Saturday, January 27, 2018

JJNM Asam Pedas Kampung Sungai Melayu

J.J.N.M & J.J.H.M
JALAN - JALAN NAK MAKAN & JALAN JALAN HUJUNG MINGGU

RESTORAN ASAM PEDAS KG.SUNGAI MELAYU
Hujung minggu kembali lagi.Lama dah tak makan asam pedas jadi hari ini RA akan ke sebuah lagi restoran Asam Pedas yang terkenal di Nusajaya iaitu di Restoran Asam Pedas Kg.Sungai Melayu.Terletak tidak berapa jauh dari Kota Iskandar dan tempat ini agak pendalaman sedikit kerana kita kena melalui ladang kelapa sawit untuk sampai ke sini.
 Pemandangan di sini memang mengasikkan.Memang sesuai untuk makan tengahari dan malam sambil di tiup angin sungai dan Selat Johor.Kampung ini dah lama wujud cuma tak ramai yang tahu sebab ianya agak terpencil sedikit.
 Dari tepi sungai ini kita boleh melihat tersergamnya kondo-kondo persisir pantai di Country Garden.Kampung ini di nobatkan sebagai kampung eko pelancongan dan anda boleh menyewa bot untuk melihat kunang-kunang (firefly) di waktu malam atau menyusuri sungai dan Selat Johor untuk melihat pemandangan di sini.
 Haa ini lah Asam Pedas yang RA perkatakan awal tadi.Selalunya ikan yang di gunakan mengikut musim.Tapi selalunya Ikan Merah,Ikan Kaci dan Ikan Pari biasa di gunakan di sini.Ikan Tengiri dan Ikan Kaci kena ikut keadaan dan musim lah gamaknya.
Kupang di sin pun sedap sebab di ternak di rakit-rakit berhampiran.Memang segar dan lazat.Jumlah harga makanan kami untuk hari ini ialah RM165.00.
1 mangkok asam pedas ikan merah 
1 mangkok asam pedas ikan pari 
2 pinggan kupang rebus serai
2 pinggan sayur kailan ikan masin
2 pinggan telur dadar
Nasi dan air untuk 13orang makan.
Makan pada waktu tengahari dengan udara sungai yang nyaman pasti membangkitkan selera.Inilah antara para pelakon-pelakon yang menjayakan blog RA hari ini...Katanya lepas ini nak jalan-jalan di Puteri Harbour pulak.
 Ok perut dah pun kenyang jadi mari kita ke Puteri Harbour pulak.Jalan-jalan di sini tak sah kalau tidak bergambar kerana banyak tempat menarik yang boleh di abadikan untuk di jadikan kenangan.
 Oh yea Puteri Harbour ialah sebuah pelabuhan kapal-kapal pelayaran mewah yang di kelilingi oleh hotel-hotel , marina , taman tema Hello Kitty , Pangsapuri mewah dan terminal feri.Tengoklah aksi-aksi pelakon pelakon blog RA nie,semua nak bergambar mengalahkan artis.
 Eleh cakap orang konon...dia pun sama.hehehe...(bukan selalu pun) 
 Ni antara aksi pelakon-pelakon tambahan merangkap model tudung Neeeeefalfa... 
 Masing-masing tak mahu kalah. 
 Singgah sekejap di restoran atas bumbung Hotel Jen Putri Harbour.Kat atas ini pemandangan memang cantik boleh nampak selat Johor dan lido dari atas nie.Kat atas ini juga ada kolam renang terbuka khas untuk tetamu hotel sahaja.
Baiklah sebelum pulang inilah aksi aksi mak-mak dan anak-anak riang ria sebab tak lama lagi nak cuti Raya Cina kan.Nanti kita jumpa lagi minggu depan yea...ta-ta.

