinang.Memandangkan jam dah ke pukul 12tengahari (WIB) , kami solat Jumaat  di masjid berhampiran dengan pelabuhan.
Selesai solat mereka semua di bawa untuk makan tengahari nasi padang di salah sebuah kedai makan Nasi Padang di sini.
 Alhamdulillah , menu-menu di sini semuanya menjanjikan.
Penuh kedai dengan para pelawat dari Malaysia.Tuan kedai tersenyum lebar.Cuma harus di ingatkan menu makan di sini konsep hidang.Apa yang di makan dan di cuit itulah yang akan di kira.Tak kisahlah jika dalam sepiring tu ada 2ketul ikan dan anda ambil 1 ketul sahaja maka 2ketul di kira.
Dah kenyang makan barulah boleh membeli belah di pasar Tanjung Pinang.Kat sini boleh beli ikan bilis,sotong kering , kain-kain langsir , kain batik , baju dan pelbagai busana dengan harga yang cukup murah.Selesai sahaja membeli belah kami pulang ke hotel untuk berisitirehat.Makan malam di sediakan di hotel jam 7malam.
Aktiviti keesokkan hari pula membawa peserta rombongan ke Pulau Penyengat.Iaitu cuma 1km dari jeti Tanjung Pinang.Inilah pintu masuk ke dermaga Pulau Penyengat.
 Bot yang kami naiki inilah yang membawa kami ke Pulau Penyengat.Ia di panggil bot Pompom.
Tempat pertama yang kami tuju ialah ke Masjid Raya Pulau Penyengat.Iaitu salah satu masjid yang masih utuh di Pulau Penyengat yang di bina dengan mengunakan putih telur.
Ada banyak kesan sejarah Melayu yang boleh di pelajari di sini.Pulau Penyengat adalah hantaran mas kawin Sultan Mahmud Shah III kepada isterinya ke3 nya iaitu Engku Putri (Raja Hamidah).
Antara kesan sejarah yang ada di sini ialah makam-makan di raja,makam-makam pahlawan , Tapak istana lama, Gedung farmasi , komplek balai adat , Benteng Kubu kursi dan kesemuanya ini telah di calonkan ke UNESCO sebagai Tapak Warisan Dunia oleh kerajan Indonesia.
Ini adalah bangunan gedung farmasi.Terdapat jugak tapak mahkamah syariah dan istana kantor. 
 Ini pemandangan dari hadapan balai adat.Terbentang jeti lama yang dahulunya di gunakan oleh pelayar-pelayar yang mahu singgah di pulau ini untuk mendapat bekalan air tawar.
Pelik bukan? pulau yang kecil dan di kelilingi air masin ini mempunyai perigi yang airnya tawar dan tidak pernah kering walaupun pada musim tengkujuh.Air dari perigi inilah menjadi bekalan buat penduduk di sini.
 Ada nampak macam Istana Kampung Glam di Singapura tak?
 Komplek istana ini memang di bina serupa seperti yang berada di Kampung Glam Singapura.
Cuma yang tinggal hanya kesan sejarahnya sahaja. 
Ini pula Benting Kubu Kursi yang di gunakan bagi menentang penjajah Belanda dan Ingeris yang ingin menakluki Pulau ini. 
Beberapa meriam lama di tempatkan di sini sebagai simbolik kawasan bersejarah ini.
Benteng kursi ini adalah pertahanan terakhir yang di bina oleh perajurit bagi mengekang kemaraan tentera Belanda ketika itu.
Parit di bina seperti di dalam peperangan Handak di Mekah.
Istana kantor yang masih lagi utuh.
Oklah dah puas berjalan ini lah makanan tengahari kami di sini.Ikan bakar ini sangat biasa tetapi rasanya sangat enak.Nak-nak dimakan di tepi laut dengan tiupan angin sepoi-sepoi. Cecah dengan sambal belacan perghhhh...
 Malam pula boleh santai-santai di hadapan Melayu Square menikmati jagung cheese dan kopi capacino di warung.
 Sambil minum-minum boleh menonton filem di skrin lebar yang di pacakkan di hadapan warong-warong ini.
Ini malam terkahir sebelum pulang ke JB esoknya.Masing-masing duduk berbincang di lobi hotel sambil santai-santai. 
 Sesetengah ada yang ke warong di hadapan hotel untuk menikmati masakan siput gondang. 
 Ini adalah lawatan persendirian ke Muzium Sultan Sulaiman yang berhampiran dengan hotel kami.Pihak muzium berbesar hati untuk membuka muzium pada hari Ahad untuk lawatan khas kami.Jam 12tengahari kesemua peserta rombongan di hantar ke feri terminal untuk pulang ke Johor Bahru dan acara lawatan tamat setibanya mereka di JB.Mungkin juga anda mempunyai minat tentang sejarah warisan Melayu Johor boleh lah menghubungi saya untuk mendapatkan pakej menarik ke sini di talian 6012-7709809 - Naz




Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....