Saturday, May 26, 2018

Berbuka Puasa di Galleria Kotaraya

 Tiap kali bulan puasa RA pasti tidak melepaskan peluang berbuka di Medan Selera Galleria Kotaraya.Selain mempunyai ruang makan yang luas ianya berhawa dingin dan selesa tau.Kedai-kedai makan di sini pun ada menyediakan menu-menu yang sedap-sedap.Nasi Goreng Kampung mesti ada di atas meja makan RA jika berbuka puasa di sini.
 Selain tu Masjid pun dekat.Jadi tak perlu terkejar-kejar nak cari masjid.Ruang solat yang luas pulak tu.
 Bulan puasa ini Galleria Kotaraya membuat konsep Nostalgia Sinema filem-filem P.Ramlee yea.Lepas berbuka puasa dan solat boleh lah bergambar di ruang utama.
Jadi kalau kawan-kawan pembaca nak berbuka puasa di sini pastikan datang sebelum jam 630petang.Pilih tempat duduk anda dan belilah makanan-makanan yang di jual di medan selera di sini.Memang sedap dan meriah tau.

Berbuka Puasa di Kayangan

Jom berbuka puasa di kayangan....
Kayangan katanya...sebenarnya hari ni RA dan beberapa kawan di jemput berbuka puasa di rumah sahabat kami di pangsapuri tingkat 4 di Taman Baiduri.Maklumlah dah duduk kat tingkat 4 ini kira ala-ala kat kayangan la hahaha.
Banyak menu masakkan di campur pulak dengan juadah yang di beli oleh rakan-rakan lain di bazar ramadhan.
 Yang ini pastinya juadah yang di beli di bazar ramadhan.Kueh Pelita dan Roti John. 
 Tuan rumah masak banyak.Sotong sambal , ayam masak kicap, sayur kobis goreng , ayam goreng , telur dadar , ikan bilis goreng dan macam-macam lagi lah. 
 Memang terliur tengok jadi makan hidang di lantai jelah yea.Kami semua makan bersila.Meja memang tak muat lah dah menu sebanyak itu. 
 Waktu azan jam 710pm dan berbuka lah masing-masing dengan penuh kesyukuran. 
 Ini juadah yang sempat RA sambar di Pasar Ramadhan.Carrot Cake dan ondeh-ondeh. 
 Sempat lagi tuan rumah buat jemput-jemput tau 
 Untuk lebih dekat ini adalah menu-menu yang telah RA sebutkan tadi. 
 Alhamdulilah,kenyang perut kami di jamu oleh tuan rumah.Makan beramai-ramai semasa berbuka ini memang terbaik.Riuh semacam tapi bila mula masuk azan semua senyap menikmati juadah.
Terima kasih tuan rumah , kami pulang dengan perut yang kenyang.Murah rezeki anda.