Sunday, January 14, 2018

Jatuh Cinta Di Lata Hammer

Seawal jam 5 pagi RA dah bangun untuk bersiap-siap untuk perjalanan jauh dari JB ke Bentong Pahang.Ada apa kat Bentong? RA nak pergi ke salah satu tempat air terjun yang tersembunyi di sana.Nama tempat itu ialah Lata Hummer. (tukul?)
Pada awalnya janji nak tunggu di R&R Genting Sepah tapi akhirnya tunggu ke Hentian Lemang polak....RA tiba agak lewat 20minit di sana maklumlah sepanjang jalan hutan je memajang.Bila tiba Nilai hujan pun mula reda.Bila semua orang yang di tunggu tiba barulah kami ke R&R Hentian Genting Sepah.RA nak melepaskan hajat kejap di tandas hehehe.
Kami meneruskan perjalanan memasuki jalan Karak lama untuk ke kawasan kebun dusun.Bila masuk dari simpang dusun di situlah cabaran bermula.Kereta yang memasuki jalan ke sini perlu menempuh laluan berlobang dan sebahagiannya laluan tanah merah.Ada yang bawa kereta rendah terpaksa berhati-hati sebab ada antara kereta rakan kami yang tersangkut di dalam lumpur.
Alhamdulillah selamat tiba di Dusun Abah iaitu dusun yang paling hampir dengan Lata Hummer.Kat sini kami mula berkumpul semula dan membaca doa agar di permudahkan perjalanan kami.
Dari tempat parker kami kena berjalan sejauh 1km yang rata-rata kiri dan kanan kami penuh dengan dusun buah-buahan.Di penghujung dusun pulak ada laluan titi di atas sungai untuk memasuki hutan.
Yang bawak anak-nak kecik tu terpaksa lah berhati-hati sikit sebab titi ini tak boleh lalu ramai-ramai sekali gus.Kami ni dah macam mangsa banjir pindah rumah pulak dengan macam-macam barang makanan dan tikar yang kami bawa.
Selesai lalu merentasi sungai kami kena ikut laluan balak pulak.Kat sini jalan-jalannya agak licin , berlumpur dan berlobang yea.Pastikan jangan berlari-lari pulak alamat memang akan mandi lumpur lah.Kalau tak pun kena selut atau jatuh tersungkur.Lepas tu pulak sampai kat titian ke 2.Kat sini pun kena berhati-hati sebab licin dan banyak  kayu yang berlubang.Kalau silap mau terjatuh dalam sungai kat bawah tu.
     Laluan ini memang laluan kegemaran peminat kenderaan pacuan 4 roda.Tengok je lah jalan nie habis di sapu nya haha.Terpaksalah kami jalan kat tepi untuk elakkan kasut dan seluar kami berlumpur.
Dekat 45minit barulah kami tiba di simpang masuk ke Lata Hammer.Laluan dari sungai di awal perjalanan tadi nak ke simpang ini lebih kurang 3-4km.Dah sampai simpang kena turun ke bawah pulak sebab air terjunnya kat bawah tu jek.Kawasan ini baru lepas hujan jadi memang kena berhati-hati sebab tanah agak licin

Satu lagi cabaran nak bawa makanan dan barangan turun dari atas ke bawah air terjun.Bila tiba kat tepi sungai nak kena seberang ke sebelah pulak dengan melalui atas sebatang pokok balak yang di jadikan jambatan.Nak lalu sendiri memang takde masalah tapi nak bawak anak-anak kecil tu yang amat berbahaya.Silap langkah dengan kita-kita sekali boleh terjatuh.Alhamdulillah berkat kerjasama semua yang mengikuti,kami selamat tiba di kawasan selamat untuk berkelah.
Cantik tak tempat ini....? Inilah dia air terjun Lata Hummer.
Geng-geng wanita semua siap-siap membentang tikar dan makanan sebab perut kami semua dah lapar.Ada yang masak air nak buat kopi panas.
Kopi dangdut Nane menjadi pilihan kami semua hahaha.Dah lapar makan apa pun sedap.Nasib baiklah mee hoon goreng yang hampir terjatuh masa nak turun ke bawah tu tak tertumpah.
Amboi mula-mula semua tengok je air terjun segan-segan nak mandi yea.Amik gambar pun ala-ala manja.
Haa tengok tu dah mula tunjuk skil bergambar.
Eh....boleh pulak dia baring kat situ.Bangun bang oiii.... 
Haa yang ni saat bila semua dah mula mesra dengan alam.Masa ni dah takde segan segan lagi dah nak terjun dalam kolam air terjun.
Sejuk nya air terjun nie macam mandi air sejuk dalam peti sejuk.Badan yang tadi lesu jalan jauh terus jadi segar.
Jangan mandi sampai ke depan air terjun tu pulak.Maklumlah malam tadi hujan air terjunnya agak deras juga melimpah tu.
Genag-geng wanita mulai turun ke kolam saat geng-geng lelaki naik atas sebab nak makan dan memanaskan badan di ungun api.
Gambar kenang-kenangan ini RA rakamkan tanda RA dah sampai di Lata Hummer.
(jauh berjalan masuk hutan bulan nie yea)
Jam 3.30petang kami bersiap-siap untuk pulang.RA sempat amik gambar kenangan bersama-sama dengan sebahagian geng Alon-alon hiking sebelum pulang

Cabaran semasa pulang ada pulak pokok tumbang di tengah jalan.Terpaksalah kami pandai-pandai menyelit di bawah celah-celah dahan pokok yang runtuh.Asal boleh lepas pulang cukuplah.Alhamdulillah jam 430petang kami semua selamat tiba di Dusun Abah.Kat sini ada di sediakan tandas dan tempat solat jadi setelah semuanya membersihkan diri dan bersolat RA bersalam dengabn geng-geng untuk pulang ke Johor Bahru.Lata Hammer memang terbaik.Terima kasih Nane dan geng yang menjadikan expedisi kali ini berjaya.

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....