Monday, May 21, 2018

Buffet Ramadhan Johor Bahru Termurah 2018

Rasanya belum terlewat kot kalau RA nak kongsikan lokasi berbuka puasa termurah di Johor Bahru pada tahun 2018 nie.RA memang saja mencari kelainan dalam mempromosikan Buffet Ramadhan kat Blog RA macam tahun-tahun lepas.RA tak nak terbitkan banyak sangat Buffet Ramadhan di hotel-hotel sebab kebanyakkan harga kussss semangat......Kalau jenis yang beruang dan bujang tu takpelah,tak terasa sangat.Tapi buat golongan pertengahan RA syorkan berbuka puasa seperti di bawah ini.Harga dari semurah-murah hinggalah keatas..
HOTEL ZHAMSAHAM TAHUN INI RA RASA YANG PALING TERMURAH DARI HOTEL-HOTEL DAN RESTORAN LAIN DI JOHOR BAHRU.RM 15 SEORANG JEK...LOKASI DI SEBELAH SENAI AIRPORT.
TEMPAT KE 2 - DI ALI BABA KARAOKE GIANTS TAMPOI HARGA 
RM25 SEORANG UNTUK DEWASA DAN KANAK-KANAK 7TAHUN KE ATAS
RM 15 UNTUK KANAK-KANAK BAWAH 7TAHUN
KE 3 - TULANG JR.CAFE.KAT TAMAN IMPIAN SENAI LOKASINYA.
HARGA DEWASA RM 29.90 / KANAK & WARGA MAS RM 17.90
NAK RASA AIR TANGAN PELAJAR-PELAJAR DAN TENAGA PENGAJAR BOLEH LAH KE MALAYSIAN COLLAGE OF HOSPITALITY & MANAGEMENT DI BANDAR DATO ONN.SOKONGLAH PELAJAR-PELAJAR TEMPATAN KITA.KOLEJ INI ADALAH DI BAWAH PENGURUSAN KFC HOLDING TAU.
TEMPAT KE 4 : HARGA DEWASA RM 35.00 DEWASA / RM 20 KANAK-KANAK
TEMPAT KE 5 : NONIS SEAFOOD RESTAURANT DI KAMPUNG SENIBONG.MAKANAN LAUT KAT SINI SEDAP-SEDAP SANGAT.
HARGA RM 38 DEWASA / 25 KANAK-KANAK
BAGI SESIAPA YANG NAK MERASA KELAINAN TAHUN NIE BOLEH LAH MENCUBA MASAKAN BUFFET ARAB DI TEMPAT KE 6 IAITU RESTORAN WADI HANA ELARABI - TAMAN DESA RAHMAT TAMPOI.
HARGA DEWASA RM43.90 /KANAK-KANAK RM20.90
TEMPAT KE 7 TAK LAIN DAN TAK BUKAN DI R&R BISTRO BANDAR BARU UDA.SEDAP JUGA TAU MAKAN KAT SINI.TAPI KENA DATANG AWAL SEBAB TEMPAT LETAK KERETA AGAK SESAK SIKIT.
HARGA DEWASA : RM 45 / KANAK-KANAK RM 20
 TEMPAT KE 8 : RESTAURAN SEVEN OAKS DI TAMAN PELANGI.
HARGA DEWASA : RM 45 / KANAK -KANAK RM 28 
TEMPAT KE 9 : DAPUR WARISAN JOHOR (lokasi kat bangunan MAWAR dulunya)
HARGA RM 58 DEWASA / RM 28 KANAK-KANAK
TEMPAT KE 10 : RESTORAN SELASIH DI PADANG SRI GELAM
HARGA RM 59+ DEWASA/ RM29.50+ KANAK-KANAK
 HAAA BOLEH CUBA DI BANAFEEVILLAGE JALAN ABDULLAH TAHIR DAN CAWANGAN BARU DI SRI ALAM
TEMPAT KE 11 HARGA DEWASA RM 59++/KANAK-KANAK 29.90
 
 TEMPAT KE 12 DI MALAY VILLAGE - JALAN NONGCHIK
KALAU DATANG KE SINI TEMPAT LETAK KERETANYA DI BELAKANG RESTORAN YEA.JANGAN PULAK LETAK KERETA DI DEPAN RESTORAN SEBAB SESAK AMAT.
HARGA DEWASA RM60 / KANAK-KANAK 28
TEMPAT KE 13 HINGGA 15  RA SENARAIKAN 3 HOTEL PILIHAN RIODENAZBLOGSPOT.
TEMPAT KE 13 HOTEL AMERIN TAMAN PERLING.
HARGA DEWASA RM 99/KANAK-KANAK RM 69
TEMPAT KE 14 : HOTEL IMPIANA SENAI
HARGA RM 118 DEWASA / RM 68 KANAK-KANAK

 TEMPAT KE 15 : HOTEL KSL TAMAN CENTURY JOHOR BAHRU
HARGA RM 120 DEWASA / RM 55 KANAK-KANAK

RA RASA CUKUP LAH TU YEA...DI HARAP DENGAN SENARAI-SENARAI DI ATAS DAPAT MEMBANTU KORANG MEMBUAT PILIHAN YANG TEPAT DENGAN BUDGET YANG KORANG ADA.SELAMAT BERPUASA DAN SELAMAT MENJAMU SELERA RA UCAPKAN

Sunday, May 13, 2018

Ekpedisi ke Gunung Jantan Tanjung Balai Karimun

Ini adalah ekpedisi penutup RA sebelum bulan Ramadhan.Kali ini agak luar dari Malaysia iaitu di Tanjung Balai Pulau Karimun Indonesia.Gunung Jantan adalah gunung yang tertinggi di Pulau Karimun iaitu setinggi 440meter.Gunung ini juga mempunyai pasangannya iaitu Gunung Betina yang terletak bersebelahan sahaja.
Ada banyak laluan untuk ke Gunung Jantan , antara yang paling popular adalah :
1.Dari Air Terjun Pongkar (laluan jalur hutan) 
2.Dari Kampung Pasir Panjang (laluan jalur hutan)
3.Dari Jalan Semenisasi Desa Pongkar (laluan konkrit + Tangga Batu).
RA pilih laluan jalur hutan dari Air Terjun Pongkar.
RA bertolak dari hotel di Tanjung Balai seawal 6pagi (waktu Indonesia).Untuk ke sini mengambil masa 20minit dengan menaiki kereta.Pagi ini nasib baik kurang memuaskan kerana hujan turun dengan lebatnya.Nasib baik saat tiba di pintu masuk Air Terjun Pongkar hujan mulai reda dan hanya gerimis mengundang.cheh wah..RA menunggu Satria dan rakannya iaitu penduduk di Pulau Karimun yang selalu ke Gunung Jantan.Mereka inilah yang menjadi pemandu arah kami nanti.Inilah dia Air Terjun Pongkar yang di katakan tu.Air terjun ini juga menjadi sumber air penduduk setempat di sini.
 Tak jauh dari Air terjun bermulalah pendakian kami.
 Sempat lagi eh bergambar.RA berempat je mendaki bersama Salina , Norman dan Kak Laila.Seorang lagi rakan kami duduk bawah sebab tak larat katanya.
 Ini lah Satria berseluar pendek salah seorang teman baru kami semasa pendakian.Dia dan rakannya Wizora lah yang banyak menunjukkan kami laluan di sini.Satria berasal dari Palembang dan sudah 3tahun bekerja di sini.
 Haa yang berbaju Puma itula Wizora.Dia berasal dari Jogjakarta.Rakan kepada Satria. 
 Ini baru tiba hentian pertama.Agak mencanak juga gunungnya.Nasib baik takde pacat.
 Papan tanda peringatan di laluan yang kami jalanani.
 Untuk sampai ke hentian pertama mengambil masa sejam (ikut stamina masing-masing).Satria kata ada yang ambil masa 2jam juga,Alhamdulillah kami cuma mengambil masa sejam 10minit sahaja walaupun laluan agak basah dan hujan gerimis menyambut kehadiran kami.
Setelah berehat seketika kami meneruskan perjalanan ke atas lagi dan bertemu dengan bongkah-bongkah batu pula.
 Laluan agak sempit dan licin sedikit,Makumlah kan baru lepas hujan lebat.Tapi Alhamdulillah kami dapat tempuhi.
 Akhirnya setelah berhempas pulas lebih 2jam lebih kami tiba di puncak.Suhu kat atas ni memang sejuk nak-nak baru je lepas hujan lebat.Masa tiba gerimis mulai reda.Pemandangan kat sini memang terbaik lah.
 Tiba di atas terus ambil gambar untuk kenangan.
 Antara pemandangan dari atas puncak.NIe kalau pokok -pokok kat tepi tu takde mesti lebih cantik sebab nampak gugusan beberapa pulau yang berdekatan.
Sepatutnya untuk nampak pemandangan yang luas kena naik atas batu tu.Tapi di sebabkan keadaan batu yang licin dan berbahaya selepas hujan , kami batalkan untuk naik kat atas batu tu.
 Apapun dari atas sini pun tak kurang hebat juga pemandangannya.
 
 Puas hati bila sampai di puncak.
 Muka-muka gembira bercampur penat. 
 Kami ke atas menara peninjau di gunung ini tetapi di sebabkan sudah uzur dan tidak selamat menara ini di tutup untuk para pendaki.Jadi RA cuma sempat bergambar di bawah menara sahaja.Saat tiba di sini ada beberapa penduduk setempat yang mendaki melalui laluan tangga dan jalan Konkrit pun tiba bersama kami.Gambar kenang-kenangan bersama mereka.
 Batu menanda kat tepi RA inilah titik penanda paling atas puncak Gunung Jantan
 Inilah pemandangan ari bawah tempat kami bermula dan dari atas puncak.Tinggi juga kan...? 
Setelah puas berehat dan bergambar di puncak kami mengambil keputusan untuk turun melalui laluan tangga dan jalan konkrit.Nampak mudah kan? tapi sebenarnya laluan ini lah yang paling panjang dan berbahaya.RA hampir-hampir mau jatuh tergolek dek jalan yang curam dan licin di sini.Nasihat RA sila lah guna laluan trek hutan untuk naik dan turun.Bagi yang belum ke sini RA syorkan sila la ke Gunung Jantan.Walaupun tak setinggi mana ianya satu pengalaman yang tak dapat di tempat lain.

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....